Friday, December 9, 2011

Re: RG2011... Fw: Selama 54 Tahun Perintah, Ini Yang Melayu Dapat?

 

Salam

Jgnla jd mcm parasit....menumpang dan menghancurkan...mcm2 kerajaan dah buat untuk rakyat..lembutkan hati tu.terima hakikat...bersyukur la dgn ape yg ade tuan2...bersatulah....cina tggu masa nk rampas malaysia....beso beso doh..tp otak sempit..kesian...

Sent from my iPad

On Dec 9, 2011, at 11:20 AM, "A. Bakar Attan" <a.bakar@smebank.com.my> wrote:

 

Asslam Nik...

 

Amat  benar kata tuan....bagi mereka yang tak mahu menerima hakikat...nampak buruk jer lah jawab nya...Dan yang paling kuat mengata buruk adalah biasanya orang yang kecewa atau mereka yang mudah diketuk hatinya dengan kata-kata nista...

 

Memang amat susah nak taat dan bersyukur dalam kemewahan...

 

 

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Nik Faizal Mokhlas
Sent: Friday, 9 December, 2011 12:38 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Selama 54 Tahun Perintah, Ini Yang Melayu Dapat?

 

Assalamualaikum sahabat semua..

Saya membuat penilaian dengan mata kasar saya mengenai kedudukan orang Melayu sekarang berbanding dengan 20 – 30 tahun dulu dan juga melalui cerita-cerita dari orang tua saya. Dan dari situ saya membuat perbandingan.

1.       Saya tinggal di Shah Alam dan saya dapati ramai orang Melayu yang memiliki rumah-rumah yang mewah, banglo, Semi D, teres dua tingkat, apartment dan lain-lain berbanding dengan dulu yang rata-rata duduk dikampung yang daif dan miskin.

2.       Di atas jalan raya, ramai orang Melayu yang menaiki kereta-kereta mewah, Merc, BMW, Honda dan yang paling ketara ialah golongan Melayu muda yang baru menjalani kehidupan pekerjaan mampu memiliki kereta kalau tak baru pun kereta secondhand berbanding dengan dulu yang segelintir hanya mampu memiliki motosikal sahaja. Banyak yang berbasikal.

3.       Anak-anak muda Melayu kita ramai yang memiliki pekerjaan professional seperti akauntan, engineer, supervisor, technician, executive, pegawai tadbir berbanding dengan dulu menolong orang tua menorah getah, berkebun, jual kuih ataupun tiada pekerjaan.

4.       Untuk menunaikan ibadat haji sekarang ini kita terpaksa menunggu giliran hingga 10 tahun kerana terlalu ramai yang mampu membiayai perbelanjaan ribuan ringgit untuk menunaikan haji berbanding dengan dulu hanya yang betul-betul kaya sahaja yang mampu menunaikan ibadat haji. Lantaran pangkat Haji itu adalah merupakan satu status yang dibanggakan pada masa dahulu.

5.       Kalau ada jualan murah di shopping Mall, penuh dengan orang Melayu berbanding dengan dulu kalau nak beli barang harian pun terpaksa berhutang dengan cina kedai.

6.       Ramai orang Melayu sekarang yang mempunyai simpanan di ASB, ASN dan simpanan lain menunjukkan yang mereka mempunyai lebihan wang untuk menyimpan berbanding dengan dulu ramai orang melayu yang meminjam dengan India Ceti ataupun menggadai barangan kemas dengan cina pajak gadai kerana tidak cukup wang untuk perbelanjaan harian.

7.       Anak-anak Melayu semua diberi peluang dan mampu untuk melanjutkan pelajaran mereka di university, institut kemahiran, kolej komuniti, maktab berbanding dengan dulu ramai yang terpaksa berhenti sekolah kerana mak bapa mereka tak mampu membiayai belanja persekolahan.

8.       Sekarang ni tidak akan ada pembantu rumah orang tempatan kerana status pembantu rumah itu adalah terlalu rendah bagi orang tempatan berbanding dengan dulu kalau mampu kita boleh menggaji 3-4 pembantu rumah orang tempatan. Arwah bapa mertua saya sendiri mempunyai 4 orang pembantu rumah orang tempatan kerana anaknya ramai ketika itu.

9.       Imam-imam dimasjid serta surau termasuk bilalnya sekarang ini terdiri dari orang-orang muda lulusan university dalam bidang Islamiah berbanding dahulu yang terdiri dari orang tua-tua yang sekolah mereka pun tak tinggi mana.

10.   Hospital-hospital swasta sekarang ini penuh dengan pesakit orang melayu, tak kiralah mereka bayar sendiri atau dibayar oleh majikan mereka, berbanding dengan dulu terpaksa beratur lama diklinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Itu pun kalau ada pengangkutan untuk membawa mereka ke klinik tersebut. Kalau tak ada, duduk kat rumah dan harap sakit tu sembuh dengan sendiri.

Kalau nak di nyatakan perbezaan peningkatan kedudukan orang melayu dulu dan sekarang adalah terlalu banyak. Tak perlulah nak rujuk pada data-data statistic, lihat sendiri sekeliling kita dengan mata kepala dan buat penilaian. Dan tak perlulah lihat jauh-jauh, lihat pada kelompok kaum keluarga kita sendiri pasti kita akan mengakui bagaimana banyaknya peningkatan yang telah dialami oleh orang melayu dari segi ekonomi serta sosial.

 

Memanglah.. kalau niat hanya nak lihat pada benda tak elok, nampaklah benda yang tak elok, dan akan selama-lamanya nampak benda tak elok. Dan selama itu kita tidak akan merasa bersyukur..

 

Walahualam...


 

 


From: Pak mat tempee Mat <fearman.tji488@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 8 December 2011, 17:04
Subject: Re: RG2011... Fw: Selama 54 Tahun Perintah, Ini Yang Melayu Dapat?

Biar di bakar kelambu tersebut....tidak mendatangkan rugi malahan akan mendatangkan kebaikan , tambahan pula kelambu dah lama ,  zaman sekarang manusia abad ke 20 kurang pakai kelambu....apa kata kita cari kaedah dan permasaalahan itu datangnya dari mana .... adakah dari longkoang2 tersumbat , persekitaran ........... 

maksud pak mat jika dah kelambu koyak rabak dan tak sesuai lagi mengikut peredaran zaman , mengapa di gunakan lagi.............

Jadi jika dah pemerintah sekarang dah korap@kurap mengapa perlu di pertahankan ............tukar aja pada yang baru , biar yang lama di baik pulih atau pun di buang ke tong sampah ........ buat semak negara !!!

Yang lain tu you all pikirrr la sendiri ...

 

Pak mat tempee  

 

From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, December 7, 2011 10:23 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Selama 54 Tahun Perintah, Ini Yang Melayu Dapat?

           Orang Melayu sendiri yang lemah - ibarat katak dalam kaca sebab itu ketinggalan dalam segala-galanya. Kalau setiap daripada kita tidak lalai dan mahu yang senag-senang saja, tentu akan menjadi kuat dan bangsa yang disegani. Jangan marahkan nyamuk kelambu yang melindungi kita daripada nyamuk dibakar. Makin teruk lah digidit nyamuk

           

 

rhirowati - rhirowati

 

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, December 5, 2011 10:57 PM
Subject: RG2011... Fw: Selama 54 Tahun Perintah, Ini Yang Melayu Dapat?

 

----- Original Message -----

 

Selama 54 Tahun Umno Perintah, Ini Yang Melayu Dapat??

bloglistpolitik

 

<image001.jpg>


Inilah 54 tahun yang melayu dapat hasil pemerintahan umno.

Siapa yang rule malaysia selama 54 tahun neh? == umno.

Kaum apa? == melayu

Agama apa? == islam


Selepas 54 tahun neh bangsa apa yang makin merempat, terhakis hak2 mereka dan semakin tersepit? == orang melayu.

Agama apa yang semakin dibenci oleh bukan islam akibat amalan yang salah oleh pemerintahan negara? == islam

Jadi siapa yang menjadi mangsa selama 54 tahun neh? ==; orang islam + orang melayu.

Tapi siapa yang dipersalahkan dalam pwtc selama 5 hari neh? == PAS + PKR + DAP = PAKATAN RAKYAT.

Tapi yang pegang malaysia neh sapa? Sapaaa? Bukan pakatan rakyat. Mulut boleh berbicara apa sahaja. Boleh menipu macam2. Tapi bila kita selidik fakta dan data akhirnya kita akan sedar siapa sebenarnya yang sedang dan telah menipu. Boleh sahaja dia tipu manusia, tetapi dia tidak boleh tipu Allah swt. Tidak dulu. Tidak hari neh. Dan tidak akan sampai bila2.

Dipetik dari sini

 

 

Ku Li digugurkan dari senarai calon PRU 13.

Idea bernas AmenoWorld

<image002.jpg>

 

Dapat tahu dari blog yob [klik sini] bahawa ku lie bakal digugurkan dari menjadi calon pru-13. Laaa.. awatnya? Umno tak suka pada Ku Li pasal Ku Li selalu bercakap jujur ka? Umno kata depa nak transform. Kalau sungguh nak transform, orang2 yang menyeru kepada perubahan dan kebaikan mana boleh buang. Kalau buang juga itu bukannya transform. Itu kekal pada form yang lama dan static. 

 

Makna nya tiada transformasi dan tiada perubahan. Maknanya cakap yang berdegar2 dalam pwtc hanyalah sandiwara dan lakonan semata2. Maknanya umno kekal pada halatuju yang sama iaitu merompak dan menipu rakyat malaysia. Buktinya ada di bawah neh ;

 

Inilah 54 tahun yang melayu dapat hasil pemerintahan umno.

 

Siapa yang rule malaysia selama 54 tahun neh? ==> umno.

 

Kaum apa? ==> melayu

 

Agama apa? ==> islam

 

Selepas 54 tahun neh bangsa apa yang makin merempat, terhakis hak2 mereka dan semakin tersepit? ==> orang melayu.

 

Agama apa yang semakin dibenci oleh bukan islam akibat amalan yang salah oleh pemerintahan negara? ==> islam

 

Jadi siapa yang menjadi mangsa selama 54 tahun neh? ==> orang islam + orang melayu.

 

Tapi siapa yang dipersalahkan dalam pwtc selama 5 hari neh? ==> PAS + PKR + DAP = PAKATAN RAKYAT.

 

Tapi yang pegang malaysia neh sapa? Sapaaa? Bukan pakatan rakyat. Mulut boleh berbicara apa sahaja. Boleh menipu macam2. Tapi bila kita selidik fakta dan data akhirnya kita akan sedar siapa sebenarnya yang sedang dan telah menipu. Boleh sahaja dia tipu manusia, tetapi dia tidak boleh tipu Allah swt. Tidak dulu. Tidak hari neh. Dan tidak akan sampai bila2. 

 

Nota : Sumber dalaman yang mengesahkan bahawa Ku Li akan digugurkan dari senarai calon. Tunggu dan lihat andai perkara neh benar bila najib umumkan senarai calon kelak.

 

Ameno : Siap sedia untuk pru-13 geng.

 

 

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment