Thursday, December 8, 2011

Re: RG2011... Saya antara mangsa korupsi

 

Salam alaik,

Pertama saya ingin perbetulkan hal cuaca:
-> MAKKAH -> humiditi tinggi ( lembap ) dan panas atau kurang panas ( ikut musim )
-> MADINAH -> humiditi rendah ( kering ) dan panas atau sejuk ( ikut musim )

Batuk di Makkah dan Madinah ada 4 punca utama :
-> Debu halus yang masuk ke saluran pernafasan. Debu itu ialah dari pakaian terutama sekali kain ihram, pasir halus dan habuk dari pelbagai punca. Debu juga membawa kuman samada cuaca panas atau sejuk, terutama sekali bila cuaca lembap.
-> Batuk yang berjangkit. Bermula seorang batuk dan tidak tutup mulut, kuman berterbangan dan dihidu pula oleh yang lain
-> Badan yang kurang kekuatan ketahanan terhadap virus kerana kesihatan yang sudahpun terjejas dan pemakanan yang tidak sihat.
-> Perubahan cuaca dari tempat tinggal.

Punca utama yang menyebabkan terkena batuk ialah tidak menjaga kebersihan dan kesihatan:
-> bilik tidur nampak macam bersih tapi banyak habuk halus
-> sebilik dengan orang yang terkena batuk
-> orang yang terkena batuk itu tidak menutup hidung dan mulutnya dengan mask
-> dok sibuk berjalan-jalan, shopping dan window shopping sehingga menghidu berkoyan-koyan habuk yang mempunyai kuman
-> memakan dan meminum produk yang dibeli dari tepi-tepi jalan.
-> makanan dan minuman yang disediakan oleh orang yang tidak sihat
-> kurang minum air kosong
-> keliru ilmu - makan madu dan minum jus oren tidak menurut adab kesihatan. Orang kata Sunnah aje ... maka main boh dan bedal aje ... cara yang betul tak reti.
-> makan, makan, makan, makan dan makan tak sudah-sudah
-> tidak berus gigi dan tidak berwudu sebelum tidur.

Bila dah terkena batuk, cari ubat batuk. Jika ubat batuk di Tabung Haji tak sesuai, FARMASI kan ada banyak...

Di antara ubat batuk yang sesuai samada batuk yang kering atau pun basah ialah PROSPAN. Sangat berkesan atas rahmat Allah. Buatan Jerman dari Ivy Leafs yang disediakan secara tradisional. Harganya hanya SR15 sahaja atau kurang. Bebas dari dadah dan steroid. Kat Malaysiapun ada jual.

Sambil-sambil itu, bila minum air panas, suam mahupun sejuk, letakkan sedikit LEMON - iaitu Citron atau Limau Nipis ( bukan limau kasturi ). Harga hanya SR1 sebiji.

HENTIKAN minuman yang terlalu manis dan bersusu tin kerana ia akan melemahkan ketahanan badan terhadap virus. BANYAK MAKAN juga melemahkan ketahanan badan.

Setengah bilik menggunakan kipas. Lagilah syok kuman dan virus berpesta setelah seorang batuk. Mungkin payah untuk dielakkan. Oleh itu, GUNAKANLAH IONIZER, sebuah alat yang menyedut dan menapis habuk di dalam bilik. Harganya tak sampai SR300. Kat kedai letronik di Makkah dan Madinah ada jual. Tong-tonglah seorang SR30 kalau kurang wang. Atau belilah sendiri untuk buat pahala dan berjasa kepada rakan-rakan sebilik. Kat sana kan pahala berganda-ganda bila buat baik.

Batuk tidak dapat dielakkan kerana salahsatu dari 3 perkara :
-> KELALAIAN ATAU KEJAHILAN DIRI SENDIRI
-> SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ORANG LAIN
-> SUASANA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

Jadinya, kita sebagai Umat Islam sewajibnya ketahui 3 perkara asas:
-> KEBERSIHAN
-> ASAS PERUBATAN
-> ASAS PEMAKANAN SIHAT

Untuk mempelajari 3 perkara asas di atas SANGAT MUDAH. Apabila dah cuba sedaya upaya, tapi masih terkena batuk, barulah namanya KIFARAH.

Jika tidak, sibuklah menuduh DIA dan MEREKA serta ITU dan INI sebagai aktiviti meneruskan budaya buruk kaum Melayu yang suka MENYALAHKAN ORANG LAIN sehinggalah ke MAKKAH dan MADINAH.
 
-------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------{Untung Bahasa Arab}-----------------------------         
----- http://malaysiaku.com/recommends/Untung_Belajar_Bahasa_Arab/

--------------------{ Pencegahan Dadah Awal }--------------------------         
.------------------------- http://www.KENALI.net

------------------------{ Doa-doa Pendek }------------------------------          
..---------------    -....http://www.MalaysiaKu.com
-------------------------------------------------------------------------------------
                                                                 


From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, December 7, 2011 5:29 PM
Subject: RE: RG2011... Saya antara mangsa korupsi

 
Rasanya elok dibuat laporan ke SPRM daripada tuduhan tak da fakta....membuka ruang fitnah yang disukai syaitan...
 
Hanya Allah yang menyembuhkan penyakit bukan ubat batukk...
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of roslan mohd
Sent: Tuesday, 6 December, 2011 12:10 AM
Subject: RG2011... Saya antara mangsa korupsi
 
 
Penulis Tamu
Oleh Zul Sulong
"Hanya tiang elektrik dan unta sahaja yang tidak batuk di Mekah" adalah kenyataan paling popular di kalangan jamaahhttp://img.mobypicture.com/e787f18859bcd00cfb2caec932c97b45_view.jpg haji di Mekah dan juga Madinah.

Ia dibuat untuk memberikan justifikasi apabila ditanya kenapa batuk....mereka menjawab, saya tidak sakit kerana semua orang batuk, tidak ada yang tertinggal.
 
Namun apabila batuk terlalu berlebihan dan ubat yang diberikan oleh klinik Tabung Haji di Mekah dan Madinah tidak dapat mengurangkannya, sebagai manusia, masing-masing mula berfikir...kenapa ia berlaku.

Takkan tidak ada ubat yang sesuai untuk menghentikan batuk ini atau sekurang-kurangnya meredakan batuk yang dihadapi mereka.

Dan jawapannya diperolehi oleh penulis hanya selepas pulang ke Malaysia.

"Sebenarnya, batuk ada dua jenis...Satu yang berkahak dan satu lagi yang kering atau gatal-gatal di tekak akibat debu. Batuk di Mekah dan Madinah adalah jenis kering yang disebabkan oleh debu halus yang masuk ke dalam sistem badan kita melalui saluran pernafasan dan mulut.

"Debu ini pula halus dan kering kerana cuaca di sana yang panas dan kering," terang seorang doktor yang ditemui selepas pulang ke tanah air.

Untuk batuk jenis berkahak, ubatnya adalah yang berwarna hitam. Brandnya adalah macam ubat batuk cap Kelapa Laut Afrika tu.
Manakala untuk batuk akibat dari debu kering ini adalah yang berwarna kuning jernih itu atau brandnya adalah ubat batuk cap ibu dan anak.  

"Jadi apabila kita makan ubat batuk warna hitam itu, batuk kita tidak akan berhentilah, bahkan boleh bertambah lagi," beritahu doktor berkenaan.

Sebenarnya inilah yang berlaku kepada jamaah haji Malaysia. Boleh dikatakan mereka telah diberikan ubat batuk yang salah.

Ketika lawatan kali kedua ke klinik Tabung Haji di Mekah, saya meminta petugas perubatan yang memeriksa saya (bukan doktor) yang bertugas memberikan ubat batuk yang lain kerana selepas sebotol ubat batuk (yang berwarna hitam itu) saya makan, ia tidak memberikan sebarang kesan.

"Tidak ada yang lain encik. Hanya ubat ini yang dibekalkan oleh Tabung Haji," kata petugas perubatan berkenaan.

Inilah nasib jamaah haji Malaysia. Ketika hampir kesemua mereka berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Haji, isu ubat batuk menjadi isu yang tidak berkesudahan.

Isu ini pula dihadapi oleh hampir semua jamaah kerana 'tiang elektrik dan unta' sahaja yang tidak batuk di sana.

Ketika berbincang dengan doktor yang saya temui di sebuah klinik di Malaysia selepas pulang, beliau bersetuju bahawa saya adalah salah seorang mangsa penyalahgunaan kuasa dan amalah rasuah atau salah guna kuasa di Malaysia.

Beliau yakin, Tabung Haji adalah antara pihak yang terperangkap dan menjadi mangsa amalan ini.

"Sebenarnya, sejak beberapa tahun lepas, hanya ada satu syarikat sahaja yang berhak membekalkan ubat kepada Tabung Haji. Syarikat itu pula amat baru dalam bidang ini dan mendapat kontrak secara fast track bukan kerana kemampuan dan track rekordnya.

"Hasilnya inilah...ubat yang perlu lain, yang dibekal lain," kata doktor berkenaan.

Akibat dari ketidak berkesanan ubat batuk ini, hampir semua bilik penginapan jamaah haji Malaysia, penuh dengan botol-botol ubat batuk ini, namun mereka tetap batuk.

Di dalam masjid, samada Masjidil Haram di Mekah atau Masjid Nabawi di Madinah, batuk menjadi satu irama. Sahut menyahut antara satu sama lain. Dan antara pemain utamanya adalah jamaah haji Malaysia yang bilangannya hanya minoriti itu.
----------------------------------------------------
Penulis baru pulang dari menunaikan ibadat haji. Ini adalah tulisannya yang pertama selepas pulang.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment