Saturday, November 12, 2011

RG2011... Pensyarah IPGM tuntut janji TPM

 


Surat Pembaca

Oleh PENSYARAH MUAK

BAJET 2012 yang dibentang Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu penuh dengan janjhttp://insightsabah.gov.my/files/articles/image/2009/9/weathering-storm/najib.jpgi-janji manis terutama kepada warga pendidik negara. Kenaikan gaji asas (pokok) begitu dinantinantikan warga pendidik sebelum pembentangan Bajet tersebut.

Ramai warga perkhidmatan awam tertunggu-tunggu dan berkira-kira semoga Bajet tersebut berupaya memberikan sedikit sinar pengharapan untuk mereka menempuh fenomena kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang begitu menggila melanda rakyat Malaysia dan menjejaskan pendapatan benar mereka.

 



Malah kadar warga Malaysia yang dibebani hutang dan akhirnya diistihar muflis (seorang setiap 40 minit) begitu membimbangkan.

Paling ditakuti adakah negara kita juga bakal menjejaki negara Greece? "Jangan bimbang negara kita masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh," kata para pemimpin yang kita sanjungi.

Namun begitu, berbalik kepada berita yang ditunggu- tunggu di depan TV atau radio pada pembentangan Bajet 2011 lepas, rupa-rupanya indah khabar daripada rupa. Keadaan itu sama seperti ketika warga pendidik menunggu-nunggu pengumuman yang bakal mengembirakan mereka pada hari Guru 2011 lepas. Rupa rupanya yang diumumkan oleh pemimpin besar negara tersebut hanya ulang tayang janji yang dah lepas tetapi masih terkial kial dilunaskan.

'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Itulah slogan hebat untuk diterjemahkan oleh pemimpin negara kita yang amat dicintai ini. Sebenarnya kami warga pendidik sudah terlalu muak dengan janji manismu seperti lagu yang dinyanyikan oleh Aishah sedikit waktu dahulu.

Kami pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) begitu kecewa dengan janji-janji Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang masih belum tertunai sehingga kini.

Menteri Pelajaran,Tan Sri Muhyidin Yassin dengan bangganya telah mengumumkan pada sambutan Hari Guru 2009, bahawa warga pendidik di IPGM yang memiliki Sarjana (master) dan Doktor Falsafah (PhD) layak untuk ditimbangkan menerima sedikit habuan kenaikan gred gaji. Ianya akan dilaksanakan pada tahun itu juga (2009).

Maklumlah sesuai dengan taraf yang telah diberikan sebagai Institut daripada panggilan Maktab Perguruan sebelum itu. Tunggu punya tunggu sekarang dah nak masuk 2012, rupa-rupanya buahnya tak gugur-gugur lagi.

Kenapa kami sebagai pensyarah IPGM begitu kecewa dengan keadaan itu. Pertama masalah kami untuk menikmati durian runtuh seperti rakanrakan kami dalam Fasa 1 dan Fasa 2 (lebih senang disebut bakul 1 dan bakul 2) semenjak daripada tahun 2008 lagi telah dinafikan begitu sahaja.

Alasannya kami berada di dalam bakul 3 dan perlu menunggu kekosongan jawatan.

Pada masa yang sama, rakan-rakan kami yang tidak mempunyai Sarjana apatah lagi Doktor Falsafah (PhD) begitu mudah menerima kenaikan daripada DG41 kepada DG44, DG44 kepada DG48, DG48 kepada DG52 dan DG52 kepada DG54. Malah yang paling menggelikan terdapat sesetengah warga pendidik IPGM yang tidak mempunyai kelayakan Sarjana dan Doktor Falsafah begitu mudah dilantik sebagai pengarah IPG. Mungkin merit mereka begitu cemerlang dan tidak boleh dipertikailagi.

Siapa lagi yang ingin memperjuangkan nasib kami.

Adakah kami hanya layak untuk dijadikan sampel sebagai bahan eksperimen yang belum tentu lagi hasilnya kepada kata-kata retorik orang-orang politik. Kami dah terlalu lama dibayar untuk bersabar.

Sebenarnya bukanlah kami ingin menghebahkan kepada pengetahuan umum tentang ketidakpuasan hati kami.

Namun setelah suara kami tidak begitu diendahkan dan diambil pertimbangan sebelum ini, jadi di ruangan media ini diharapkan ada lagi pihak yang mampu mempertimbangkan jeritan hati kami yang bernama insan warga pendidik.

Kepada masyarakat di luar sana, sedarlah bukan kami meminta-minta jika ianya bukan hak kami. Ambillah contoh, bagaimana negara jiran kita seperti Singapura, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Brunei Darussalam begitu mengiktiraf sumbangan warga pendidik kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara mereka. Dengan cara apa? salah satu strategi mereka adalah dengan melebihkan sedikit pendapatan warga pendidik berbanding kakitangan sektor awam dan swasta lain.

Implikasinya besar sekali. Warga pendidik mereka bekerja menyumbang tenaga dengan bersungguh dan bersemangat, akhirnya menguntungkan negara mereka juga.

Fikir-fikirkanlah wahai pemimpin yang kami sanjungi.

Berikanlah peluang untuk kami berbakti kepada negara dengan jayanya. Sedarlah semua guruguru yang bakal dilahirkan akan menjadi pencorak kepada masa depan negara. Hati kami sebagai sifu (mahaguru) kepada bakal-bakal guru juga perlu sentiasa dijaga dan dibaja untuk kesejahteraan bersama.

PENSYARAH MUAK
IPGM 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment