Saturday, November 12, 2011

Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil

 

Allahuakbar mengapalah kita manusia suka bersikap talam dua muka ......... maksud pak mat denagn Allah secara tidak sedar ...................... kita mengaku Islam , mengaku taat pada perintah Allah tapi bila kita dan pemimpin kita gagal untuk  mendidik dan menjaga hal ehwal negara ... kita taku mengaku kesilapan ................... hanya berbalik pada hukum Allah pak mat rasa insyaallah selesai segala masaalah yang menghantui negara kita sekarang , maksud pak mat gejala buang bayi , rosak akhlak , murtad , rogol , rasuah atau apa sekali pun baik yang rakyat mahu pun pemimpin amnya  !!!!
Allah berkuasa atas segala-galanya ............ bila hambanya rosak kita pulangkan pada Tuan empunya hamba tersebut , tahulah apa yang kurang atau terlebih , maksud pak mat kita kembali pada hukum Allah ..... baik PAS , UMNO semuanya mengaku Islam ........bersatu atas panji Islam insyaallah kita umat Islam selamat di dunia apatah lagi di akhirat ...........!!!
Dengan terdirinya "ASRAMA HAMIL" di seluruh negara amnya ..........adakah masaalah buang bayi akan tamat , jika PUNCA sebenar tidak di benteras habis-habisan ...cuma bagai melepaskan batuk di tangga-tangga kelab malam , Karaoke , pusat hiburan ............ dan segala macam benda haram dan haramjadah ................................
Cuma pesan pak mat jangan jadi munafiq .......... Allah tahu segala .
Allah sedang memerhati kita ...cuma mengapa kita tidak mengakui HUKUM Allah dengan menolak hukum Allah sedangkan Hukum Allah pasti dapat mengatasi segala-galanya , sebab itu janji Allah
 ............ Dunia , ayam , itik , segala plenet , manusia , Perdana menteri , rakyat jelata , yg miskin , yang kaya , orang PAS , orang UMNO semuanya hak Allah yang esa ..........takutlah dengan Allah .
 
Usah berdolak dalih dengan hukum Allah ..........
 
Pak mat tempee 

From: insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, November 2, 2011 12:28 PM
Subject: Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
 
majoriti yg dok sekolah tu ada yg memang dari keluarga cerai berai,penagih dadah,di rogol,cacat mental dan dirogol,sakit jiwa dan dirogol..kurang 10% dari keluarga yg baik2...
sekurang2nya bila mereka duduk sekolah tu boleh dikenal pasti apa masalah mereka dan di tarbiah dan di beri panduan hidup...
cukup cukup lah melihat masalah anak gadis melayu islam yg menjadi kejam dalam dunia dgn membunuh tanpa belas kesihan anak mereka sendiri..tidak ada dalam dunia ini,suatu bangsa yg mengalami keadaan seperti negara ini..

2011/11/1 IRA <hazirah_salleh@yahoo.com>
 
saya lebih rela tengok banyak asrama untuk gadis hamil dari tengok banyak baby baru lahir dibunuh kejam sebab nak sorok kehamilan.. tak kisah la org nak kata ape..
 
ira
 
From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 27, 2011 9:13 PM
Subject: Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
 
 
Kelantan pun ramai ahli UMNO Baru....
Mangkuk2 pencacai UMNO Baru ni ingat semua kat Kelantan tu ahli2 PAS...
Bukankah ramai betul ahli PAS dah keluar parti & masuk UMNO Baru???
 
Nak selamatkan anak zina tetapi ibu & bapanya terlepas dari hukuman???
Cuba sebat 100 kali depan khalayak ramai... Berani lagi yang lain2 nak buat???
Selagi tak laksanakan hukum hakam Islam beginilah hasilnya....
 
 
From: TopengPerak® Unmasked <poji2ya@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 27 October 2011 11:24 AM
Subject: Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
 
"Untuk makluman bilangan gadis2 melahirkan anak diluar nikah di sekolah harapan melaka ini adalah lebih ramai berasal dari kelantan berbanding dengan melaka sendiri"Statement ni ada bukti ke x de..? boleh keluarkan statistik sah jumlah pelajar & dari mana merekea2 ini..? Kalau tak betul kenyataan tu dah dikira fitnah...Fitnah ni dosanya lebh besar dari buang bayi.
2011/10/19 Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
 
Hahahahahahah...pandai pakcik cadang nama yang sedap didengar. So kalau pakcik ada anak buah atau sedara mara yang menghadapi masalah termengandung, jangan lupa bawa ke sekolah ini. Jangan pula anak yang lahir dikelar atau dibuang merata2. Ibu yang mengandung haram tu eloklah diserahkan kepada TGNA untuk diputuskan apa nak dibuat dengannya.

2011/10/17 para_jump101 airborne <air_strike101@yahoo.com>
 
Betul. hantarlah remaja-remaja perempuan yang telah melakukan zina itu ke Sekolah Harapan di Melaka itu. Sekolah itu juga dikenali sebagai "SIHARAM" (Sekolah Ibu Hamil Ali Rustam Melaka).
 
para_jump101 --- On Sun, 10/16/11, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Sunday, October 16, 2011, 8:46 PM

 
Benar. Fikir-fikirkanlah. Nak buang anak merata2 dalam tong sampah, dalam sungai, perigi buta, tandas, tangk air, semak samun atau di rumah sekolah harapan seperti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri melaka?

Setakat ini sekolah harapan telah berjaya menyelamatkan bayi dari dibuang merata2. Anak gadis yang bersalin di sana mendapat didikan asas agama, kaunseling dan akhirnya diterima oleh keluarga dengan baik, bahkan anak2 yang dilahirkan juga telah diambil oleh keluarga sendiri. Bukankah ini suatu kejayaan yang dapat menutup maruah keluarga islam? Soal menggalakkan lagi perbuatan zina tidak timbul kerana tanpa sekolah harapan ini pun kejadian zina telah berlaku  sekian lama, bukan sahaja melibatkan gadis islam biasa, bahkan juga gadis2 islam yang sedang menuntut di sekolah2 agama!!!!!. Untuk makluman bilangan gadis2 melahirkan anak diluar nikah di sekolah harapan melaka ini adalah lebih ramai berasal dari kelantan berbanding dengan melaka sendiri!!!!!! Apa cerita?
2011/10/16 <wealthkeepcoming@yahoo.com>
 
Kena tengok sudut lain juga.. Ke mana arah tujuan mereka bila dah mengandung begitu??kena Mak bapak yg halau mereka keluar.. Arah mana?? Dah terlanjur, mengandung.. Memang kena ada tempat.. Dr dibiar diluar bersendirian.. Terjebak dlm dunia pelacuran.. Anak2 remaja ni perlu bimbingan, bantuan.. Moga dgn adanya asrama ini dgn tenaga pengajar dpt membimbing mereka ke jalan lurus..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
From: Umie Addy <umieaddy@yahoo.com>
Date: Mon, 15 Aug 2011 22:01:53 -0700 (PDT)
Subject: RG2011... Asrama untuk gadis hamil
 

Renungkanlah...ianya seperti menggalakkan lagi gadis-gadis ni semua galak melakukan maksiat sehingga terlahirnya anak-anak luar nikah seperti di negara2 Yahudi..akhirnya bumi Malaysia ini akan penuh dengan maksiat yang tiada penghujungnya...Kesian pada anak2 yang bakal lahir berstatuskan anak haram..

 

Asrama baharu untuk gadis hamil

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDINzulsham@kosmo.com.my

SEKOLAH Harapan di Melaka ketika ini hanya mampu menempatkan 30 orang remaja hamil luar nikah pada satu-satu masa.
JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.
Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad.
"Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu, ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.
"Berdasarkan peranannya yang amat besar untuk memberi pelindungan kepada remaja bermasalah, kita perlukan asrama baru untuk menempatkan mereka," katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 30 penghuni sekolah itu Jalan Pegawai di sini semalam.
Ab. Rahaman berkata, pihaknya sedang menyiapkan permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.
Katanya, remaja bermasalah yang memasuki sekolah tersebut berjaya dibimbing apabila mereka menunjukkan keinsafan selepas menerima didikan agama dan bantuan kaunseling.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, 45 daripada 59 bayi yang dilahirkan di sekolah itu kini berada di bawah jagaan keluarga remaja yang hamil luar nikah.
"Lapan lagi bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat dan lima lagi masih berada di sekolah tersebut bersama ibu masing-masing," katanya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment