Saturday, October 8, 2011

RG2011... RENUNGAN : Jangan jadi macam unta Arab!

 

Jangan jadi macam unta Arab!




Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan kongsikan satu artikel menarik yang disediakan oleh ustaz Zawawi Jusoh, khas untuk segmen tazkiran remaja di HMetro, walau bagaimanapun, amat menarik sekali untuk dikongsikan tidak hanya untuk remaja, tetapi untuk tatapan segenap lapisan umur.

Kita tentunya pernah melihat unta di kaca televisyen dan filem, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita. Jika ada yang tidak mengenali haiwan unta, bolehlah ke zoo negara atau gambar hiasan entry ini juga menunjukkan dengan jelas bentuk haiwan berkenaan.

unta Arab berbonggol satu

Jika disebut unta, tentu kebanyakan di antara kita akan terbayangkan tanah Arab. Ya, apa yang kita tahu, unta lahir di negara Arab. Ia lahir di Arab, hidup di Arab bahkan mungkin mati pun di negara Arab. Tetapi ia tidak boleh berbahasa Arab, betulkan? Memanglah binatang mana boleh bercakap....

Sebenarnya ini cuma monolog ringkas dan mudah untuk difahami sebagai kiasan untuk diri kita sendiri. Kebanyakan daripada kita, lahir dari rahim ibu yang Muslimah, ayah juga Muslim, kita lahir di negara dengan majoriti penduduk Islam, di besarkan menjadi anak Muslim, kita sekolah di sekolah Muslim, kita besar menjadi remaja Muslim. Identiti kita juga menyebutkan bahawa kita seorang Muslim. Ijazah kita Muslim, baju yang kita kenakan juga baju Muslim, dan insya-Allah, kelak ketika kita kembali kepada Allah, kita akan mati dalam Muslim di negara yang sekali lagi penduduknya majoriti Muslim.

Apa yang agak kelakar ialah kita ini sebagai Muslim dan ada pasport Muslim, tetapi yang sedihnya ada antara kita yang tidak tahu apa itu Islam. Tunggu dulu! Jangan terus marah-marah, teruskan bacaan anda...

Kita tidak boleh membaca kitab suci orang Islam, kita tidak tahu siapa nabi umat Islam, kita tidak tahu hukum Islam, kita tidak tahu apa yang diperintah dan dilarang Islam.

Secara kebetulannya, bukankah kita seperti unta arab tadi? Yang lahir dan besar dan Insya-Allah meninggal pun berada di tengah-tengah Muslim, tetapi tidak mengerti dan tidak mengenal Islam.

Entry ini sekadar mahu mengajak para pembaca supaya kita sama-sama bermuhasabah agar kita lebih prihatin kepada anak cucu kita yang sedang membesar kerana nampak sangat akhir-akhir ini Islam menjadi dagang tidak dikenali oleh penganutnya sendiri.

Islam bukan hanya sekadar agama. Islam adalah jalan hidup kita menuju puncak kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ðan ketika kita sudah bersyahadat, isytiharkan diri sebagai orang Islam, maka sebagai kesinambungannya kita wajib menjadikan Islam sebagai cara hidup dan panduan untuk melangkah.

Ia termasuk bagaimana kita berpakaian, berniaga, berpolitik, berumahtangga, berhubung sesama manusia. Semua kena ikut cara tuhan bukannya ikut cara kita.

Sebaik mana pun peta yang kita miliki, secanggih apapun kompas yang kita pegang atau semahal manapun GPS yang kita ada, tetapi kalau kita tak tahu menggunakannya boleh jadi peta, kompas dan GPS itu menjadi tidak berharga lagi bagi kita.

Islam pun begitu, dalam setiap solat, kita memohon kepada Allah: "Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan para anbia, jalan para syuhada, jalan orang-orang yang mendapat redanya."

Tetapi kita tidak atau kurang menyedari bahawa apa yang kita minta itu sesungguhnya ada di hadapan kita iaitu al-Quran dan Sunnah. Ini adalah peta kehidupan yang dibuat oleh Allah untuk memandu kita menapak setiap jengkal langkah kita dalam menjalani kehidupan ini.

Al-Quran dan Sunnah adalah kompas yang dijamin 100% benar dan tepat oleh Allah. Setiap solat kita memohon diberi petunjuk ke jalan yang lurus, padahal petunjuk kepada jalan yang lurus itu sudah ada. Hanya kita yang tidak atau belum boleh memahaminya. Kita tidak akan dapat memahami dan menggunakan al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman dan panduan hidup kita.

Ibarat hari ini kita merasa belum lengkap seperti tidak lagi membaca e-mel, maka kita mesti gelisah jika kita masih belum baca Al-Quran. Begitu juga rasa tidak selesa kita kalau tidak bersembang sehari, asyik tunggu mesej saja, asyik tengok telefon saja, tetapi Al-Quran kenapa kita tidak tengok dan baca.

Kalau hari ini kita merasa belum lengkap kerana belum mengemas kini status facebook, atau mengemas-kini entry dibelogsepot, sepatutnya juga kita berasa cemas kalau kita belum 'mengemas kini' bacaan Al-Quran kita.

Kalau hari ini kita merasa belum lengkap kerana belum dapat membaca SMS teman, maka semestinya kita lebih cemas ketika kita belum membaca 'pesanan' Allah yang terakam dalam Al-Quran.

Jadi tidak hairanlah kalau masih ramai orang Islam laksana unta Arab lahir dari rahim Islam, dibesarkan dalam lingkungan Islam, sekolah Islam, kuliah Islam tetapi masih tidak boleh membaca Al-Quran, apalagi untuk menggunakannya sebagai panduan dalam kehidupannya.

Sememangnya kita bukannya unta. Justeru, sebagai seorang Muslim kita perlu tahu, faham dan mengerti apa itu Islam dan bagaimana menggunakannya dalam kehidupan kita. Salah satu caranya dengan membaca dan memahami al-Quran iaitu menjadikan al-Quran sebagai menu wajib bagi kita untuk dalam melalui hari-hari dalam kehidupan kita...

Renung-renungkan....

Sumber asal : HMetro

Capaian entry berkaitan :
Iktibar daripada sebatang pensel
Birokrasi yang menyusahkan
Katakter penghuni syurga dan neraka
Ðendam, penyakit yang tidak kelihatan
Tukarkan kepada sesuatu yang lebih baik


Anda mungkin juga meminati:


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment