----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Tu dia aihh.. Tanah Kg Baru cuma di jual RM200 sekaki persegi.. Sedangkan harga pasaran RM2000 sekaki persegi...!!!
Posted by KedahLaNie
Posted by KedahLaNie
Taktik Kotor BN rupa-rupanya tak ramai MP Pakatan semasa mengundi RUU Kg Baru tempohari..
Posted by KedahLaNie
Agak kecewa membaca serangan ke atas MP2 PR yg tidak hadir di Dewan Rakyat semsa RUU PPKB 2011 dibahas & diluluskan.... Memang mereka tidak hadir itu satu kekecewaan tetapi hakikatnya ini hanyalah permainan/strategi Kerajaan yg sengaja menyebabkan kejadian ini berlaku.... Saya saksi di Dewan Rakyat pada hari tersebut.... — with Tukar Tiub.
permainan dan strategi apa tuh bro??
tolong explain sikit apa maksud strategi kerajaan tu?apa justifikasi ketidakhadiran sebegitu ramai MP PR?
Ini sebenarnya lebih kpd perancangan JAHAT pihak KERAJAAN..... mula2 Kerajaan tarikbalik RUU PPKB 2010 kemudian sejam setengah slps tu dibentangkan yg baru RUU PPKB 2011... kebiasaannya RUU yg baru akan ambil masa seminggu dua utk dibahaskan Bacaan Kali Kedua.... atas dasar itulah pd Isnin 3/10/2011 YB salahuddin Ayub dlm PCnya mengatakan MP PR memerlukan masa sekurang2nya seminggu utk meneliti RUU PPKB 2011 yg baru..... tiba2 RUU PPKB 2011 tu trs dimasukkan untuk dibahaskan pd hari Rabu 5/10/2011... ada di antara MP PR yg lain telah mempunyai komitmen lain yg jgk penting spt pembentangan Bajet PR kpd rakyat yg tlh ditetapkan lbh awal.... mereka jgk tidak jangka RUU tu akan dibahaskan secara tergesa2 mcm tu... ada jgk di antara MP PR yg ada semasa perbahasa & turut berbahas tetapi oleh krn komitmen lain terpaksa meninggalkan dewan sblm mengundi..... manakala pihak KERAJAAN dgn JAHAT telah mengerahkan seluruh MP mereka termasuk Menteri & Timbalan Menteri hadir ke Dewan untuk mengundi..... MP PR yg lain walaupun dimaklumkan untuk hadir mengundi tetapi ada yg tidak sempat sampai tepat waktu mengundi krn berada jauh dr Parlimen atas komitmen yg tlh ditetapkan terlebih dahulu.... bkn MP PR yg lain tidak ambil kisah @ tak ambil tahu tetapi perkara ini berlaku lebih kpd KEJAHATAN KERAJAAN merencana supaya ini berlaku..... saya cakap mcm nie sbb saya memang berada di Dewan Rakyat sejak mula RUU PPKB 2011 dibahaskan sehingga selesai undian dibuat.... Harap dpt terima dgn hati terbuka ... perlu akui juga ada kesilapan di pihak MP PR tetapi perencanaan KERAJAN lebih jahat sebenarnya...... ini yg sebenarnya.....
agaknya TT ni ada di parlimen tak, atau sembang dan gebang jarak jauh jer
org jahat memangla jahat tapi...ahhhh memang tak patut MP tak hadir!komitmen lain?apa yg lbh penting pada masa kritikal begini?menyedihkan!!!
TT tu ada jgk betulnya dr segi pasai pa ramai MP PR yg tak ada tp kena tau sebab asal sbb apa kejadian mcm tu berlaku....... mmg TT tak dak di Parlimen...... aku ada sejak dr pukul 1130 pagi sehingga lah RUU PPKB 2011 tu selesai diundi...... apa2 pun masih ada ruang utk kita lawan RUU ni insyaallah..cuma la ni apa yg perlu dibuat..kena kembali bersatu tentang kejahatan & kezaliman... itu perlu lebih difokuskan....
wan z - cuba tanya raja nong chik, pasal apa kemarin bagi RUU 2011, ari ni bahas, tak sampai sehari bahas terus lulus. berbanding RUU 2010 ada masa utk orang awam teliti. satu lagi, mu dah tengok ke RUU 2011 ni ?
setuju dgn Zulqarnain Lukman..... sbb tu aku kata ini perancangan JAHAT Nong Chik nak bulldoze RUU PPKB 2011 ni.....
Srategi dia org tu tak dinafikanlah!yg aku pertikaikan knp MP tak hadir masa Parlimen baru bersidang sejak sekian lama berehat!komitmen lain knp tak plan tarikh sblm ni???
memang dah plan sebelum tu lg tp kena faham.... disebabkan perancangan JAHAT tu la maka ada dikalangan MP PR yg tak hadir tu tak menjangkakan bhw RUU PPKB 2011 tu akan dibahaskan pada Rabu (5/10/2011) tu...... RUU PPKB 2011 baru dibentang Bacaan Pertama pada Isnin (3/10/2011) kemudian terus pada Rabu (5/10/2011) dibentangkan Bacaan Kedua sdgkan sebelum2 ni selalunya akan ambil masa jgk untuk Bacaan Kedua bkn hanya selang 2-3 hari...... kebanyak MP jangkakan RUU PPKB 2011 akan dibahaskan selepas Belanjawan 2012 dibahas sbb tu ada antara mereka yg menetapkan program lain lebih awal & tak boleh nak dibatalkan.... ada jgk yg batalkan apabila mendapat tahu perkara tu tp tak sempat sampai ke Parlimen untuk undi krn terlalu singkat masa....... ada jgk yg mmg tak ambik tau... itu kena terima la.... tp bkn semua... drpd salahkan pihak sendiri lebih baik fokuskan bagaimana nak pertahankan Kg. Bharu pasca Akta ini.... masih ada masa......
RUU Kg. Baru: PR Kalah Di Parlimen Kerana Ramai MP Pakatan Yang Ponteng. Suweh!
Posted by greenboc
Pakatan gagal sekat rang undang-undang Kg Baru
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.
Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.
Suasana agak kecoh sebaik loceng dibunyikan apabila ahli parlimen Pakatan yang kelihatan 'terlalu yakin' akan dapat menggagalkan rang undang-undang itu mengejek wakil kerajaan yang mula berlari masuk untuk memenuhkan korum.
Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan diumumkan Pandikar Amin, beberapa anggota pembangkang yang kecewa terus meninggalkan dewan.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika menggulung rang undang-undang itu berusaha keras mempertahankan peruntukan dalam rang undang-undang itu bagi penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.
Beliau menegaskan bahawa penubuhan perbadanan itu tidak sesekali berniat untuk mengambil tanah sesiapa di kawasan tersebut.
Katanya dengan nada penuh emosi berkata, penubuhan perbadanan itu sebaliknya hanya sebagai pemudah cara untuk membangun dan memajukan orang Melayu di kawasan itu.
Menurutnya kerajaan sudah meluluskan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang semuanya berkepentingan bumiputera iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH), Perbadanan Putrajaya dan Permodalan Hartanah Berhad untuk membangunkan Kampong Bharu dan mempastikan kepentingan Bumiputera terpelihara.
"Kita tidak memberi ruang syarikat swasta untuk ambil alih tanah orang Melayu di Kampong Bharu kecuali dengan persetujuan mereka.
"Kalau tak ada perbadanan, bagaimana hendak bantu mereka yang tidak mampu untuk membangunkan sendiri tanah masing-masing," tegasnya.
Rang undang-undang itu yang dikemukakan untuk bacaan kali pertama pada Isnin antara lain bertujuan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dengan tanggungjawab melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubung pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.
Perbadanan itu juga berperanan untuk menggalak, merangsang, meningkat, memudah dan menyelaras pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.
Semasa sesi perbahasan sebelum itu, dakwaan 'jual Melayu' yang dilontarkan seorang anggota Parlimen kerajaan kepada wakil rakyat PAS mencetuskan pertikaman lidah dan menjadikan sesi perbahasan rang undang-undang itu yang 'panas'.
Keadaan itu berpunca apabila Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mencelah perbahasan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), mendakwa perbentangan rang undang-undang itu sebagai cubaan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk menggadaikan orang Melayu.
Ekoran itu, Bung Moktar membalas dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa PAS yang sebenarnya menjual orang Melayu kerana parti itu mendewa-dewakan komunis sebagai pejuang.
"Yang menjual orang Melayu ialah PAS...dalam dewan ini Melayu pun kena jual...Batu (Tian Chua) jual. Hasrat murni kerajaan diputar belit.
"Kita (Barisan Nasional) tidak akan aniaya Melayu, Cina, India. Kita bangun bersama-sama untuk masa depan negara kita," katanya.
Dakwaan Bung Mokhtar itu menyebabkan beberapa ahli parlimen Pakatan bangun untuk membantah dan mendesak ahli parlimen Kinabatangan itu menarik balik kenyataannya menyebabkan keadaan menjadi hingar-bingar.
Pertikaman lidah antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang berterusan kira-kira lima minit sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee bertindak mengetuk penukul keadilan sebanyak tiga kali dan meminta semua ahli parlimen bertenang.
Bagaimanpun cubaan Ronald gagal mententeramkan keadaan apabila masih ada ahli parlimen yang terus bertikam lidah, termasuk Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat dan meminta Bung menarik balik kenyataannya kerana mendakwa Bung Mokhtar telah mengeluarkan banyak kenyataan yang menghina.
"Sepanjang perbahasan, Kinabatangan tuduh kita dijual sedangkan perbahasan berhubung Kampong Bharu. Yang hendak dijual ialah orang Kampong Bharu oleh Umno.
"Dia keluarkan banyak perkataan menghina, saya rasa ia satu cara perbahasan yang tak Parlimentarian," katanya.
Keadaan itu menyebabkan Ronald terpaksa mengambil ketetapan bahawa tidak ada sebarang pelanggaran Peraturan Mesyuarat berlaku, kerana berpendapat Bung Mokhtar tidak bermaksud menjual sesiapa, sebaliknya menyifatkan ahli parlimen Shah Alam itu membuat terjemahan secara literal.
- Bernama
Sementara itu, bercakap di lobi Parlimen malam tadi, Mahfuz berkata PAS sekali lagi menegaskan, pembangunan Kampung Baru perlu dibuat dengan cara yang telus supaya tidak ada mana-mana pihak khasnya pemilik tanah yang terasa mereka dizalimi.
Sehubungan itu, katanya yang dipetik Harakahdaily, PAS mempertikaikan kewujudan tiba-tiba empat GLC yang akan menguruskan pembangunan Kampung Baru malam tadi sedangkan rang undang-undangnya baru semalam diluluskan.
Empat GLC berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad dan satu lagi akan dinamakan dalam masa terdekat.
"Bagaimana sudah ada senarai GLC yang akan terlibat dalam perbadanan ini sedangkan Rang Undang-undang baru diluluskan sekejap tadi," katanya.
Mahfuz berkata, Pakatan Rakyat tidak menolak pembangunan namun mahu ianya diuruskan secara telus dan melibatkan wakil penduduk sendiri.
"Beberapa kali kita tegaskan, kita tidak menolak pembangunan di kawasan Melayu tapi kita tidak mahu pembangunan itu akhirnya meminggirkan orang Melayu sendiri.
"Esok media arus perdana akan mainkan Pakatan Rakyat tolak pembangunan dan tak mahu Melayu maju.Kita nafikan perkara itu dan kita minta kerajaan benar-benar ikhlas nak majukan kawasan Melayu, bukan komersil semata-mata," katanya.
Ulasan GB

Hanya 28 sahaja ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menentang RUU Kg. Baru? GB tertanya-tanya kemana perginya ahli-ahli parlimen PR yang lain yang kesemuanya berjumlah 75 orang?
Banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng.
Contoh yang nyata ialah kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru.
Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap mediocre. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!
Rakyat pilih kamu sebagai wakilnya untuk bekerja melawan BN di Parlimen, bukan untuk ponteng atau tidur. Diberi gaji dan elaun beribu-ribu, buat kerja kamu tak mahu. Teruk punya ahli parlimen. Ramai YB yang ponteng ini yang kena maki dengan rakyat sebab kamu-kamu telah menghampakan rakyat yang memilih dan mengundi kamu, para blogger yang tak dikenang oleh PR juga hampa dan kecewa kerana bersusah payah para blogger PR berkempen dan "berjuang" setiap hari setiap malam sepanjang tahun melawan BN untuk memenangkan kamu. Bukankah tahap binatang apabila kamu menang tapi kini tiba-tiba kamu khianat? Sama tahapnya kamu dengan wakil rakyat katak yang melompat itu. Sesen tak guna.
Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang. GB bagi amaran: jangan main-main dengan dengan rakyat!
GB sudah ulas dulu di dalam kes Akta DNA. Petikan:

Sikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab ahli parlimen Pakatan Rakyat amat diksalkan apatah lagi apabila terdapatnya kes-kes yang memerlukan penglibatan mereka seperti undian belah bagi seperti di atas.
Akta DNA tersebut mampu ditolak oleh Parlimen seandainya pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir kesemuanya sewaktu pengundian dijalankan tetapi hampir separuh dari mereka mengabaikan peranan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.
Kita kesal dan kita meminta agar wakil rakyat yang tidak hadir tanpa sebab yang menasabah itu didedahkan supaya mereka meletakkan jawatan lantaran pengkhianatan mereka kepada pengundi Pakatan Rakyat, atau setidak-tidaknya mereka tidak perlu lagi di pilih di dalam pilihanraya akan datang.
Firman Allah s.w.t.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Al-Anfal :27
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment