Thursday, November 10, 2011

RG2011... Fw: Cara Melakukan Pemeriksaan Bulanan Payudara Sendiri

 

----- Original Message -----

Cara Melakukan Pemeriksaan Bulanan Payudara Sendiri

malaysian-health-journal
 
 
Melakukan pemeriksaan payudara setiap bulan boleh membantu mencegah kanser payudara sebagai proses mengesan penyakit pada peringkat awal. Dr Vatsala, Ketua Pakar Bedah, berkongsi beberapa garis panduan yang penting untuk wanita mengamalkan dan memeriksa sendiri payudara mereka mengenal pasti jika terdapat apa-apa perubahan seperti ketumbuhan atau 'thickenings'. Jadi, lakukanlah pemeriksaan sendiri demi menjalani kehidupan yang sihat dengan melakukan prosedur-prosedur seperti berikut:

 
Menghadap cermin:

Berdiri di hadapan cermin dan bandingkan kedua-dua payudara anda tentang perbezaan saiz, bentuk dan kontur  payudara,penyongsangan puting, membonjol, atau dimpling. Perhatikan mana-mana perubahan pada kulit atau puting, seperti jisim keras atau keadaan puting tersorot ke dalam.
 
Dengan melihat payudara anda mengikut cara-cara seperti berikut dapat membantu untuk mengesan sama ada terdapat kedutan atau lekukan halus pada kulit atau puting tersorot ke dalam dengan melakukan pergerakan seperti berikut;

<> Dengan tangan anda di sisi
<> Dengan tangan atas kepala anda
<> Dengan tangan anda di pinggang, tekan tangan di pinggang
<> Bengkok ke hadapan


Berbaring:

Letakkan bantal di bawah bahu kiri anda

Pastikan tangan kiri di bawah kepala dan berehat, gunakan tangan kanan anda untuk meraba payudara sebelah kiri
 
Lakukan usapan bentuk bulatan kecil daripada puting ke luar
Perlahan-lahan
ramas puting jika ada apa-apa rembesan.

Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah
Ulangi cara yang sama untuk yang sebelah lagi.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment