Tuesday, December 20, 2011

Re: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

Transformasi!...Reformasi!...Hidup Melayu!...AllahuAkbar!...
Beginilah lumrahnya di antara perkataan yang akan menjadi teriakan demi teriakan  di sebalik hujah yang berapi-rapi di atas platform. Bayangkan perjuangan setiap insan demi survival mempunyai prioriti tersendiri. Para pemimpin mengharapkan sokongan orang bawahan. Setelah berakhirnya PRU nanti maka bermulalah fasa baru di tampok pemerintahan di tanahair tercinta..

Tiada lagi kata-kata yang sengaja mencari pasal dan mencabar toleransi termasuk isu-isu perkauman, agama dan rasuah! Retoriknya terlalu sedikit fakta yang dapat disingkap bila kita ingin melihat prestasi kerajaan tetapi kebanyakannya lebih kepada propaganda mengekploitasi kredibiliti pemimpin dengan menghentam personaliti yang negatif...

Kesimpulannya tiada siapa yang lebih besar daripada kelompok parti yang dipimpinnya. Pemimpin datang dan pergi silih berganti. Memnag setiap pemimpin itu menjadi aset tetapi ada kalanya menjadi duri dalam daging. Hanya jauhari yang mengenal manikam namun pasti ada di kalangan yang membisu tanpa mahu campur tangan sebab mereka tiada punya kuasa untuk bertindak -- cukuplah sekadar membenci dalam hati! Apa pun kuasa tetap di tangan kita sebelum terlambat untuk membuat pilihan tepat dan muktamad. Selamat mengundi:-)


From: MDROZALI MOHDNOR <mdrozali.mohdnor@samsung.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, December 20, 2011 3:50 PM
Subject: Re: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

 
Cuba lihat dan masuk FB yg dikendalikan oleh UMporNO..
sejak minggu lepas mereka sudah kata... anwar akn dipenjara..
so sapa nk undi org dlm penjara.. ? JUNIOR... dlm penjara...
belum sempat ke penamaan calon lg.....
 
------- Original Message -------
Sender : Sr Rizz.r<junior.rizz@gmail.com>
Date : Dec 20, 2011 12:10 (GMT+07:00)
Title : Re: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara
 
 
Anwar Memang Mahu Masuk Penjara Untuk Dapat Undi Simpati?
oleh Adamyan

December 16, 2011   ·   115 Comments
 
BANYAK orang pelik kenapa Karpal Singh meremehkan sesi penggulungan dan hanya memberi penekanan tentang Seksyen yang digunakan untuk mendakwa Anwar yang padanya tidak merujuk kepada perlakuan homoseksual secara paksa tapi secara suka sama suka (377B dan 377C).
Homoseksual juga tapi kalau berjaya dibuktikan seksyen itu salah, Anwar punya peluang untuk bebas tapi dengan beban yang besar dibahunya sepanjang dia hidup.  Orang akan tetap mengenang dia sebagai homoseksual, tidak kira paksa atau rela.
Tapi penulis tidak lihat itu sebagai perkara penting.  Dalam kes begini yang penting untuk dibuktikan ialah perlakuaan homoseksual itu tidak berlaku sama sekali seperti mana didakwa Saiful.  Patutnya Karpal utamakan bab itu bukan dok pertikai Seksyen mana satu yang dituduh.
Itu hal teknikal sedangkan Anwar perlu lebih dari bebas secara teknikal, dia perlu bersihkan namanya dari imej LIWAT once and for all!!
Begitu juga halnya dengan menggunakan saksi-saksi yang tidak ada kredebiliti dan bukan pakar dalam bidang.  Sebagai contoh Dr Brian Mcdonald yang bukan kepakarannya khusus dalam bidang kajian DNA dan Dr. Thomas Hoogland, pakar sakit tulang belakang yang hanya merawat Anwar terakhir pada 2005 (6 tahun lepas).
Orang bertanya, kalau benar nak buktikan Anwar tidak boleh membongkok atau 'meng' apa sekalipun untuk mengadakan hubungan seks, bukankah yang lebih layak beri keterangan ialah Kak Wan, isterinya sendiri.  Memang, yang dibicarakan ini kes liwat, sedangkan Kak Wan perempuan.  Tapi mengikut keterangan Saiful, posisi itu adalah posisi sama yang biasa digunakan orang laki bini – doggie.
Cuma 'lubang' itu sajalah yang berbeza tapi posisinya itu juga.  Maaflah kalau penulis nampak melucah skit hari-hari Jumaat ni tapi terpaksa juga diterangkan supaya faham.
Kalau dalam hal melanggan pelacur China pandai pulak cakap "Dia (Kak Wan), isteri aku, tentulah dia tau perut aku buncit ke tidak?".  Kenapa dalam hal ini tak nak panggil Kak Wan?  Diikutkan, Kak Wan lebih kredibel walaupun Dr. Thomas pakar tulang belakang sebab Kak Wan berada hampir setiap malam dengan Anwar sejak 2005 hingga sekarang (kecuali mana yang terakam tu sajalah).
Balik pada persoalan tadi, bodoh benarkah Karpal sehingga terlepas pandang semua perkara ini?  Takkan dia tak tau Dr. Thomas tak sesuai dipanggil sebagai saksi sebab kali terakhir periksa Anwar pada tahun 2005 sedangkan kejadian berlaku pada 2008.  Sehingga tahun 2011, Anwar tidak langsung merujuk kepada Dr. Thomas untuk apa tujuan perubatan tulang belakang melainkan nak mengajar doktor tersebut macam mana nak menjawab di mahkamah untuk membantu kesnya.
Penulis tak rasa Karpal bodoh.  Penulis kuat mengatakan bahawa Anwar memang mahu masuk penjara dan seterusnya mengekalkan undi simpati kepada Pakatan Rakyat dan PKR yang dipimpinnya maka itu perjalanan kesnya dari mula sehingga ke penghujung ni sedemikian rupa – banyak kelemahan dan peluru untuk pendakwaraya menembak semula.
Alasan penulis berkata begitu kerana Anwar gagal sama sekali untuk menafikan kewujudan DNA asal air maninya di dalam dubor Saiful.  Jika kata ada yang meletakkan, siapa yang meletakkan, macam mana diletakkan, sumber itu macam mana diperolehi dan sebagainya.
Prostate milking atau apa.  Itu saja (kegagalan membuktikan keberadaan air mani) menunjukkan nampak sangat Anwar nak masuk penjara.
Lagipun sebagai pemimpin pembangkang dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar tidak akan duduk 'sekandang' dengan banduan-banduan ganas yang ada kemungkinan 'merogolnya' seperti mana banduan biasa yang lain.  Pengalaman Anwar  6 tahun dalam penjara dahulu membuktikan bahawa Anwar diberi sebuah bilik penjara khas, yang ada perpustakaan di dalamnya!!!
Malah turut diberi seorang pembantu khas aka tukang urut bernama Rashid yang kemudian menjadi pembantu dirumahnya selepas dibebaskan dari penjara.  Apa yang khas, apa yang diurut, itu tak dapatlah penulis nak menguraikannya tapi kalau sampai Kak Wan terpaksa telefon Senator Ezam (ketika itu Ketua Pemuda PKR) dari USA untuk pastikan Rashid tidak ada dirumah sepanjang dia berada disana, sendiri mau fahamlah.
Pendek kata, masuk penjara bukanlah masalah sangat kepada Anwar kerana layanan istimewa yang diterimanya.  Perlu diingat, semua kemudahan yang diterima semasa dalam penjara dulu adalah ketika Tun Dr. Mahathir memerintah.  Ingat macam mana Anwar gambarkan Tun Mahathir ini zalim, kejam, firaun dan sebagainya?  Tapi disebalik semua itu dia sendiri dapat duduk selesa dalam penjara, bilik berasingan dan diberi perpustakaan serta tukang urut sendiri.
Gamaknya kalau Anwar masuk penjara kali ini, mau ada jakuzi menanti sebab Datuk Seri Najib tidaklah sekejam Tun Mahathir kot, lagipun tak dengar lagi Anwar panggil Datuk Seri Najib firaun atau apa seumpamanya.  Jangan salah, penulis tidak sama sekali kata Tun Mahathir kejam tapi bercakap dari perspektif Anwar dan penyokongnya ke atas Tun Mahathir pada waktu itu.
Semua ini menjelaskan yang Anwar memang tak kisah masuk penjara, malah dia sendiri beri kenyataan kepada media-media belaannya yang dia tak kisah masuk penjara, akan terus berjuang dari dalam penjara dan apa segala.  Itu dan kelonggaran-kelonggaran yang banyak dalam kesnya menjustifikasikan bahawa Anwar memang mahu masuk penjara untuk mengekalkan undi simpati rakyat terhadapnya.
Anwar ambil iktibar dari tahun 1999.  Waktu itu, undi simpati orang melayu dan insiden mata lebamnya telah melonjakkan PKR dari segi pertambahan kerusi di Parlimen walaupun PKR tak sampai setahun ditubuhkan.  Cuma undi cina yang tidak menyebelahi PKR dan PAS sahaja yang  mengelakkan BN hilang lebih banyak kerusi dan negeri.
Sebab itu sampai sekarang Tun Mahathir ingatkan pentingnya menjaga undi cina, mengambil dari tauladan 1999.
Tapi sekarang keadaannya berbeza, DAP dah pastikan cina akan menyokong Anwar, ditambah dengan undi simpati orang melayu, silap-silap boleh bertambah kerusi kalau tak kekal jumlah sekarang.  Itu congak Anwar dan Karpal Singh.  Sebab itu penulis yakin semua ini (perjalanan kes Anwar) sengaja direka sedemikian rupa kerana dipenghujungnya Anwar memang mau masuk penjara.

Pada 19 Disember 2011 11:51 PTG, Hadi Arief <salmanfaris04@yahoo.com> menulis:
 
Tanya hati kita sendiri kerana hati tak pernah bohong. Tuhan dah bagi kita otak yang gunanya untuk berfikir dan menilai....
 
1. Apa sebab takut sangat dengan Anwar ni...
 
2. Anwar dulu dah sampai jadi TPM. Logikanya banyak benda dalam pengetahuannya. Macam Iblis juga yang pernah jadi ketua Malikat berbanding manusia hanya hingusan saja untuk ditipunya. Dato' Musa Hassan atau Datuk  Rhim Nor yang pernah menjadi KPN tentulah dia mahir tentang kepolisan negara dll. walaupun dah pencen.
 
3. Tanya pada hati, fikir dengan otak dan buat penilaian dan terjemahkan pada Pilihan Raya nanti. Tak perlu kutuk kutuk dll. Dibimbangi yang dikutuk masuk syurga, yang mengutuk dapat dosa tak memasal.
 
Dengan maaf,
 
 
 
HBI
From: insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 19 December 2011 5:35 PM
Subject: Re: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

 
anwar diperlukan hanya sebagai batu loncatan shj kpd mereka yg perlukan perubahan,che detpun gunakan dia masa kebangkitan islam merata2 dunia islam awal 80an kerana semangat revolusi iran dulu..sekarang rakyat perlukan dia untuk tumbangkan parti yg sudah terang lagi bersuluh rasuah dan salah guna kuasa...
samalah dulu monarki iran yg berumur 3000tahun di tumbangkan rakyat berbilang ideologi termasuk komunis lepas berjaya mereka jadikan negara tu republik islam...hanya mereka yg keluar tempurung yg nampak benda2 ni...
jadi tak payahlah caci maki anuar dgn tujuan kami akan berubah sokong umno kembali..lupakanlah..lebih baik bersedia jiwa raga untuk menjadi pembangkang..tetapi hakikat yg saya nampak parti2 rasis akan di talqinkan di msia kecuali parti berbilang kaum yg akan terselamat..akhirnya matlamat dato onn jaafar menubuhkan parti berbilang kaum dan memerintah negara terlaksana jua walaupun terlewat 60thn.


2011/12/19 wakkam <naim_222@yahoo.com>
 


tuh la pasal.....makin lama makin kelakar le politik malaysia nih.....aku dulu pon penyokong kuat anuar gak....tapi lepas dia kene liwat aku dah makin tak percaya ngan pemimpin dan politik.....

memang patot kita tukaq semua pemimpin ngan ahli politik.....yg tua² dan dah byk sgt karat.....kasi tukaq dari atas sampai le ke bawah.....

From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, December 19, 2011 3:09 PM
Subject: Re: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

 
berjuang lah untuk diri sendiri...:-) sy dah x percaya dulu sokong 100% lepas tu atas pagar skrg mmg x percaya langsung dgn manusia yg bernama anwar ni....
 

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Friday, December 16, 2011 11:21 AM
Subject: RG2011... Anwar: Saya akan berjuang walau dari penjara

 


Tiga minggu sebelum keputusan disampaikan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berikrar untuk merperjuangkan keadilan walaupun mungkin beliau didapati bersalah atas tuduhan melakukan liwat.

Bercakap kepada pemberita selepas hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari untuk menyampaikan keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah ketetapan hatinya.

Beliau akan terus menguatkan kesatuan pembangkang untuk melakukan reformasi dan perkara itu tidak sukar walaupun beliau mungkin berada dalam penjara, katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menegaskan bahawa tuduhan meliwat pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan "tidak harus diutamakan", Anwar bagaimanapun mempunyai persoalan tentang tarikh keputusan itu akan disampaikan.

Beliau membangkitkan sama ada tarikh 9 Januari itu akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum berlangsung.

Menjelang keputusan yang ditunggu-tunggu itu, banyak pihak percaya bahawa keadaan tidak memihak kepada ketua pembangkang itu.

Akhbar The Guardian United Kingdom, dalam kolumnya penolong editornya Simon Tidall semalam dilaporkan berkata,"tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.








 
 
BERSIHbe a good ctzen
Mohd Rozali Mohd Nor
( QUALITYCONTROL)
easydail : 5222


No comments:

Post a Comment