Monday, December 19, 2011

Re: RG2011... Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

 

Ya utk makluman Syarifah ...

Anwar  memang hebat...sebab dulu tak da rasuah walau se sen di penjara kan!......azizan yg tuduh dia diliwat tu akhirnya kena tangkap basah berkhalwat dan dia ngaku anwar tak buat kerja macam tu...
Anwar ditumbuk oleh Bekas  Ketua Polis Negara.....memang cerita hebat tak pernah berlaku dalam dunia!...kan hebat tu ! Malaysia hebat!
Anwar di fitnah ...buta saja di penjara 6 tahun...siapa yg sanggup hadapi itu semua dgn tabah.....keluarga dihina ...ditelanjangkan dia ( Anwar)...utk aibkan dia...dia tetap tabah....kalau berlaku pada anda bagaimana????????......Ya Anwar memang diberi Allah tabah hadapi itu semua dan keluarganya juga...memang hebat !....Anwar disenaraikan oleh The Times dalam 50 PEMIKIR DUNIA MASAKINI!...memang hebat !.....siapa nama lain pemimpin yg sebegitu kecuali Nik Aziz dalam senarai 50 pemimpin berpengaruh didunia !.....mana yng lain???MANA MANA????? TIADA !
.... SAYA AKUI ANWAR HEBAT ! bukan kerana taksub kepada Anwar tapi TAKSUB KEPADA KEBENARAN DAN KEADILAN YG DIPERJUANGKANNYA!....



From: wakkam <naim_222@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 19 December 2011 4:36 PM
Subject: Re: RG2011... Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

 


betol tuh.....tak baik salah sangka ngan org lain.....yg terbaru pelajar malaysia kawen gay kat UK....memang sekarang nih ramai gay ngan lesbian.....biasa le malaysia boleh.....

aku pon pelik mcm mana si saiful tuh leh suka ngan anuar....dah le tua dan tak larat....byk lagik gay yg hansem² dan gagah perkasa....




From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, December 19, 2011 3:07 PM
Subject: Re: RG2011... Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

 
cakap aje bleh lah dah mcm2 kita dgr berkobar2 di luar di mahkamah hampeh....kita tunggu aje lah ...semua kata konspirasi...apa sgt nak takut dgn anwar tu...byk keja lain untuk rakyat di fikirkan...x kan asyik nak konspirasi jatuhkan anwar hebat sgt ke anwar tu setakat hebat bercakap aje lah...

From: mat ipoh <kapcai_racing1@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, December 16, 2011 12:14 PM
Subject: Re: RG2011... Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

 
ADA BUKTI KER? RAKYAT MALAYSIA SKRG NIE SUME DAH CERDIK ILMU,....ADA BUKTI BARU CAKAP,KALAU TAK DA BUKTI LEBIH BAIK MEMBISU DARI BERKATA2...KITA LAYANNNN JER....

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Tuesday, 13 December 2011 11:24 AM
Subject: RG2011... Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

 

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
December 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Dis – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana "cap jari" perdana menteri ada di banyak peringkat kes.
Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.
Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib (gambar), yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.
Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain.
"Adalah jelas cap jari  Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka," kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini.
Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini.
Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar.
"Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini?
"Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?" kata Sankara.
Selain itu, Sankara berkata, konspirasi juga melibatkan pembabitan SAC Datuk Rodhwan Ismail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
Peguam itu mempersoalkan sebab Rodhwan mengadakan pertemuan dengan Saiful sebelum dia membuat laporan polis sedangkan beliau bukan pegawai penyiasat ketika itu.
Selain itu, Sankara juga menimbulkan persoalan bagaimana Saiful memperoleh nombor telefon Musa.
"Nampaknya dia terdengar perbualan antara Datuk Khairil Anas atau seorang pembantu dan Najib di mana nombor telefon Musa disebutkan dan dia menyimpan dalam telefon bimbitnya," katanya lagi.
Sankara juga menekankan hakikat berkenan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepiakn sepina meminta mereka hadir di mahkamah sebagai saksi pembela.
Katanya, kedua-dua mereka tidak sewajarnya mengelak jika tiada sebarang perkara untuk disembunyikan.
"Jika perdana menteri dan  Rosmah tidak relevan, maka mengapa pegawai penyiasat DSP Jude Pereira perlu merekodkan kenyataan mereka?
"Ini bukan hanya rumusan kami. Ia juga rumusan rakyat umum," katanya. Terdahulu, pihak pembela juga mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.
Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Karpal juga berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.
Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.
Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.








__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment