Sunday, October 23, 2011

RG2011... Sejarah Baru Negara Terbentuk

 

Sejarah Baru Negara Terbentuk

Alhamdulillah, saya sangat merasa bersyukur kepada Allah swt kerana program HIMPUN telah berjaya diadakan. Suasana yang berjalan sepanjang program telah dipenuhi dengan nasyid, alunan zikir oleh penasyid2 terkemuka tanahair. Ceramah2 yang diberikan oleh 13 penceramah tidak sedikitpun menyentuh soal politik tetapi hanya fokus kepada soal2 aqidah, kesatuan umat dan perlunya kita menghalang gejala murtad. Laungan pula tidak ada kalimah yang provokatif tetapi penuh semangat dengan mengucapkan kalimah HIMPUN, Selamatkan Aqidah, dan HIMPUN hanya untuk Allah. Laungan takbir Allahuakbar menggemakan seluruh stadium.
Saya menerima pelbagai SMS yang menghina HIMPUN dan ada komiti yang diugut. Semua ini adalah cubaan utk menggagalkan HIMPUN. Namun usaha2 ini jelas gagal melemahkan semangat kami.
Ramai yang membuat telahan tentang kehadiran peserta. Ada yang kata 1,000, ada yang kata 3,000 ada yang kata 5,000 dan ada pula yang kata 10,000. Saya bertanya kepada pihak stadium, mereka mengatakan 20,000. Bagi saya biar apapun angka yang ingin disebutkan, biar apapun tohmahan yang nak diberikan itu tidak menjadi soal. Yang penting HIMPUN telah berjaya menarik puluhan pemberita dan rangkaian TV dari dalam dan luar negara termasuk BBC, CNN, Al Jazera dll. Yang penting berita dan mesej HIMPUN dah tersiar didada2 akhbar utama semenjak seminggu yang lepas dan IA akan terus tersiar di masa-masa hadapan.
Jelas, kepada yang menuduh HIMPUN akan menjadi kritian bashing atau akan memecahkan rakyat atau akan menimbulkan kekecohan, terbukti tuduhan yang tidak berasas. Sebaliknya HIMPUN berjalan dengan penuh harmoni, penuh ukhuwwah dan penuh emosi sehingga ada yang menitiskan airmata ketika Dtr Hasan Ali membawa zikir munajat. Mereka sedar bahawa mereka perlu bersatu utk selamatkan aqidah.
Denga cuaca yang indah dan alunan nassyid yang lunak membuatkan semua pemberita2 bukan islam merasa aman dan bebas bergerak. Walaupun ada pihak yang cuba mengedarkan risalah provokasi namun mereka cepat ditangkap dan dihentikan. Keahdiran pelbagai NGO dan wakil2 politik UMNO dan PAS yang datang sebagai seorang muslim bukan seorang politician mengharmonikan lagi suasana.
Adakah disana suasana lain yang mampu mengumpulkan penyokong dan pimpinan PAS dan UMNO yang begitu ramai?>
Jelas, SEJARAH BARU NEGARA KINI TERBENTUK !!! Saya bersyukur.
Wahai Allah, Engkau menjadi saksi bahawa aku telah melakukan segala yang termampu untuk menjaga agamamu. Aku telah berusaha dengan segala tenaga untuk menyatukan ummatMU. Tidak ada lain yang aku harapakan selain dari ianya menjadi hujjahku dihadapanMU dipadang Masyar nanti.
Amin ya Rabbal 'Alamin

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment