Monday, December 19, 2011

Re: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

 

Kalau korang tak percaya kat anuar? Saya pula macam tak percaya kat president CUEPAC kita tuan haji omar, setahu saya ramai kaki tangan kerajaan yang mahu pencen seawal 55 tahun atau lebih awal lagi.. tak pernah pula dengar kakitangan kerajaan yang minta pencen 60 tahun..kalau adapun mungkin diperingkat pengurusun tertinggi atau pentadbiran seperti pengarah-pengarah di kementerian atau jabatan. Lagi satu, tindakannya membidas SBPA yang kononnya membelakangi CUEPAC juga dilihat seperti sebuah drama... lebih-lebih lagi apabila disiarkan dengan sepenuhnya oleh TV3. (pelik bila TV3 menyiarkan sesuatu yang bertentangan dengan cadangan atau keputusan kerajaan)
 
Adakah Najib menyedari bahawa dia telah tersilap langkah dengan pengumuman SBPA dan mencari jalan untuk menangguhkan pelaksanaannya atau mungkin untuk mengantikan SBPA dengan skim yang lain? untuk itu reaksi Omar selaku presiden CUEPAC dijadikan alasan untuk menangguhkan atau mengkaji semula dan mengantikan dengan skim lain. Makin pening aku dengan situasi ini...   

From: wakkam <naim_222@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 19 December 2011, 16:30
Subject: Re: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

 


tuh la pasal.....makin lama makin kelakar le politik malaysia nih.....aku dulu pon penyokong kuat anuar gak....tapi lepas dia kene liwat aku dah makin tak percaya ngan pemimpin dan politik.....

memang patot kita tukaq semua pemimpin ngan ahli politik.....yg tua² dan dah byk sgt karat.....kasi tukaq dari atas sampai le ke bawah.....

From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, December 19, 2011 3:09 PM
Subject: Re: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

 
berjuang lah untuk diri sendiri...:-) sy dah x percaya dulu sokong 100% lepas tu atas pagar skrg mmg x percaya langsung dgn manusia yg bernama anwar ni....
 

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Friday, December 16, 2011 11:21 AM
Subject: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

 


Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment