Sunday, October 9, 2011

RG2011... PROGRAM NURANI RAKYAT SELANGOR SERLAHKAN KEYAKINAN TERHADAP BN

 

Program Nurani Rakyat Selangor Serlahkan Keyakinan Terhadap BN


Lawatan sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi program Nurani Rakyat ke Selangor seolah-olah memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu untuk melakukan perubahan kelak.

Bermula di kawasan Menteri Besar di Ijok, Najib seterusnya ke DUN Kuang, kemudiannya ke Rawang dan menamatkan program bertemu rakyat di Gombak.

Hasil penelitian terhadap program sehari itu ianya menyerlahkan bagaimana keyakinan rakyat Selangor terhadap BN walaupun ianya bukan ukuran sebenar.

Tetapi sekurang-kurangnya kehadiran ribuan rakyat pelbagai bangsa itu menunjukkan rakyat Selangor mahukan perubahan.

Dan melihat pula kepada reaksi Datuk Seri Najib, ianya amat menggembirakan apabila berucap dengan penuh semangat ketika di Gombak sambil mengucapkan terima kasih terhadap sambutan yang diberikan itu.

"Sambutan meriah bermula di Ladang Tuan Mee, DUN Ijok yang merupakan kawasan MB Selangor….eloklah saya lawat kawasan MB dulu..kita tawan kawasan Ijok dan seluruh Selangor untuk pastikan BN kembali memerintah.

"Selain sambutan yang meriah, kadangkala mereka salam tak mahu lepas pun ada….dan ada yang ucapkan terima kasih Datuk Seri atas pembentangan bajet semalam..mereka ucapkan terima kasih kepada kerajaan. Ini adalah tanda penghargaan daripada rakyat. Saya amat terharu," katanya.

Dengan laungan "Yakini BN, Sayangi Selangor" penduduk yang menghadiri program nurani itu rata-rata kelihatan cukup bersedia untuk melakukan perubahan di Selangor pada pilihan raya umum nanti.

Dan ianya sudah pasti membuatkan kerajaan negeri pimpinan Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat tidur lena selepas ini.

Tidak mustahil mereka akan melakukan pelbagai cerita dan pelbagai skrip drama dalam usaha menenggelamkan arus kebangkitan rakyat itu.

Mereka perlu ingat rakyat adalah hakim dan segala janji yang tidak ditunaikan hingga ke hari ini bakal menjerat leher mereka sendiri.

Bak kata Datuk Seri Najib dalam ucapannya di Gombak, BN tunai janji manakala pembangkang hanya sekadar jual janji sambil mengingatkan kembali segala tawaran yang dibuat oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu khususnya di Selangor yang kini tinggal kenangan.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment