Thursday, November 10, 2011

Re: RG2011... Haji Mabrur ke Haji Marlboro???

 

Tak terfikir ke kalau dia tersalah tulis yakni, mungkin beliau ingin menulis yang dia telah selesai melakukan ibadah yang dia lakukan hari tu. Tapi dia tak ingat atau memang jahil tak tau sebuat ibadah yang dia buat hari tu, maka dia terus tulis perkataan haji. Oleh itu, Mufti pun minta dia buat penjelasan agar tidak melakukan kekeliruan. Fikirlah positif sikit otak tu, baru maju. Kalo negatif je, aura badan pun penuh dengan unsur negatif.  Ni nak ketawakan kesalahan orang je. Perbuatan ni lagi hina tau. (Aku pasti pos ni dibuat bertujuan untuk mentertawakan Najib dan Isterinya tak kira alasannya nak buat teladan ke apa.) Aku jugak dapat bayangkan orang yang pos benda2 macam ni bukan orang2 yang macam Harun Din, Ini mesti haprak punya orang. Ntah2 kita yang pegi Haji dapat Haji Marlboro.

Pasal bodyguard yang ramai2 dok mengiring Najib tu, aku nak tanya, Korang pernah tak pergi ke suatu tempat dan diorang sambut korang macam dengan ramah mesra meriah gila sampai penghargaan diorang pada korang ni yang tak dapat korang tolak? macam2 keistimewaan yang diorang nak bagi semasa korang kat sana. Pernah tak?? Aku memang pernah, sampai aku banyak tolak sebab aku rasa malu pulak. Tapi ini aku, aku bukan sape2 pun. Inikan pula Najib, PM Malaysia. Dah tentu banyak keistimewaan dia kat sana.

Lagipun, Haji ni merupakan jemputan tuhan. Terpulang juga pada rezeki masing2. Kalau rezeki dia tak baik, bodyguard iring ramai2 pun, kalau nak kene pukul, kene jugak. itu rezeki tuhan yang bagi, dipermudahkan urusan untuk melakukan haji. Betulkan kataku? Yang kita dok dengki sangat kenapa? Suka gelak2 n lepas tu bandingkan pulak dengan orang lain. Malu aku sebagai penyokong Pas, melihat telatah kawan2 aku yang terperasan lebih islam, sedangkan yang korang buat tu pun bukan bagus sangat. Sama je macam puak UMNO. Jadi marilah kita bersama2 memberi komen yang tepat tidak berputar belit dan menjawab persoalan. Bukan mempertikaikan keislaman seseorang itu kerana ketidak fahaman beliau.
 
From: "anis1222@yahoo.com" <anis1222@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 10 November 2011 3:01 PM
Subject: Re: RG2011... Haji Mabrur ke Haji Marlboro???

 
Nak tegur rosmah? Kalu dh pakai bodyguard cam tu py ramai sng ke nk dkt? Kecuali la saiful sbb ... Sendiri mau ingtla
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: zailan encik <putera_zailan@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wed, 9 Nov 2011 18:35:35 -0800 (PST)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: ghaztam@yahoo.com.my<ghaztam@yahoo.com.my>
Subject: Re: RG2011... Haji Mabrur ke Haji Marlboro???

 
ternyata awk tk paham ayat sy...... org yg mengata tu lebih hina dari org yg dikata... jd perbuatan tu tak elok la... jgn nak putar belit kn ayat.. igt tu.. kalau awk rasa awk tu hebat, pergi la tegur najib dan rosmah... kalau setakat sembang dlm ni je ape guna.. berani la sket.. tunjuk contoh pada rakan2 dlm ni... ini asyik cite je dlm ni tk guna bro... baru la org bleh respek kt awk... ok?

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "ghaztam@yahoo.com.my" <ghaztam@yahoo.com.my>; "putera_zailan@yahoo.com" <putera_zailan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, November 9, 2011 5:02 AM
Subject: Re: RG2011... Haji Mabrur ke Haji Marlboro???

 
Jika begitu, adakah hina Mufti Perlis yang mempertikaikan 'ibadah' haji Najib, Rosmah & kuncu2nya???
Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. "Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. "Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.
 
Cuba fikirkan contoh lain yang lebih mudah bab perkara2 rukun ni...
Ambil contoh solat yang kita lakukan setiap hari... Bagaimana jika dalam solat jika kita meninggalkan rukuk & terus sujud??? Sah ke solat tu???
 
Buat Tuan Ghazali Hussein... ghaztam@yahoo.com.my
Makmum pun wajib menegur jika imam yang mengimamkan solat jemaah melakukan kesilapan...
Jika diteruskan juga seluruh jemaah kena tanggung & bukan imam seorang sahaja yang tanggung...
 
Kalau salah, wajiblah mufti menegur, lebih2 lagi pemimpin, isteri & konco2nya diberikan liputan meluas oleh media2 seluruh negara kerana dikhuatiri menjadi rujukan & ikutan ramai...Sehinggakan ke saat hendak menaiki pesawat berlepas ke Mekah pun kelihatan Rosmah masih enggan bertudung. Adakah asal sudah jejak kaki pergi ke Mekah waktu musim haji saja 'confirm' sah haji walaupun meninggalkan perkara2 rukun???
 
Mudah2an mereka dipanjangkan umur & diberi kesempatan mengulangi semula ibadah haji mereka di musim yang akan datang & semoga mereka  tidak lagi menerajui negara agar dapatlah mereka merasai pengalaman sebenar mengerjakan ibadah haji tanpa layanan VVIP lagi.. 
 
"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim." (Surah At-Taubah Ayat 19)
 
Kalau ada masa luangkanlah masa mendengar kisah Haji Marlboro…
 

From: "putera_zailan@yahoo.com" <putera_zailan@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 8 November 2011 3:18 PM
Subject: Re: RG2011... Haji Mabrur ke Haji Marlboro???

 
Bia je bro... Org yg suke mengata org tu lg hina sebenarnya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
From: Ghazali Hussein <ghaztam@yahoo.com.my>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 8 Nov 2011 14:05:05 +0800 (SGT)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Haji Mabrur ke Haji Marlboro???

 
elloo bro,relaxx,jgn dok cari dosa ,pape biaq depa yg tanggung,waras sikit tentang bab2 agama nihhh..

From: rbk_2020 <rbk_2020@yahoo.com.sg>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 8 November 2011 12:05 PM
Subject: RG2011... Haji Mabrur ke Haji Marlboro???

 
Kita tunggu komen2 selepas ini... Sah ke haji ini?
Solat kalau tertinggal rukun maka tak sah solat tu... 
 
Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji
7:12AM Nov 8, 2011
 
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh terbabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.

 








__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment