Tuesday, November 8, 2011

RG2011... Seksualiti Merdeka dan Politik Tubuh

 


Artikel

Oleh Ismail Hashim Yahaya

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitanhttp://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/zXgybgUUqpnLkGjAoI0o8A--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9ZmlsbDtoPTI4MDtxPTg1O3c9NjMw/http://media.zenfs.com/MY/News/themalaysianinsider/seksualiti-merdeka-logo.jpg dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Penganjuran berkuatkuasa diharamkan pada Khamis lalu. Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.


Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Selain dari itu bantahan dan cadangan demontrasi dicadangkan (telah dibatalkan) oleh Dewan Pemuda PAS pusat dan badan Himpunan Sejuta Umat (Himpun).  Beberapa demontrasi juga diadakan di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang.  

 Namun jika diteliti seksualiti Merdeka menjadi satu lagi isu yang memperlihatkan perbezaan politik bersandarkan kepentingan kepartian.

 Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kedua-dua parti politik Melayu Muslim, PAS, Umno dan penyokong mereka, memperlihatkan kecenderungan menggunakan isu itu sebagai kempen politik. Malah PKR telah menyatakan pendirian yang agak longgar melalui Datuk Seri Anwar dengan memberikan hak bersuara kepada golongan terbabit dan menegaskan ini tidak bermakna komponen Pakatan Rakyat menyokong pegangan pergerakan tersebut.

 Perkara ini tidak menjadi isu yang hangat sebelum ini. Hakikatnya, sejak 2008, acara itu diadakan secara tidak terbuka, tidak seperti tahun ini yang melibatkan kempen meluas melalui media baharu.

 Persoalannya kenapa ia tidak menjadi isu besar. PAS sendiri hanya mula menyatakan penentangan secara lantang pada tahun ini, sama seperti Umno yang didakwa berdiam diri itu.

 Tahun ini juga menyaksikan tindakan tegas oleh pihak polis dan pemerintah terhadap acara kempen gay itu, yang disebabkan profil lebih tinggi dinikmati acara itu ekoran perhatian ramai ekoran kaitannya dengan pembangkang.

 Salahuddin Ayub, naib presiden PAS memulakan usaha dengan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa menghalang acara itu.

 Tahun ini juga menyaksikan tindakan tegas oleh pihak polis dan pemerintah terhadap acara kempen gay itu, yang disebabkan profil lebih tinggi dinikmati acara itu ekoran perhatian ramai ekoran kaitannya dengan pembangkang.

  Kita juga tidak mahu isu ini hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam apabila pertimbangan dan perkiraan politik menjadi percaturan dan apabila telah sejuk acara seperti ini buat-buat tidak nampak atau dimasukkan ke bawah permaidani. Inilah yang berlaku selama dua tahun penganjurannya.

 Apa yang penting selepas melakukan bantahan dan pengharaman serta menyatakan pendirian serta demontrasi? Apakah rancangan susulannya?. Ia tidak seharusnya berhenti dengan pengharaman polis dan pembatalan penganjurannya. Apakah tindakan seterusnya dalam menyedarkan golongan terbabit supaya kembali ke pangkal jalan?

 Apakah rancangan kerajaan, parti pembangkang dan badan-badan agama dalam menyusun strategi mendekati golongan ini?

 Adakah ia dilakukan secara tertutup di luar pengawasan media atau tiada usaha bersungguh-sungguh, melakukannya dengan mengikut musim dan kehangantan dirasakan apabila ada kepentingan politik dan siasah dan dengan kedatangan pilihan raya?

 Di luar kotak pemikiran kita, apa yang berlaku sekarang sebenarnya ada kaitan dengan politik tubuh.  

 Dalam setiap masyarakat, tubuh senantiasa menjadi objek kuasa, meskipun cara, ukuran dan sasaran kawalannya sentiasa berubah-ubah.

 Hal ini kelihatan kepada 'anatomi metafisik' yang dilakarkan  para dokter dan ahli falsalah, begitu juga dari sudut pandangan politik yang mengatur, menguasai, memperbetulkan segala kegiatan yang kemudiannya berakhir pada terciptanya tanda-tanda.

 Manusia – jiwa, individualiti, kesedaran, perilaku dan seumpamanya- adalah pengertian eksplisit dan mudah yang dapat dikaitkan dengan tubuh. 


 Mungkin terdapat pertanyaan apakah kaitan politik dengan badan kita dan sejauh manakah kuasa dapat menakluki tubuh dan bagaimana reaksi tubuh terhadapnya.

 Jika sudi meneliti kajian Michael Foucault mengenai perubahan model strategi menghukum dalam bukunya Discipline and Punish: the Birth of the Prison yang berpangkal pada penelusuran "teknologi politik ke atas tubuh" dapat dijadikan salah satu rujukan tentang bagaimana tubuh ditakluki dan didominaikan oleh  kuasa.

 Tubuh yang tadinya harus disiksa kerana melanggar hukum tunduk berubah menjadi dilatih, didisiplin dan dikuasai secara politik. 

 Foucault menyebut disiplin sebagai 'anatomi politis' baru yang merupakan bentuk "penghargaan " terhadap tubuh. Dalam bentuk regim ini tubuh dicatat, dikelompokkan, dipantau dan diawasi terus menerus supaya menjadi individu yang 'patuh dan berguna'.

 Inilah yang dilakukan sekarang iaitu ancaman tindakan kuasa yang dilakukan sekiranya sebarang penganjuran festival atau pameran tubuh diadakan.

 Kita tidak ada pendekatan yang dialogis dalam menangani kemelut permasalah seks yang dialami sekarang. Kita lebih mendekati kaedah menghukum sebagai jalan pintas bagi penyelesaian sementara dan dianggap dapat dikawal  dan telah didiam, disenyap atau matikan.

 Bagi Foucault kaedah menghukum ini dinamakan konsep "ingatan" (memory) meminjam dari Nietzsche dalam karyanya The Genealogy of Moral. Melalui proses sosialisasi, penghukuman dan disiplin memunculkan ingatan kepada para pelanggar dan masyarakat secara umum.

 Ingatan yang berada dalam tataran tidak sedar pada saat yang sama menjadi pelaksana kawalan sosial dan berfungsi demi reproduksi sosial. 

 Foucault dalam bukunya History of Sexuality berkata terdapat dua bentuk kekuasaan yang beroperasi di sekitar wacana tubuh. Pertama kekuasaan atas tubuh, iaitu kekuasaan luaran yang mengatur tindak tanduk dan tingkah laku, mengadakan pembatasan, pelarangan dan pengendalian terhadap tubuh melalui hukuman, larangan adat dan tabu agama dan undang-undang.

 Kedua, kekuasaan dari dalam tubuh menentang kekuasaan atas tubuh, melalui sebuah revolusi tubuh sehingga diciptakan ruang bagi percambahan dan pelipatgandaan secara wacana seksual yang terbebas seperti gay dari setiap bentuk dominasi kekuasaan.

 Dalam narasi Foucault, ingatan diukir langsung dalam tubuh pada abad 17 dan 18 melalui acara ritual yang paling kejam dan mengerikan melalui "mnemonik rasa sakit" yang berfungsi sebagai tontonan dan mengarah pada reproduksi kekuasaan absolutis/transenden.

 Kemudian wacana penghukuman mereproduksi kekuasaan yang bersifat imanen dalam masyarakat.

 Oleh itu penghukuman melakukan individuasi, menormalisasi, mendisiplin dan memobilisasikan tubuh manusia. Penghukuman beroperasi pada tubuh tidak melalui kekejaman fisik langsung melainkan melalui "kesedaran buruk" yang melekat pada tubuh, semacam tatapan yang berpengaruh pada jiwa.

 Singkatnya jika penghukuman klasik merupakan proses tertanamnya ingatan secara langsung pada tubuh, maka dalam penghukuman moden dalam bentuk wacana menghasilkan ingatan. 


 Lebih jauh lagi penyebaran disiplin ke dalam institusi pemerintahan menjadikan kaedah disiplin dikembangkan di penjara, sekolah, rumah sakit, berek tentara dan polis, bengkel kerja dan seumpamanya.

 Sekalipun individu semakin "ditaklukkan" tetapi ternyata individu juga semakin "dihargai". Pembentukan pengetahuan atas individu moden ini tidak pernah berhenti kerana semakin individu diketahui, individu semakin ditaklukkan dan semakin individu ditaklukkan, individu semakin diketahui.

 Dengan demikian dalam karyanya ini selain menyingkapkan perselingkuhan pengetahuan dan kuasa Foucault juga memperlihatkan kepasifan ragawi; tubuh selalu berarti tubuh yang patuh (docile-bodies), semua kegiatan fisik adalah ideologis: bagaimana seorang tentara berdiri, gerak tubuh anak sekolah, bahkan model hubungan seksual.


 Kuasa tidak menyentuh tubuh secara langsung melainkan individu diperlakukan dengan teliti dan teliti sehingga menghasilkan mekanisme gerak, tingkah laku dan bentuk fisik yang berprinsip ekonomi, cekap serta memiliki keteraturan tubuh dalaman (docile bodies).

 Ends.

 Penulis adalah pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Media, UNISEL kampus Shah Alam

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment