Friday, November 11, 2011

RG2011... Terpaksa kongsi tanah perkuburan dengan bukan Islam

 

Terpaksa kongsi tanah perkuburan dengan bukan Islam

Harakahdaily   
BELURAN, 8 Nov: "Penghujung hidup yang menyusahkan". Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai dengan penduduk Islam, Pekan Telupid, Sabah yang tidak mempunyai tanah perkuburan untuk mengebumikan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.

Seorang penduduk, Mustary Mustamin melahirkan rasa kecewanya dengan sikap pihak yang bertanggungjawab kerana langsung tidak prihatin terhadap keperluan umat Islam di sini.

Menurutnya, masalah itu pernah disuarakan kepada Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee yang juga speaker Dewan Rakyat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan.

"Kita rasa sedih berganda bila ada kematian ahli keluarga. Kami tidak tahu kepada siapa hendak mengadu setelah begitu lama umat Islam Telupid tanpa tanah perkuburan," katanya dengan nada kesal.

Beliau bagaimanapun berterima kasih kepada penduduk bukan Islam yang sehingga kini masih memberi laluan untuk jenazah orang Islam dikebumikan di tapak tanah perkuburan mereka yang bukan Islam.

"Apa pun, saya berterima kasih kepada penduduk bukan Islam di Telupid yang kerap membantu kami dengan mengizinkan jenazah umat Islam dikebumikan di tanah mereka, tetapi sampai bila kami terpaksa menagih ihsan mereka?" tambahnya lagi.


--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment