Thursday, November 10, 2011

RG2011... Melaka tidak mampu bayar balik hutang kepada Persekutuan

 


Artikel
Kerajaan Negeri Melaka yang ditadbir Dato' Seri Mohd Ali Rustam telah tidak menjelaskan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan bagi penyata kewangan thttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtB33eLLkIB9hKNSxlSyF78ki4LMrP0g_Mf68qzRbywd-G7EIXbWyNRBSf2ihq_EelX9uVnVFs8Uo7UK0AHXRgToLLM_pggrh9KlIrHDi9UhkxXK0AEyVR-V75yLw_rBiMtfNM-OrB6p7w/s320/ali_rustam3.jpgahun 2010.
 
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diedarkan 24 Oktober lalu menunjukkan trend baki Tunggakan Bayaran Balik Hutang Awam Kerajaan Negeri bagi tempoh tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan peningkatan kecua li pada tahun 2008

Kerajaan negeri tidak membuat bayaran balik hutang awam kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010, kata laporan itu.

Ini menyebabkan tunggakan bayaran balik hutang awam pada akhir tahun 2010 meningkat RM29.28 juta atau 49.7 peratus kepada RM88.20 juta berbanding RM59.92 juta pada tahun 2009.

Laporan itu mendedahkan tunggakan kerajaan negeri bagi tahun 2010 adalah tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Laporan itu menyebut, hutang awam kerajaan negeri meningkat sejumlah RM265.54 juta menjadi RM853.07 juta.

Kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran balik hutang awam kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010.

Jumlah tunggakan bayaran balik hutang awam pada tahun 2010 adalah sejumlah RM88.20 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesyorkan, kerajaan negeri perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangannya supaya sumber pendapatan yang diperolehdapat menampung perbelanjaan mengurus dan menanggung tanggungan semasa.

Penetapan Key Performance Indicator (KPI) dan operasi syarikat kerajaan negeri perlu dipantau dengan tegas untuk memastikan pelaburan kerajaan negeri memberi pulangan yang sewajarnya.

Kerajaan negeri perlu juga mengekalkan perbelanjaan secara berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan pesat ekonomi negeri Melaka.

Selain itu, tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk memastikan tunggakan pinjaman dibayar oleh agensi negeri mengikut jadual yang ditetapkan, kata Laporan Ketua Audit negara itu.

Berikut sorotan Laporan Ketua Audit Negara terhadap kedudukan kewangan kerajaan Melaka: Hutang Awam Kerajaan Negeri Setiap tahun kerajaan negeri Melaka menerima pinjaman daripada kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan.

Pada akhir tahun 2010, baki hutang awam kerajaan negeri meningkat sejumlah RM265.54 juta kepada RM853.07 juta berbanding RM587.53 juta tahun 2009.

Punca peningkatan Hutang Awam Kerajaan Negeri adalah disebabkan pertambahan pinjaman baru, penjadualan semula pinjaman dan pelbagai projek kerajaan negeri berjumlah RM265.54 juta.

Trend Baki Pinjaman Boleh Tuntut

Trend baki pinjaman boleh tuntut bagi tempoh tahun 2006 sehingga 2010 menunjukkan peningkatan kecuali pada tahun 2008.

Peningkatan pinjaman boleh dituntut pada tahun 2010 adalah disebabkan oleh penjadualan semula pinjaman kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka berjumlah RM139.42 juta dan pinjaman baru kepada Syarikat Air Melaka berjumlah RM21.58 juta.

Bayaran Balik Pinjaman Kerajaan Negeri

Bayaran balik pinjaman yang diterima oleh kerajaan negeri daripada agensi negeri atau syarikat kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM32.39 juta.

Daripada jumlah ini, RM26.12 juta telah diterima daripada 10 agensi di mana dua agensi telah membuat bayaran balik mengikut jumlah anuiti.

Sementara tiga agensi telah membuat bayaran balik melebihi anuiti yang ditetapkan dan empat agensi telah membuat bayaran balik kurang daripada jumlah anuiti yang ditetapkan.

Kerajaan negeri juga telah menerima bayaran balik berjumlah RM3.68 juta daripada dua agensi yang telah tamat tempoh bayaran balik tetapi masih mempunyai baki tertunggak.

Sementara tiga agensi telah membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2.59 juta walaupun masih dalam tempoh pertangguhan.

Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman

Pada akhir tahun 2010 sebanyak 17 Pinjaman Boleh Dituntut daripada sembilan Agensi Negeri/Syarikat Kerajaan Negeri menunjukkan tunggakan bayaran balik sejumlah RM17.19 juta. Daripada tunggakan ini sejumlah RM14.91 juta adalah bayaran pokok, manakala sejumlah RM2.28 juta adalah bayaran faedah.

Pelaburan Seksyen 8 Akta Tatacara Kewangan, 1957 menyatakan kerajaan negeri boleh membuat pelaburan di bank, institusi kewangan dan syarikat sekiranya mempunyai lebihan wang.

Pelaburan yang dinyatakan di Lembaran Imbangan adalah pelaburan daripada Kumpulan Wang Amanah di bawah 3 Kumpulan Wang iaitu Tabung Amanah Melaka, Kumpulan Wang Amanah Zoo Melaka dan Kumpulan Wang Masjid Negeri.

Jenis pelaburan yang telah dibuat adalah dalam bentuk simpanan tetap kecuali bagi Tabung Amanah Melaka yang turut membuat pelaburan saham dan syer syarikat berkaitan Kerajaan serta portfolio Pengurus Dana.

Analisis perbandingan kedudukan pelaburan bagi tahun 2010 dan 2009 menunjukkan penurunan sejumlah RM6.81 juta (12.8 peratus) kepada RM46.18 juta pada 2010 berbanding RM52.99 juta pada tahun 2009.

Penurunan jumlah pelaburan pada tahun 2010 adalah disebabkan penjualan saham Malaysia Airport Berhad di bawah Tabung Amanah Melaka.

Kedudukan Pelaburan Kerajaan Negeri Bagi Tahun 2006 Hingga 2010

Jumlah pelaburan saham kerajaan negeri yang dinyatakan di Lembaran Imbangan dan Akaun Memorandum menunjukkan trend yang meningkat pada tahun 2006 dan 2009.

Analisis pulangan dalam bentuk dividen dari pelaburan dalam syarikat tersiar harga dan tidak tersiar harga yang dipegang melalui Perbadanan Ketua Menteri dan Tabung Amanah Melaka berbanding nilai pelaburan yang dinyatakan di Lembaran Imbangan dan Akaun Memorandum bagi tempoh 5 tahun dari 2006 hingga 2010 menunjukkan kadar pulangan adalah rendah dan tidak memuaskan antara 0.6 peratus hingga 9.9 peratus.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment