Monday, December 19, 2011

Re: RG2011... ~~~Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita Berbanding Lelaki?~~~

 

Dlm Israq & Miqraj Rasulullulah...Beliau melihat begitu ramai penghuni Neraka adalah majoriti kaum wanita. Ini adalah RESULT ttg apa yg berlaku di atas dunia termasuk sejak dulu sehingga kini, sehinggalah kiamat. Jika tidak mahu termasuk dalam golongan penghuni ini, jadilah wanita yg baik, beriman, menutup aurat (dgn cara yg betul sbb ramai org menutup aurat kononnya tapi tidak memenuhi spesifikasi hukum sebenarnya spt bertudung tapi rambut berjuntai keluar, berbaju lengan pendek, sendat, singkat dan bermacam lagi)...
Jangan tunggu nak kahwin baru nak tutup aurat...
 
RESULT penghuni neraka drp wanita ini juga selain tidak sholat, membuka aurat, tidak patuh kpd suami & ibubapa di antara kesalahan2 besarnya...moga2 anda semua bukan dari golongan tersebut...
 
 

From: azlin aziz <allyn_feb@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, 17 December 2011 11:29 AM
Subject: Re: RG2011... ~~~Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita Berbanding Lelaki?~~~

 
tah lah ye dalam bab ni masing2 kena tahu n rasanya tak perlu nak diwar2kan.klu rasa esk2 tahan seksaan kiamat ikut suka lah.dan klu rasa2 tak blh nak tahan pun ikut suka lah.jadi buat lah pilihan yg tepat. kita skrg mmg zaman yg dah maju tetapi dalam keadaan maju yg menuju ke akhir zaman.tepuk dada tanya lah selera

From: ♥*¨*☆Fairlady Shania♥*¨*☆ <fairladyshania@gmail.com>
To:
Sent: Saturday, December 17, 2011 10:15 AM
Subject: RG2011... ~~~Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita Berbanding Lelaki?~~~

 

Apabila ditegur bab aurat, ramai wanita yang melahirkan rasa tidak puas hati. Kenapa semua orang 
asyik menegur aurat kaum mereka sahaja? Kenapa tidak menegur aurat lelaki? Mereka merasakan 
itu tidak adil kerana seolah-olah mereka sahaja yang wajib menutup aurat. Sedangkan lelaki ada juga 
yang tidak menutup aurat. Malah aku pernah dituduh anti perempuan kerana asyik menempelak kaum 
mereka terutama dalam bab aurat.

Amboii.. Signboard ni pun main kasar nampak.. Simbol wanita je? ;-p

***************************
Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.

Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding 
aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai 
aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza 
pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut. 
Manakala Mazhab Hambali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada 
pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.

2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan 
tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. 
Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai 
stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-
benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.

3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.

Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan 
anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak 
menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu 
menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang 
maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan 
diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana.

Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju? 
Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi 
peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat. Yang free hair tak payah cakap 
la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah 
ketika aktiviti sukan dan riadah. Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih 
ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh 
mengundang zina mata. Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki 
buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.

Fesyen seluar londeh nampak boxer yang cute.. Wekkk..

5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.

Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset 
yang gebu dan montok. Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek 
menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok? Muntah ada la.. (Err.. Sory lelaki!) 
Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak 
perempuan bogel, terbeliak biji mata. Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi 
uar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk 
didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.

***************************

Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat 
lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi 
anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah, 
saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat. 
Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib 
ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat 
wanita sahaja.

Sumber: http://www.solihinzubir.com/
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.







__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment