Saturday, December 17, 2011

RE: RG2011... KELANTAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

 

Salam Sdr/sdri Eija,

Terima kasih di atas komen anda yang sangat bernas. Saya setuju dengan saranan anda agar pembaca melihat komen anda bukan dari sudut politik tetapi lebih kepada ilmiah Islami.Begitu juga saya harap pandangan yang sama terhadap tulisan saya itu.Supaya anda tidak salah mengerti sebagaimana yang di salah ertikan oleh mereka yang berfahaman politik kepartian.Tulisan saya adalah lebih berbentuk pandangan dan teguran mengajak pembaca dan rakyat Kelantan bermuhasabah diri.

Saya ajak anda tanya "HATI" anda sendiri.Kenapa saya minta anda tanya hati anda sendiri? Sebab Allah telah mencipta seketul hati manusia di mana hati ini tidak tahu atau pernah berbohong.Maka tanya lah hati anda, anda tidak perlu menjawab di sini, jawab lah dalam hati anda sendiri dgn hanya di persaksikan oleh Allah iaitu apa yang saya tulis adalah realiti dan bukan sesuatu yang direka atau pembohongan atau fitnah? Maka kalau benar saya ajak diri saya, pembaca dan rakyat Kelantan semua sama sama muhasabah diri, memperbaiki  apa yang kurang saperti yang saya sebutkan  itu dan berkerja sama membangun bersama Islam saperti yang di anjurkan oleh kerajaan melalui slogan nya:

 "Kelantan membangun bersama Islam".

Bak Pepatah Melayu berkata "yang baik di jadikan teladan, yang tak baik tu di jadikan sempadan"

Wallahu'alam.



To: respeks_group@yahoogroups.com
From: ijaram284@gmail.com
Date: Sat, 17 Dec 2011 08:23:29 +0800
Subject: Re: RG2011... KELANTAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

 
Assalamualaikum EN.AMRi dan sahabat2 RG sekalian,

Sedikit persoalan & meminta pandangan dr sape2 yg rajin nk membalas.
(diharap dpt reply dgn penuh ketenangan bkn emosi & cuba menjawabnye
dr sudut pndgn sbg Islam bkn dr sudut politik)

-->> Rasenye xslh kalo memahami slogan "KELANTAN MEMBANGUN BERSAMA
ISLAM" sbg PENDEKATAN LEBIH MESRA dgn MENGAJAK scr xlgsg rakyat
Kelantan utk BERSAMA2 memartbatkan Islam dlm semua sektor pembangunan
mahupun kehidupan.
Kenapa nk pertikaikan slogan ini..slogan neh mmg dh lama digunapakai..

-->> "Media tidak pernah menyiarkan" ?
Rase2 en.Amri & shbt2 RG sekalian, Media mane yg nk siarkan??

-->> Tapi bila en.Amri mengeluarkan kenyataan "Realitinya cara hidup
mereka pun belum memperlihatkan keghairahan kearah cara hidup Islam"?
Dr mksd en.Amri ini seolah-olah merperlekehkan cara hidup rakyat
Kelantan. Adakah keghairahan itu hny utk rakyat Kelantan shj? Dan
bukankah utk berubah itu mengambil masa & utk lakukan perubhn itu sndr
xmungkin blh berlaku scr drastik?

-->> Kalo mendedah aurat itu en.Amri katakan "haram dan dosa besar,
sama tarafnya dengan dosa dosa besar yang lain"? Jadi perlaksanaan
hudud itu dikira dosa kategori mane plak kerana memerlukan kebenaran
Perlembagaan Negara dahulu??
Boleh sape2 yg lebih arif utk terangkan? Sy kurang faham yg ini.

-->> Rupa2nya en.Amri faham yg xmudah laksanakan sistem Islam secara
syumul dalam sesebuah negeri dan negara Justeru dh menjawab serba
sedikit persoalan en.Amri sendiri utk kenyataan encik sndiri. Akibat
byk pendedahan barat la kita sedikit demi sedikit dihanyut oleh
keseronokan duniawi..hiburan yg lebih byk melalaikan..dan byk lagi klo
nk disenaraikan.

Jadi ADAKAH WAJAR utk kenyataan en.Amri dlm PERENGGAN KE-3 yg berbunyi
"..rakyat negeri Kelantan sememangnya minat pada Islam walaupun ramai
yang belum mengamalkan Islam secara syumul.Realitinya cara hidup
mereka pun belum memperlihatkan keghairahan kearah cara hidup Islam."
??

****************************************************************************************
" Islam itu Indah, kalo benar ingin menegur..tegurlah dgn cara
berHIKMAH & sbg ISLAM, tegurlah secara tenang & diluar kotak politik.
Itu lebih sedap didengar & mudah diterima kerana mati kita sbg Islam
tidak mengira bangsa, kulit, kebendaan mahupon politik. "
****************************************************************************************

On 5/19/11, amri el wahab . <amriwahab@gmail.com> wrote:
>
> Salam Sahabat sekalian,Tajuk yang saya bawa hari ini adalah mengenai sebuah
> risalah bertajuk "Kelantan membangun bersama Islam" yang di terbitkan oleh
> urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.Risalah yang membentangkan
> langkah langkah kerajaan negeri untuk melaksanakan Islam di Kelantan.Saya
> tidak pasti sejauh mana sahabat group yang tahu/sedar tentang kewujudan
> risalah ini.Media tidak pernah menyiarkan.(Saya sendiri belum melihat tetapi
> dapat maklumat mengenainya dari seorang ustaz yang diperolehinya dari satu
> seminar anjuran kerajaan negeri Kelantan satu masa dulu).
>
> Apa yang saya faham maksud mengIslamkan negeri bererti mahu mencorak seluruh
> pentadbiran, para para pentadbir,rakyat dan seluruh aspek kehidupan dengan
> cara Islam.Iaitu merangkumi hidup dalam
> akidah,ibadah,muamalah,ekonomi,politik,jenayah,
> munakahat,kemasyarakatan,kebudayaan dan sukan,tarbiah,kesihatan,pertanian,
> rumah tangga dan segala serba serbi kehidupan rakyat (insan).Erti kata
> hendak di laksanakan menurut Islam saperti yang di laung laungkan oleh
> kerajaan PAS - mengamalkan Islam Syumul.Itulah yang saya faham kerana itu
> lah sifat sifat negeri Islam.Tanpa kehidupan dan pengamalan cara Islam,
> negeri itu tidak boleh dikatakan negeri Islam.Walaupun sesebuah negeri itu
> dipimpin oleh seorang ulama atau Tuan Guru.
> Melihat pada majoriti rakyat memilih PAS pada setiap pilhanraya yang lepas
> menunjukkan rakyat negeri Kelantan sememangnya minat pada Islam walaupun
> ramai yang belum mengamalkan Islam secara syumul.Realitinya cara hidup
> mereka pun belum memperlihatkan keghairahan kearah cara hidup Islam.Rakyat
> masih perlu di didik dan di beri kesedaran (saya yakin kerajaan negeri
> sedang berkerja keras kearah itu).Kesedaran Islam yang sedia ada yang
> mereka perolehi kebanyakkan bukan melalui dakwah, motivasi dan pendidikan,
> tetapi melalui kempen kempen politik pilihanraya yang sudah tercemar dengan
> pengamalan politik kotor saperti umpat mengumpat, fitnah memfitnah, kata
> mengata,tuduh menuduh,mengaibkan lawan dan sebagainya.Penyokong penyokong
> PAS mungkin marah di atas kenyataan saya ini.Tetapi ini lah realiti dan
> hakikat sebenarnya.
> Kita doakan pencapaian kerajaan PAS Kelantan di atas agenda atau projek ini
> dan lihat natijah nya nanti.Walaupun kini sudah lebih 20 tahun memerintah,
> belum menampakkan hasil yang di harapkan.Contohnya, pemain bola sepak "Red
> Warrior" belum bermain cara Islam lagi kerana masih bermain di hadapan
> beratus ribu penonton dengan aurat terdedah (pakai seluar pendek).Penonton
> yang melihat dgn sengaja pemain dedah aurat pun hukum nya sama dengan pihak
> yang mendedah aurat - haram dan dosa besar, sama tarafnya dengan dosa dosa
> besar yang lain.Tak tahu saya samada kerajaan PAS terlepas pandang dalam
> soal yang besar ini.Bukan kah untuk mengarah mereka menutup aurat, tidak
> saperti nak laksanakan hudud,perlu melihat samada ia di benarkan
> Perlembagaan Negara atau tidak?
> Begitu juga dalam kerajaan PAS masih belum wujudkan sistem pentadbiran parti
> dan negeri secara Islam.Kalau ada pun secara separuh separuh.Sekular suku,
> Islam suku.Mungkin hanya pemilihan ahli dewan ulama sahaja mengikut syura',
> tetapi dalam pemilihan pemimpin dalam parti dan negeri masih mengikut sistem
> sekular. Tak mungkin ada pihak luar menghalang perlaksanaan sistem syura'
> dalam parti dan negeri pentadbiran sendiri melainkan halangannya datang dari
> dalam pimpinan parti sendiri.Namun saya yakin dalam projek "Kelantan
> membangun bersama Islam" perkara perkara ini sudah ada dalam agendanya.
> Rupa rupanya tidak mudah untuk melaksanakan sistem Islam secara syumul dalam
> sesebuah negeri dan negara hatta dalam parti Islam sendiri pun walau pun
> sudah dapat kuasa memerintah.Pemikiran umat Islam seluruh alam sudah jauh
> sebati dengan sistem kehidupan ideologi barat yang sudah lama melanda
> manusia ibarat tsunami yang yang tidak dapat di sekat sekat lagi.Hinggakan
> ulama ulama, bijak pandai Islam dan pejuang Islam sekali pun tidak dapat
> lari daripadanya.Kerja kerja pengIslaman memerlukan jentera jentera
> pendidikan insan yang lengkap.Contohnya kita terlebih dahulu perlukan
> jentera jentera merupakan cendikiawan Islam dalam semua bidang saperti
> teknologi,siber,kehakiman, ekonomi, pendidikan, kewangan dan
> perbankan,ketenteraan, kesihatan,kebudayaan,da'e da'e dan banyak lagi.
> Islam itu syumul kerana ia adalah "way of life".Pejuang Islam sedar tentang
> kehebatan nya dan rasa bersemangat untuk mendaulatkan nya.Umpama rasa betapa
> hebatnya hendak memiliki sebuah ladang yang besar dan luas yang boleh
> mengeluarkan hasil yang lumayan.Ghairah untuk mendapatkan lesen untuk
> beroperasi.Tapi bila lesen sudah berada ditangan bingung pula apa nak
> buat.Rupanya berladang tidak mudah.Persiapan, kepakaran dan peralatan
> canggih yang di perlukan rupa rupa mahal harganya dan payah di
> perolehi.Tamsilannya bukan mudah untuk mendaulatkan Islam.Tidak semudah
> saperti yang di laung laungkan.Allahu Akhbar!!
> Wallah'alam.
>
> Sumber: Fitrah Islami Online
>
> Salaam & Regards
> Amri el Wahab
>
> (Visit my Blog: http://hembusan-amal.blogspot.com;
> http://fitrahislami.wordpress.com;Welcome to my Online Shop:
> http://amri-shoppe.blogspot.com)
>
>

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment