Saturday, November 12, 2011

Re: RG2011... Fw: Mufti Perlis Persoal Ibadah Haji PM


Taada tajuk yang sesuai - ini cuma cadangan -

"Haji Jalan2 Cari Makan & Dot Dot Dot"
"Ibadah Haji - Show Time 1Malaysia"
"Dia Orang Dah Taubat- Selamat Kah Kita"

Ader ke cadangan2 yang lain,
Halim



From: Izana Hani <izanahani@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, November 9, 2011 5:06 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Mufti Perlis Persoal Ibadah Haji PM

harap dapat tajuk sensasi ini ditukar, tidak sama sekali selaras dengan isi kandungan


From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, November 8, 2011 10:35 PM
Subject: RG2011... Fw: Mufti Perlis Persoal Ibadah Haji PM

 
----- Original Message -----
 

Mufti Perlis Persoal Ibadah Haji Perdana Menteri
 
PDO

Akibat beberapa tindakan dan sikap media yang terlalu ghairah untuk mempromosikan kerja haji yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah, maka akhirnya perkara ini ditegur sendiri oleh seorang yang bertaraf "Mufti" pula. Terkini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (foto) melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
 
"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. "Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataannya.
 
Sebelum ini, dilaporkan Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Najib ialah ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Zambry Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. "Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. "Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," kata Dr.Juanda lagi.

[Ramai yang mempersoalkan perkara ini, namun segalanya hanya Allah yang akan menentukan. Persoalannya yang timbul sekarang ialah, kenapa harus membiarkan media begitu taksub membuat promosi haji Perdana Menteri dan isterinya itu?. Bayangkan, jika sesorang itu melakukan ibadah solat tidak ikhlas dan menunjuk-nunjukkan itu pun sudah tidak diterima oleh Allah. Maka, apakah tindakan media membuat laporan lengkap setiap pergerakaan mereka juga itu boleh dikira "menunjuk-nunjuk"?. Bukankah lebih afdal jika perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan awam. Media sepatutnya hanya melaporka tentang Perdana Menteri dan isteri membuat kerja haji sahaja. Tidak perlu sampai mengikuti setiap ibadah yang dilakukan oleh mereka. Biarlah Allah yang menilai segalanya. Tindakan media ini jelas sekali telah memalukan Najib dan Rosmah sebenarnya. Media seolah-olah cuba membuat provokasi melampau terhadap kedua-dua pemimpin terbabit. Akhirnya terserlahlah begitu banyak persoalan yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Apapun, kita harapkan agar kedua-dua pemimpin ikhlas dan akan berubah selepas pulang dari Tanah Suci nanti. Semoga Rosmah akan menutup aurat dan lebih tawaduk lagi selepas ini hendaknya. Allah jua yang lebih mengetahui. Niat menunaikan haji mesti ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah. Keikhlasan tunai ibadat perlu bermula dari rumah, tidak boleh riak dan takabur. Maka jadikanlah iktibar apa yang telah berlaku ini].

 
 

Tuan Mufti TERKEJUT, Haji Najib dan Hajah Rosmah Selesai Haji Lebih Awal

 

Saya petik:
[MK] Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

P/s: Kantoi! Apa komen menteri agama nanti?

http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/11/alamak-tuan-mufti-terkejut-haji-najib.html





No comments:

Post a Comment