Tuesday, November 8, 2011

RG2011... Jln-Jln Masuk Kg: Orang Tak Jual Daging Korban

As Salam Semua,

Terima kasih pada semua yg menyertai Qurban Perdana kali pertama anjuran Wargakilang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar spt dirancangkan dgn izinNYA.

Subject: Jln-Jln Masuk Kg: Orang Tak Jual Daging Korban

Jln-Jln Masuk Kg: Orang Tak Jual Daging Korban
Alhamdulillah, dengan berkat doa Ustaz Ismail Mahmud di Mekah barangkali, majlis korban 14 ekor lembu anjuran NGO Wargakilang dengan kerjasama Pondok Bandar Hilir Sik Kedah pada hari raya ke-2 lalu berjalan lancar. 14 Ekor lembu berjaya ditumbangkan dalam jangkamasa kurang hampir 2 jam setengah.

Ustaz Ismail, merangkap Mudir Pondok Bandar Hilir memang gusar sangat, risau-risau kalau majlis Korban ini tidak dapat berjalan seperti yang dirancang; ya lah bukan kata pihak pondok tapi kami sendiri tak ada pengalaman buat korban sampai 14 ekor serentak macam tu.


Sdra Wahab, Pengerusi Biro Amal wargakilang sedang meniatkan korban utk setiap peserta. Kena baca ikut skrip - pertama kali buat!!


Antara korban yang berjaya ditumbangkan.


Pihak Pondok dengan kerjasama masyarakat sekitar banyak membantu melicinkan majlis korban ini.


Bergambar ramai-ramai: Korban Yang Paling Akhir - lembu no. 14.

Seperti yang dirancang tepat jam 10:30 pagi, 11 kereta rakan-rakan dari NGO Wargakilang berkonvoi masuk ke kampung-kampung di pedalaman Sik dan Baling meng-agihkan daging-daging korban tersebut.

Sebelum Zohor kami menghala ke pedalaman Nami; di situ kami peruntukkan 100 bungkus dengan 2kg setiap satu (daging + tulang) untuk 100 keluarga miskin di situ. Kebanyakan keluarga tersebut pernah kami kunjungi sewaktu program Jln-Jln Masuk Kampung kami dulu.


Paklong Mat Zin, tuan rumah tempat semua penerima berkumpul.


Dalam perjalanan pulang dari Nami, kami singgah di rumah 3 beradik di SIK yang hidup dlm kemiskinan, yang sulung darjah 4 terpaksa berhenti sekolah sebab kena jaga adik-adiknya bila ayahnya keluar mencari rezeki, yg ada saya tulis di:

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/11/jln-jln-masuk-kg-mencari-golongan-ke-3.html

Selepas tersiar kisah mereka di berbagai mailing list/blog/website; ramai yang mai bagi barang-barang minta tolong hantar pi kat depa. Lalu, mengambil kesempatan expedisi korban ini, kami singgah di rumah3-beradik ini bagi daging korban, kami turut bawa hampir 3 TRITON barang-barang keperluan harian seperti susu, gula, biskut, pampers, toto, teddy bear berbagai rupa, tikar dll. 


Terima kasihlah kpd sapa-sapa yang bagi sumbangan itu, moga ada pahalanya menanti di SANA.

Di sebelah petangnya kami menghala ke daerah kelahiran saya di Baling Kedah. Antara rumah yang kami singgah ialah di rumah seorang Ibu Tunggal, penoreh getah yang kami pernah turun bantu bina bilik air di rumahnya beberapa tahun lepas – kisah keluarga ini saya tak akan lupa sampai bila-bila sebab di situlah saya dan kawan-kawan di NGO WARGAKILANG kena jerkah dengan ORANG BESAR di kampung itu, dia mai sergah kami kata kurang ajar masuk kampung orang tak minta kebenaran. Nak minta kebenaran apanya, kampung itu sebelah kampung saya ja, adik beradik semua tu..apa ra..

Kali ini kami singgah situ bawa daging korban untuk keluarga berkenaan dan dua tiga buah rumah lagi di sekelilingnya.

Di daerah Baling ini, kami agihkan daging korban kpd hampir 50 buah keluarga drpd pelbagai buah kampung yang berbeda.



Pak Lang Matsin, antara penoreh getah di Baling yang mendapat habuan korban kami tahun ini.

Kembara korban kami berakhir di Baling, tetapi buat saya ada dua bungkus lagi yang saya bawa pulang ke rumah saya. Satu bungku
s untuk Kak Mek yang dok bela anak-anak yatim piatu di Kg Paya Ketiau berdekatan.

Satu bungkus lagi untuk jiran saya yang dok jual nasi lemak pagi-pagi kat depan restoren Cina tak jauh dari rumah saya itu. Hari tu waktu beli nasi lemak, dia ada habag kat
a dia rasa kempunan sungguh tak dapat makan daging Korban. Kata dia, tiap-tiap tahun Masjid buat Korban, tapi sebungkus pun tak pernah sampai rumah dia.

Kali ini, Alhamdulillah, merasa juga dia dapat makan daging Korban ini.


Tersengih gembira sahabat saya ini, akhirnya dapat jugak dia daging korban.
Tak taulah dia nak buat daging masak apa malam ini.

Malam tu adik pompuan saya pulak talipon minta nak merasa daging korban sikit.

Sedar tak sedar, baru saya perasan, rupa-rupanya daging korban ini tak ada dijual di mana-mana. Hang ada duit banyak mana pun, kaya tara mana pun, kalau pi supermarket ka, econsave mana ka, depa tak jual daging korban ini. Patutlah pun daging korban ini sedap dan lain sungguh rasanya berbanding dengan daging biasa.

Terima kasihlah kepada sahabat-sahabat yang menyertai korban kami pertama kali ini.
Terima kasih sebab bagi peluang kpd orang-orang miskin dan susah di pedalaman Sik dan Baling, dan juga orang biasa di kawasan perumahan dapat merasa nikmat makan daging korban ini.

Saja nak habag, sesungguhnya apa pun orang kata, mengikut pengalaman kami dok agihkan daging korban merata kampung ini, sesungguhnya di Malaysia ini masih ramai lagi golongan ke-3 yang layak dan dok ternanti-nanti daging-daging korban ini. Bukan kata golongan ke-3 atau pun golongan fakir miskin, tapi masih ramai lagi orang-orang biasa, orang-orang kebanyakan yang saban tahun dok kempunan tak dapat makan daging korban.

Semalam seorang kawan habag, jiran dia dok tunggu dekat 3 jam kat suatu majlis korban (5 ekor kot) di suatu tempat Kulim, puas tunggu secebis daging pun tak dapat. Kalau dia habag awai, bolehlah juga kami simpan sebungkus buat jiran dia tu.

So, tahun depan, jom lah ramai-ramai kita sertai majlis Korban ini; insyaallah ada rahmatnya buat semua!


moniermatdin@yahoo.com
9.11.11
http://www.moniermatdin.blogspot.com
 
 


No comments:

Post a Comment