Friday, November 11, 2011

RG2011... Jaga-jaga dengan kaum itu… – Oleh Asi Dani

 


Cerpen

Seperti biasa, Hari Raya Aidiladha di kawasan perumahan ibu kota kami raikan dalam keadaan paling sederhana, begitu jauh bezanya dengan sambutan yang dibuat oleh masyarakat Islam di negeri-negeri utara tanah air dan pantai timur Semenanjung.

Minggu lalu aku berkesempatan menghadiri satu kenduri sempena sambutan Aidiladha di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Selepas acara korban, kami sekeluarga berhimpun di rumah untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

"Abang Din apa khabar?" soal aku sambil menyandar badan di kerusi. Abang Din tersenyum menyambut tangan aku bersalam.

"Baik, OK saja," mesra sekali dia menggenggam tangan aku. "Aku sama saja, macam biasa, tapi sekarang buat kerja baru," dia menyambung perbualan.

" Kenapa bang? Dah berhenti ke atau buat bisnes?" Soal aku dengan berhati-hati. Abang Din asalnya seorang jurutera awam. Apa yang aku tahu, dia bekerja di Shah Alam. Orangnya agak segak dan alim.

"Aku berhenti dah dekat dua tahun, sekarang buat freelance," jawab abang Din.

Aku tidak pula menjawab, sekadar tersenyum.

"Sekarang ni OK sikit buat kerja freelance. Aku buat macam-macam tapi semuanya project basis la," Abang Din cuba menerangkan.

" Wah, bagus. Ingatkan sejak dapat 'gomen' baru, projek dah habis…dah beku," sambut aku memancing perbualan dengannya kerana aku tahu sedikit-sebanyak pandangan politiknya, tambah-tambah lagi selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor daripada Barisan Nasional yang berkuasa sejak Merdeka.

Dulu senang dapat kontrak tapi kena bayar "tol"

" Hahaha" Abang Din ketawa menampakkan giginya. "Projek sentiasa ada tapi memang tak banyak macam zaman Khir Toyo," sambungnya seperti mengingatkan aku kepada zaman pemerintahan bekas Menteri Besar BN itu.

"Sekarang ni, kita kerja cari kontrak sendiri, itu yang payah sikit. Kalau dulu senang tapi yang lecehnya, 'tol' banyak sangat. Sampai saja dekat kita, duit dah ciput," Abang Din menceritakan keadaannya membuat bisnes pada era BN dulu.

" Tak apalah Abang Din, sikit-sikit pun dapat, tak apa. At least semua tu duit hasil usaha sendiri," kata aku memanjangkan perbualan.

Aku mengetahui lebih awal tentang Abang Din yang tidak suka memberi 'suap' untuk mendapat projek. Sungguh pun dia agak mewah, aku percaya, dalam hal nafkah dan rezeki, dia akan menolak mentah-mentah jika ada kroni UMNO mahu meminta 'tol' dari syarikat tempat dia bekerja.

"Iyalah. Tapi ramai kontraktor Melayu masih tak faham benda-benda macam ni, dia orang masih bergantung dengan cara UMNO," jawabnya pula.

"Tak apalah bang, mula-mula memang macam tu. Nanti dah biasa dengan cara kerajaan yang baru, dia orang berubahlah kot. Tak kan selamanya dia nak macam tu," jawab aku.

Abang Din seperti berfikir seketika. Aku juga diam, menanti apa yang mahu dikatakannya lagi.

"Dia orang bersatu dan ada agenda tersirat"

Abang Din : Itulah masalahnya, kerajaan tak boleh paksa kita ikut cara dia, benda macam ni bukan senang nak ubah. Kita ni Melayu kena faham, kena jaga orang-orang kita.

Aku : Apa maksud abang?

Abang Din : Kita kerajaan baru pun, tak boleh abaikan orang Melayu, Islam. Kita ni sekarang dah berpecah-pecah kau tahu? Kau tengok orang Cina, tak macam kita pun. Dia orang bersatu dan ada agenda tersirat. Kalau kita biarkan, bahaya tau. Bangsa kita ni akan dijajah lagi. Kali ni bukan dijajah dengan British tapi dengan Cina. Baik kau hati-hati dengan DAP  tu. Dia orang ni ada agenda sulit sama macam Yahudi. Kita jangan bagi muka.

Kata-katanya mengingatkan aku tentang tajuk-tajuk sebuah akhbar Melayu, seolah-olah dia tak perlu berfikir lagi kecuali menelan bulat-bulat apa yang dihidangkan untuk tatapannya seharian.

Aku : Kenapa Abang Din kata macam tu? Ada bukti ke DAP dan orang Cina nak buat macam tu?

Abang Din : Takkan kau tak tahu, cuba kau tengok kenapa orang-orang Melayu Islam kita berpecah belah sekarang ni? Mesti ada sebab, tak lain tak bukan, yang mengadu domba kita semua ni kerja politik dia oranglah.

Suara abang Din agak keras bila menjawab soalan aku.

Aku : Ya lah, tapi bukan ke orang Melayu sekarang ni marah sebab pemimpin mereka sendiri yang songlap duit kerajaan Abang Din tadi kata zaman Khir Toyo dulu nak dapat projek kena bayar tol, bukan ke tu pemimpin Melayu sendiri  yang minta?

Abang Din : Itu betul, tapi patutnya janganlah banyak-banyak sangat ambil. Ambil ala kadar je la. Kita boleh faham kalau dia orang ambil sikit. Dia orang pun buat kerja juga, lagi pun kalau bukan kerana dia orang, susah juga kita orang  Melayu nak bernafas.

Aku : Tapi bukan ke hukum tak boleh diubah, kalau memang dah salah, sikit ke banyak ke sama je.

Abang Din : Aku ni bukanlah nak berhujah sangat dengan kau. Memang hukum tak boleh ubah. Tapi kita tak boleh lurus sangat dalam hal politik macam ni. Kita kena…

Aku : Kalau bengkok tu tanda hati kita pun bengkok juga kan Abang Din?

Aku memintas sebelum dia menghabiskan kata-katanya. Abang Din sudah beralih punggung, mungkin dia mula terasa panas.

Abang Din : Dalam politik kita orang Melayu kena bijak Asi, tak boleh lurus bendul, nanti kena jual dengan orang Cina. Kalau kita…

Aku : Jangan lurus bendul tu maksud Abang Din kita kena menipu? Putar belit?

Aku memintas lagi hujah Abang Din. Kali ini dia tersenyum melihat aku.

Abang Din : Kau ni kadang-kadang pun suka juga putar belit cakap aku ya. Aku dengar kau kerja dengan PAS, ye ke?

Abang Din cuba menukar tajuk. Dia kelihatan tidak selesa dengan soalan-soalan aku.

Fitnah dan hakikat

Aku : Tak kisahlah saya kerja dengan siapa bang Din. Tapi yang salah tetap salah. Kalau kita nak maju, tak perlu kata orang lain menghalang, kita kena usaha la kan?

Abang Din : Tu betul Si, tapi kalau dibiarkan nanti bangsa kita yang terjual, Islam akan rosak. Kau tengok la sekarang ni, orang India pun dah pandai minta yang bukan-bukan dari kerajaan. Tu yang lepas, sekarang ada pula nak minta seks bebaslah. Ni semua akan rosakkan umat, itu belum cerita lagi pasal dia orang nak Kristiankan kita orang Islam. Itu boleh jadi masalah besar tu. Jaga-jaga.

Aku : Ish! Abang Din pernah baca atau nampak ke semua tuduhan- tuduhan ni depan mata abang? Pernah ke dibuktikan Dekat mahkamah ke, dekat akhbar ke?

Abang Din : Tu yang keluar dekat surat khabar tu apa?

Aku : Itu bukan bukti bang, itu tuduhan. Tak kan abang tak reti baca.

Abang Din : Tak kisah la ada bukti ke tak, kalau tak ada angin tak kan pokok bergoyang.

Aku : Kalau pokok tu memang ada yang goyangkan macam mana? Tak mustahil juga kan?

Abang Din : Lawaklah kau ni. Kau kena hati-hati dengan politik Cina ni. DAP ke…MCA ke…Gerakan ke…semua tu sebenarnya satu kepala, dia orang geng baik tu. Kita kena hati-hati, kena bersatu.

Aku : Abang Din ni, dari tadi tuduh je tahu. Bukti tak bagi pun. Macam dengar dari cerita orang je. Bang Din nak tahu Dengar cerita orang ni sama dengan sebar fitnah. Hukum sebar fitnah ni berat tau.

Kata aku sambil ketawa, mahu menenangkan keadaan. Abang Din hanya tersengih-sengih.

Abang Din : Kau kerja dengan siapa sebenarnya Si?

Aku : Kenapa Abang Din nak tahu sangat ni, macam James Bond je.

Abang Din : Hahaha. Aku bukan tak nak bagi bukti semua cerita aku tu. Tapi semua tu betul. Kita kena la yakin, kalau tak yakin ubat tak mujarab tau.

Aku : Tak bolehlah nak samakan ubat dengan fitnah Bang Din. Kita ni sombong sebenarnya. Kita tahu pemimpin kita buat salah, kita tahu cakap saja. Tapi tak mampu buat apa-apa. Lepas tu nak salahkan orang lain. Cubalah bawa berfikir sikit. Kalau kita susah, kenalah usaha, bukan cari salah orang lain. Kan Bang Din?

Abang Din : Aku faham, tapi apa bukti pula kalau betul DAP dan orang-orang Cina ni betul-betul tak ada niat nak jajah kita? Kau boleh buktikan?

Aku : Ada. Di Pulau Pinang. Pergilah sana tengok, bawa anak-anak berjalan makan angin. Pernah dengar kerajaan BN dulu bantu guru KAFA, budak-budak hafiz Quran, tolong orang miskin, bagi kontrak kelas F ? Semua tu orang Melayu dapat. Tu DAP yang buat semua tu. Ada keluar berita benda-benda kebajikan Islam ni dalam akhbar? Tak ada kan?

Abang Din hanya tersengih-sengih mendengar jawapan aku. Wajahnya menampakkan kegelisahan yang semakin menjadi-jadi.

Terpegun

Abang Din : Kau tak jawab lagi soalan aku, kau kerja mana sekarang?

Dia kembali menukar topik perbualan. Matanya terpaku kepada wajah aku.

Aku : Saya kerja dengan DAP, Bang Din.

Abang Din diam dan terpegun mendengar jawapan aku, dia meneguk minuman suam seperti air sejuk, sekali nafas habis air segelas. Ketika dia masih tergamam, aku tersenyum dan berlalu dari situ, terus ke dalam rumah untuk menanti majlis doa selamat bermula.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment