Tuesday, December 20, 2011

Re: RG2011... PUSAT SALUR RM2.71 BILLION UNTUK KEBAJIKN RAKYAT

 

kalau kelantan JPP,
selangor majlis tindakan pulak,
 
ini lah dia kerja jahat umno untuk ganggu kerajaan negeri,jahat
----- Original Message -----
From: Sr Rizz.r
Sent: Tuesday, December 20, 2011 11:30 AM
Subject: RG2011... PUSAT SALUR RM2.71 BILLION UNTUK KEBAJIKN RAKYAT

 

Pusat sedia RM2.71 bilion untuk Selangor

SHAH ALAM 19 Dis. – Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM2.71 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi manfaat rakyat di Selangor sepanjang tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, peruntukan itu telah dilulus dan dibelanjakan di negeri ini meliputi projek di bawah Rancangan Malaysia kesepuloh (RMK10) dan projek-projek khas yang merupakan tambahan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Beliau berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan pelaksanaan projek yang diluluskan secara terus daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hasil lawatan kerja ke negeri ini yang dimohon oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) membabitkan jumlah keseluruhan RM16.95 juta.

"Daripada jumlah keseluruhan projek yang dilaksanakan di bawah RMK10, kerajaan Pusat telah memperuntukan RM2.62 bilion untuk pelaksanaan projek pembangunan, RM83.81 juta lagi dibawah projek NKRA dan RM16.95 juta lagi diluluskan secara terus oleh Perdana Menteri dan timbalannya menerusi lawatan kerja mereka di Selangor.

"Antara projek yang dilaksanakan ialah pembangunan infrastruktur, bantuan rumah rakyat dan menaik taraf kemudahan pengangkutan awam yang dilaksanakan pada tahun ini.

"Malah untuk program bandar selamat sahaja, kerajaan Pusat membelanjakan RM10.65 juta untuk dilaksanakan di Selangor melalui projek NKRA," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), peruntukan itu disalurkan ke Selangor untuk membolehkan rakyat mendapat pembelaan selain meningkatkan taraf hidup yang lebih selesa meskipun negeri itu ketika ini di bawah pentadbiran pakatan pembangkang.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment