Sunday, November 13, 2011

RG2011... Khairy Jamaludin - Jangan pertahankan isu NFC. Ianya amat memalukan

 

Pendapat

Oleh Aspan Alias

Lepas satu isu timbul satu isu yang melibatkan pemerahan wang rakyat yang di lakukanhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDPbTcLvVZtlB5D5urC5n6tS-p6xEaWxGCdY7JUNjHCALDTa8DiEhZWqaVjGmdU2s-R9umLHDpqLzg1bwNRAdrnAvUIbwrn1T_kk5z1YLVhZMDYApPvNUN33xI4wIOyPzLLtnE3ubDix8/s1600/khairy+jamaluddin+01.jpg oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarganya dalam jumlah yang besar dan tidak terfikir oleh sesiapa yang mempunyai sedikit daya pemikiran yang baik.

Isu yang terakhir yang kita dengar setakat ini ialah isu NFC (national feedlot centre) yang melibatkan keseluruhan keluarga Ketua Wanita UMNO dan seorang Menteri yang masuk ke dalam Jemaah Menteri negara melalui pintu belakang itu.



Dengan terbongkarnya tindakan mencuri ini maka ramailah pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat kenyataan sambil berbohong di Parlimen dengan menyatakan yang projek lembu itu adalah projek yang berjaya.

Muhyiddin Yassin yang bertanggung jawab untuk menjadikan projek ini menjadi realiti telah meminta Noh Omar untuk menjawab dan mempertahankan Sharizat di dalam parlimen tetapi beliau menyepi dan tidak berkata apa-apa. Tindakan Muhyiddin untuk meminta Noh Omar untuk menjawab itu memang tindakan yang bijak kerana jawapan yang sebodoh itu hanya boleh diberikan oleh orang seperti Noh Omar itu.

Yang mengejutkan saya ialah penglibatan Khairy Jamaludin membantu Noh Omar mempertahankan tindakan keluarga seorang ahli jemaah kabinet negara dengan mengatakan yang projek itu adalah projek yang berjaya. Khairy menambah lagi kekalutan dengan memberi tahu rakyat yang pembelian kondominium berharga RM10 juta itu adalah tindakan yang betul kerana untuk mengelakan wang lebihan syarikat itu dari 'idle' di dalam akaun syarikat.

Khairy yang baru mula hidup ini sedaya upaya untuk memperbodohkan orang ramai. Khairy yang selama ini saya anggap pemimpin berpotensi dalam UMNO dan negara sekarang sudah menampakan dirinya sudah terpengaruh dengan budaya mempersendakan rakyat. Mungkin Khairy terpaksa bersama-sama Noh Omar menganggap rakyat ramai ini bodoh dan boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka (rakyat).

Dengan tindakan Khairy memberikan alasan yang jembel untuk mempertahankan Sharizat dan keluarganya saya telah dapat membuktikan teori yang saya selalu sebut; sehebat mana pun dan sehandal mana pun pemikiran dan kepimpinan seseorang itu, apabila terlibat di peringkat kepimpinan UMNO seseorang itu akan menjadi lemah pemikiran dan akan selalu bertindak bodoh mempertahan perkara yang tidak boleh dipertahankan lagi.

Pendeknya UMNO hanya mampu untuk merosakan pemikiran orang ramai dengan menyakinkan perkara yang bathil itu di terima sebagai perkara yang hak. Apa sahaja yang buruk yang di lakukan oleh mana-mana pemimpin tertinggi UMNO itu mereka (pemimpin UMNO) akan berpusu-pusu mempertahankan kesalahan sesama mereka.

Dalam isu NFC ini amat jelas kerajaan sedang cuba untuk memperlembukan orang ramai dengan projek lembu ini. Mereka menggunakan lembu untuk melembukan kita semua. Mereka seolah-olah meminta kita semua bertepuk tangan kerana kegagalan projek ini dan menganggapkan yang projek ini adalah projek berjaya.

Noh Omar dan Khairy seolah-olah menganggap yang kita di bawah ini semuanya lembu yang tidak tahu mengira dan membaca.

Kalau perbahasan yang bodoh ini datangnya dari Noh Omar tidak meagapalah kerana itu pun kemampuan ahli parlimen Tanjung Karang itu, tetapi kalau perbahasan yang seperti ini datangnya dari Khairy Jamaludin ianya amat memeranjatkan bukan sahaja saya yang tidak sepertinya ini tetapi juga dari ramai ahli masyarakat yang bertanya kepada saya kenapa universiti teragong dunia ini mengeluarkan produk seperti Khairy Jamaludin.

Apa pun yang berlaku sekarang ini rakyat perlu melakukan tuntutan untuk mendapatkan kembali hidup di dalam sebuah negara yang kita sanjungi seperti yang kita semua alami dahulu.

Caranya ialah untuk rakyat beramai-ramai melakukan pembetulan ini dan yang paling tepat waktunya ialah semasa pilihanraya yang akan datang. Kita tidak mahu lagi membaca lapuran ketua audit negara yang sama kandungannya seperti yang kita sedang baca sekarang ini tertulis dalam lapuranya pada tahun-tahun yang akan datang.

Kepada Khairy elok kita ingatkan supaya janganlah mencari isu yang lembab seperti ini untuk mendapatkan apa yang saudara idamkan dalam UMNO ini. Elok cari isu yang lain kerana kalau beliau masih mempertahankan Sharizat ianya adalah 'self defeating' bagi beliau.

Sepatutnya saya tidak masuk campur dalam hal Khairy ini tetapi saya tidak tahu kenapa saya masih ada sedikit 'soft spot' terhadap pemimpin muda ini. Khairy ini seorang pemimpin yang baik dan berpotensi tetapi beliau menjadi ahli parti yang salah untuk beliau.

Seleweng RM30j bantuan sekolah?

Penulis Tamu

Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD

PADA 30 November 2008, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said bersethttp://gazebodaily.net/wp-content/uploads/said.gifuju meluluskan permohonan 'membekalkan pakaian seragam sekolah' bagi seluruh negeri Terengganu kepada Syarikat Hamie Enterprise dengan jenama 'Ganu Kita'.


 



Projek bernilai hampir RM10 juta setiap tahun ini juga mendapat kebenaran Menteri Besar agar dikecualikan daripada proses tender dengan harga RM150 satu set untuk diagihkan kepada 53,300 pelajar sekolah rendah yang telah dikenal pasti oleh Unit Pe rancang Ekonomi Negeri (Upen) melalui satu kaji selidik.
 
Pada 13 Disember 2008, penghantaran pertama 'pakaian seragam sekolah rendah' sebanyak 15,000 set telah dihantar ke alamat 'Pekarangan Kediaman Menteri Besar, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan diterima dengan rasminya oleh Wan Ahmad Wan Muda selaku Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar.

Pejabat Menteri Besar telah ditugaskan melakukan pengagihan kelengkapan sekolah ini bagi Parlimen Kuala Terengganu sempena pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada awal 2009. Program bantuan ini berterusan selama tiga tahun dan jumlah keseluruhan adalah RM28.47 juta yang dibelanjakan untuk 282,966 pelajar di seluruh Terengganu sepanjang tahun 2008- 2010.

Namun Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang berkaitan 'Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah' negeri Terengganu yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) telah membongkar suatu laporan yang amat mengejutkan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Laporan dibentangkan di Parlimen itu mendedahkan 'semakan audit mendapati; proses rundingan harga kontrak terbabit tidak memenuhi garis panduan dan tidak ada kontrak formal ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dengan syarikat pembekal pakaian dan alatan sekolah untuk tahun 2008 hingga 2010'.

Laporan audit tersebut juga telah mengenal pasti sekurangkurangnya enam teguran dan kesilapan asas dalam mengendalikan projek iaitu:

1. Kajian pasaran tidak dijalankan.

2. Bon pelaksanaan tidak dikeluarkan.

3. Pemeriksaan terhadap barangan yang diterima tidak dijalankan.

4. Kelewatan agihan.

5. Bantuan tidak diagih ke semua daerah.

6. Keluarga yang menerima bantuan tidak memenuhi syarat.

Apa yang lebih menakjubkan adalah hasil tinjauan audit pada 3 November 2010 di beberapa kedai pakaian dan alatan sekolah pelbagai jenama sekitar daerah Kuala Terengganu mendapati harga pakaian adalah le bih rendah daripada yang ditawarkan. Harga di pasaran ialah RM26.70 dan RM76.50 berbanding harga pembekal antara RM73.50 dan RM123.30 dan ini bermakna kerajaan dapat berjimat sebanyak RM1.42 juta pada kadar harga jauh lebih rendah.

Persoalan besar adalah ba gaimanakah projek yang diurus-selia oleh Pejabat Menteri Besar sendiri boleh berlaku salah-urus dan kebocoran amat ketara? Selepas projek e-Book yang menelan belanja hampir RM100 juta dan telah dikesan oleh Laporan Audit kerana 'tiada perjanjian antara syarikat dan kerajaan negeri' maka projek bantuan kelengkapan sekolah ini juga telah dikesan 'tidak mempunyai sebarang perjanjian'.

Siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam pelanggaran peraturan perolehan kerajaan ini?

Menteri Besar sendirikah atau pegawai kerajaan yang terbabit? Dan siapakah yang mendapat keuntungan besar dengan memeras jerih susah rakyat miskin di seluruh negeri Terengganu ini?

Bayangkanlah bantuan pakaian dan alatan sekolah yang dikhususkan untuk golongan miskin telah berlaku salah-laku dan penye- lewengan, di manakah sifat amanah dalam menjalankan tugas kalau untuk golongan miskin juga telah berlaku salah-urus dan kebocoran yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Amat malang golongan miskin di Terengganu kite ini. Sudahlah me reka sentiasa diperas-ugut dengan cengkaman pelbagai bantuan dan subsidi serta wang ihsan bagi terus dipaksa menyokong Umno- BN, peruntukan untuk mereka juga telah di selewengkan tanpa rasa sebarang belas kasihan.

Ya mungkin inil tepat dengan tema pentadbiran Menteri Besar Ahmad Said; 'merakyatkan pentadbiran dan pembangunan' dengan memeras keringat dan air mata rakyat miskin Gganu kite.


Belanja RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faedah

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia


PETALING JAYA:  PAS Terengganu mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM10 bilion royalti minyak tetapi tidak emmberi manfaat kepada rakyat.

"Kerajaan negeri membelanjakan wang itu tetapi sesetengah projek masih tidak siap kerana penyelwengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno," dakwa pemangku Ketua Penerangan PAS negeri, Azman Shapawi Abdul Rani.

Menurutnya, antara pembaziran itu ialah projek Monsoon Cup – pertandingan kapal layar di muara sungai Terengganu yang diadakan setiap  tahun.

Beliau berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui Monsoon Cup satu pembaziran tetapi diteruskan untuk memperkenalkan negeri di mata dunia.

Bina mahligai

Tetapi, tambah Azman setelah lebih lima tahun tidak banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat Terengganu.

"Kononnya penganjuran Monsoon Cup untuk memberi peluang pekerjaan dan faedah kepada nelayan Pulau Duyong tidak berjaya kerana mereka masih ditakuk lama," katanya.

Azman mendakwa, rakyat mengeluh dan mereka bercakap bahawa pemimpin dan wakil rakyat Umno mengumpul kekayaan.

Dakwanya, ada pemimpin Umno yang membina mahligai dan rumah berharga ratusan ribu ringgit hingga berjuta.

"Rakyat semakin susah, walaupun bajet lebih RM 1 bilion setahun dibelanjakan, projek berjuta-juta ringgit, konon untuk rakyat," tambahnya.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment