Sunday, November 13, 2011

RG2011... Mesin X-ray Bogelkan Wanita - Bagaimana Dlm Islam?

 

----- Original Message -----
 

Mesin X-ray Bogelkan Wanita - Bagaimana Dlm Islam?

 
 
 
 
LONDON: Seorang anggota keselamatan di Lapangan terbang Heathrow disoal siasat selepas merakam gambar bogel rakan sekerjanya menggunakan alat pengimbas antipengganas, semalam.

Jo Margetson, 29, membuat aduan kepada polis selepas John Laker, 25, mengambil gambarnya menggunakan mesin x-ray khas itu sebelum membuat kenyataan lucah: "Saya benar-benar sukakan payu dara kamu yang besar itu." Jo memasuki ruang imbasan x-ray itu secara tidak sengaja dan ketakutan apabila Laker menekan punat mengambil imej yang terpapar di mesin berkenaan.

Laker berdepan kemungkinan dipecat jika didapati bersalah. Dia juga menjadi kakitangan lapangan terbang pertama didapati menyalahgunakan alat kontroversi itu. Mesin pengimbas khas itu dipasang selepas seorang lelaki ditahan kerana cuba meletupkan bom yang disembunyikan dalam seluar dalamnya, tahun lalu. -Agensi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sementara itu, ulama-ulama di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan fatwa yang melarang orang Islam melalui mesin itu kerana ia melanggar hukum agama berhubung isu bogel. "Islam jelas melarang lelaki atau wanita dilihat dalam keadaan bogel oleh mereka yang bukan muhrim," kata fatwa itu.

 (2MA)

 

Muslimah Enggan Lalui Mesin Pengimbas Bogel Kerana..

 

Alat pengimbas bogel di Lapangan Terbang Manchester England.

MANCHESTER - Seorang wanita Islam dilarang menaiki satu penerbangan ke Pakistan selepas enggan melalui mesin pengimbas baru di Lapangan Terbang Manchester yang memaparkan tubuh manusia dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang lagi wanita yang merupakan rakannya juga enggan menjalani imbasan mesin Rapiscan itu kerana masalah perubatan. Dua wanita itu sedang dalam perjalanan ke Islamabad apabila mereka dipilih untuk melalui imbasan mesin Rapiscan selepas mendaftar masuk di lapangan terbang berkenaan.

Setakat ini, kira-kira 15,000 orang telah melalui alat pengimbas itu manakala pasangan tersebut merupakan penumpang pertama yang enggan berbuat demikian. Pasangan tersebut yang sanggup kerugian dua tiket penerbangan berharga £400 (RM2,000) daripada menjalani prosedur imbasan, kemudiannya bertindak meninggalkan lapangan terbang itu.

Beberapa mesin Rapiscan yang berharga £80,000 (RM406,000) diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dan Lapangan Terbang Manchester pada 5 Februari lepas. Mesin sinar-X itu membolehkan kakitangan-kakitangan keselamatan melihat imej bogel penumpang untuk mengesan sama ada senjata dan bahan letupan disembunyikan pada tubuh mereka tetapi penggunaannya dikritik kerana ia memaparkan bentuk kemaluan penumpang.

Ulama-ulama di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan fatwa yang melarang orang Islam melalui mesin itu kerana ia melanggar hukum agama berhubung isu bogel.

"Islam jelas melarang lelaki atau wanita dilihat dalam keadaan bogel oleh mereka yang bukan muhrim," kata fatwa itu.

Sementara itu, seorang aktivis sebuah badan bukan kerajaan di Britain, Alex Deane menyatakan pertubuhannya bersedia mewakili dua wanita itu sekiranya mereka mahu mencabar keputusan pihak berkuasa di mahkamah. Demikian menurut sumber berita Agensi hari ini.

Menurut sumber yang sama pada Februari lepas di Washington, Majlis Fikah Amerika Utara mengeluarkan fatwa dengan memberi peringatan supaya penumpang beragama Islam tidak melalui alat pengimbas bogel di lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Ia merupakan satu pelanggaran jelas ajaran Islam mengenai lelaki dan wanita dilihat berbogel oleh lelaki dan wanita lain," kata fatwa tersebut.

Larangan itu merupakan tamparan hebat berhubung penggunaan mesin X-ray yang ditempatkan di Lapangan Terbang Heathrow dan Manchester, Britain. Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 40 alat pengimbas di 19 buah lapangan terbang dan dijangka meningkat sehingga 450 unit pada hujung tahun ini.

Penempatan mesin itu dibuat sebagai sebahagian daripada kawalan keselamatan selepas seorang warga Nigeria, Umar Farouk cuba meletupkan bom dalam seluar dalamnya semasa dia menaiki pesawat komersial ke AS pada 25 Disember tahun lalu. Umar kini ditahan di sebuah penjara di AS.

(Sumber: Agensi/AH)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment