Sunday, November 13, 2011

Re: RG2011... Tazkirah Jumaat : Bahaya fitnah dalam hidup

 

Salam alaik,

Jangkaan saya, ramai yang pernah kena fitnah sekurang-kurangnya 1 kali sepanjang hidup. Ramai juga yang telah terkena fitnah berkali-kali.

Ini kerana ramai yang suka memfitnah atau suka menyambung fitnah. Fitnah sangat viral sehingga begitu cepat merebak. Oleh itu, kita boleh membuat anggapan bahawa tabiat fitnah-memfitnah adalah salahsatu budaya tegar dalam masyarakat Melayu Islam.

Sesiapa yang tidak takut pada Hari Pembalasan, maka fitnah-memfitnah adalah makanan hariannya. Jika tidak dapat membuat fitnah atau menyambung fitnah, jadi gian macam penagih dadah.

Di dalam pemerhatian saya, ada pelbagai punca mengapa seseorang itu memfitnah atau menyambung fitnah:
-> SAKIT MENTAL YANG TIDAK DIUBATI - menghidapi penyakit high anxiety
-> SUKA SALAH-SANGKA - setelah melihat atau mendengar sesuatu yang tidak difahaminya
-> TABIAT SENANG MELUAT - seolah-olah standard hidup dia lebih tinggi
-> TABIAT SUKA CAKAP BANYAK - maka suka juga buat cerita
-> MENEPIS TUDUHAN - supaya orang lain yang dapat bahana
-> JAHAT - suka jatuh-menjatuhkan seseorang lain atas pelbagai sebab
-> DENGKI - terhadap kelebihan yang ada pada seseorang yang lain
-> JAHIL - ilmu yang cetek dan nilai budaya yang sangat rendah
-> BODOH - mudah percaya cakap orang lain tanpa siasatan sendiri

Kesemua sikap di atas adalah buruk dan tiada pada orang yang bertaqwa pada Allah. Maka dia telah menempah tempat di dalam Api Neraka Jahannam kecuali terselamat atas Rahmat Allah. Namun begitu, Rahmat Allah selalunya diberi pada orang yang suka memberi rahmat pada orang lain, bukan yang menyusahkan orang lain.

Ada banyak perkara yang boleh menghentikan tabiat fitnah, dan di antaranya apabila jurufitnah itu :
-> mati ( kecuali fitnahnya berterusan dalam bentuk tulisan, video dan manusia yang dididiknya )
-> hidayah Allah sehingga dia bertaubat Nasuha dan memohon ampun daripada orang yang dia fitnah
-> serik kerana mendapat balasan fitnah kembali sehingga menggegarkan fikirannya, kesihatannya, kedudukannya, hartanya dan keluarganya

Ada banyak perkara yang boleh mengurangkan tabiat memfitnah, dan di antaranya  :
-> tambah ilmu yang menambahkan taqwa kepada Allah
-> tambah amal yang memperkuatkan imannya kepada Allah
-> jauhkan diri daripada kumpulan yang bertabiat suka memfitnah
-> kurangkan bercampur dengan orang yang suka membuat fitnah
-> kurangkan bercampur dengan bukan muhrim kecuali ada keperluan
-> kurangkan keluar malam kecuali ada keperluan penting
-> kurangkan bercakap

-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, November 11, 2011 2:07 PM
Subject: Re: RG2011... Tazkirah Jumaat : Bahaya fitnah dalam hidup

 
Salam,
Bila perasaan jahat ditanam di dalam hati, ia akan
tumbuh berakar umbi dan merendang....

Sesiapa yang bertengkar dalam sesuatu pergaduhan 
tanpa usul periksa nescaya ia akan sentiasa berada 
dalam kemurkaan Allah sehingga ia mati.
(Hadis riwayat Abu Dunya)

Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2011/11/11 Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
 
t3.gstatic
SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.

Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.

Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: "Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid." (riwayat Ahmad)

Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.

Bak kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".

Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)

Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).

Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.

Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)

Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.

Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.

Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.

Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.

Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, "Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut".

Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.

Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.

Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: "Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…




--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment