Wednesday, December 14, 2011

Re: RG2011... Ikrar gantikan Umno dengan PAS

apsal takde dalam berita tv3 kisah penghijrahan diaorang,
bukan ke selalu..contoh je laa ni,3 orang ahli parti keadilan
dikatakan lompat parti masuk umno wajib kisah ni akan muncul dalam
berita tengahari 1.30,berita utama 8 malam & nightline 12.00,
kenapa..ada yang tak kena ke antara tv3 dengan pakatan rakyat ni?
serius..nak tau sangat ni,tak suka la tengok gaduh2 ni.



From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, December 15, 2011 12:00 AM
Subject: RG2011... Ikrar gantikan Umno dengan PAS

 
----- Original Message -----

Bekas Ketua Puteri Umno ikrar 'gantikan Umno dengan PAS'


KUALA NERUS - Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas berkata 'penghijrahan' beliau bersama 40 rakan Puteri yang lain, adalah atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Puan Rosni Hassan, 37, mewakili rakan-rakannya berikrar akan bersama-sama dengan PAS untuk menjatuhkan dan menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya akan datang.

"penghijrahan kami secra sukarela, tiada paksaan dari mana-mana pihak, ini adalah kerelaan kami semua dan tidak ada paksaan dari mana-mana pihak.

"Ini dikira satu penghijrahan pada bulan muharram, bulan yang mulia. Insyaalah! Kami akan mula kekal dan kami akan terus bersama PAS untuk menjatuhkan pemerintahan umno pada PRU yang ke 13 nanti insyaalah! Insyalaah!,"tegasnya

Beliau berkata demikian ketika dtemui selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayob pada Jumaat malam, 9 Disember. [Gambar]

Menurutnya, beliau dan rakan-rakannya tidak lagi merasa 'selesa' duduk di bawah Umno dan hilang keyakinan kepada kerajaan Umno.

"kami rasa tak begitu selesa dan tak yakin lagi dengan kerajaan Umno yang memerintah Terengganu pada sekarang ni kerana masalah yang berlaku di (Kampung) Banggol Donas ni dah masuk 5 tahun, tak juga selesai,

" jadi, kami dengan keadaan Umno yang sedang lemah jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari parti, menyertai parti PAS dan juga parti Pakatan Rakyat,"jelasnya.

Beliau yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah satu parti yang dapat menolong orang-orang Melayu, terutamanya masyarakat kampung.BO


No comments:

Post a Comment