Wednesday, December 7, 2011

RG2011... 3 Parah – Undur Kereta Tersalah Laluan

 

KM 20.4
Lebuhraya Elite arah KLIA
susur Saujana Putra
Sepang, Selangor
 7 Dis 2011
1 petang
 

Walau apa sebab sekalipun, lebih-lebih lagi jika di lebuhraya, jangan sesekali anda cuba mengundur kenderaan jika telah tersalah laluan.

Teruskan sahaja perjalanan sehingga menemui plaza tol kemudian barulah membuat pusingan.

Atau jika di jalan persekutuan, jalan bandaran sekalipun, tak usahlah membahayakan nyawa sendiri atau orang lain – jika sudah tersilap, teruskan sahaja perjalanan sehingga menemui laluan untuk berpatah balik.

Dan paling penting, jika sudah tersilap, jangan teragak-agak atau berhenti secara mengejut – yang biasanya mampu mengundang padah.

Sudah banyak kejadian tragis berlaku yang biasanya meragut nyawa.

Kejadian ini, 3 penumpang termasuk pemandu sebuah Perodua Kancil, seorang warga emas,  cedera parah – apabila kenderaan mereka dirempuh sebuah lori  kontena dari arah belakang.

Semuanya gara-gara Perodua Kancil terbabit melakukan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan – mengundur setelah tersalah laluan.

Kenderaan terbabit sepatutnya arah KLIA, namun entah di mana silapnya, pemandu dipercayai telah tersilap memasuki susur ke Bandar Saujana Putra.

Menyedari kesilapan itulah, dia bertindak mengundur untuk memasuki semula lebuhraya – dan padahnya – kereta dirempuh treler yang kemudian turut terbalik.

Foto-foto sumbangan pembaca ondscene , Rizan. 

Sila  rujuk beberapa berita yang disiarkan dalam ondscene kejadian seumpama ini:

26 Dis 2010 – Warga Palestin Maut – Tercampak Dari Motosikal

30 Jun 2010 – Suami Maut Isteri Parah – Motosikal Rempuh Belakang Kereta

 

Post Lain Yang Berkaitan

Categorized under: KemalanganSumbangan Pembaca
Tagged with: no tags.

7 Comments

  • Pada 2011.12.08 00:15, Anyss menulis:

    Assalamualaikum,
    sangat setuju dengan abang Sham…kalau dah terlajak, tak perlu undur. Biar bazir masa, tol dan petrol sikit, tetapi utamakan keselamatan dan nyawa.

    Sangat selalu jumpa kereta mengundur di lebuh raya…macam tak sayang nyawa. Bila dah tragedi…tak guna untuk ditangisi. Moga2 kemalangan ini jadi pengajaran kepada ramai pemandu
    Anyss recently posted..Intipati Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

  • Pada 2011.12.08 00:28, Kujie menulis:

    Saya pernah alami kejadian pemandu yang tersalah memasuki simpang dan dengan tergesa2 menukar haluan tanpa menyedari kami berada di kanan beliau. Along yang baru berumur 19 tahun yang memandu waktu itu. Nasib baik dia cekap macam mama dia…hihi..abaikan

    Beberapa inci saja hampir berlaku pelanggaran. Pemandunya dari Pulau PInang yang mengaku tersilap lorong.
    Kujie recently posted..LIMA SPC MARA

  • Pada 2011.12.08 00:45, Abang Zul menulis:

    'Terlalu selalu' menemui suasana seperti di atas. Kebiasaannya berlaku di lebuhraya utama dan sibuk. Kalau saya, selalunya kenderaan yang mengundur atau berhenti mengejut itu akan mendapat 'hadiah' berupa bunyi air horn yang panjang dari prime mover yang saya pandu. Mungkin kedengaran kurang ajar…tapi saya rasa lebih baik begitu dari kereta itu kena rempuh oleh kenderaan lain atau menganiaya penunggang motorsikal yang selalunya berada di lorong kiri…

    Rasional kereta itu dirempuh oleh lori kontena itu adalah kerana keadaan yang tidak mengizinkan untuk pemandunya mengelak ke lorong tengah secara tiba-tiba kerana tindakan pemandu kereta itu terlalu cepat berlaku di depannya. Kenderaan berat memerlukan jarak yang lebih jauh untuk berhenti. Kenderaan berat juga lebih mudah terbalik apabila sterengnya diputar secara mengejut. Sudahnya, demikianlah jadinya.

    Mujurlah tiada nyawa yang melayang, dek kerana terlalu singkat pemikiran.
    Abang Zul recently posted..Wordless Wednesday # 5 – Antara 3+1 Darjat

    • Pada 2011.12.08 11:01, Minkazama menulis:

      Saya setuju benar dengan Abang Zul

  • Pada 2011.12.08 10:10, hafiza menulis:

    hmm saya rasa dia nak ke airport la tu….tapi terlepas simpang…saya dulu pernah terlepas simpang nak ke klia dan saya tahu kalau saya reverse kompem perkara macam ni akan terjadi…dan saya teruskan perjalanan sehinggan tol seremban….yang membuatkan isteri saya terlepas flight dan kerugian RM600 ringgit..tapi apala sangat nak dibandingkan 600 tu dengan nyawa kita kan….kena sentiasa beringat la kawan-kawan semua…

  • Pada 2011.12.08 10:13, nurmisnan menulis:

    kalau dah terlepas simpang tuh teruskan saja… buat pusingan yang selamat..
    tak pasal2 orang lain pula yang cedera + diri sendiri dan keluarga….

    Get well soon utk yang parah…
    nurmisnan recently posted..Bantuan kecemasan untuk sesak nafas

  • Pada 2011.12.08 11:53, mohdredzuankz menulis:

    Kemalangan begini memang kerap berlaku. Walaupun saya ni menggunakan motorsikal ke tempat kerja, jika terlepas simpang atau tersalah simpang saya akan teruskan perjalanan dan cari jalan atau susur keluar yang lain ataupun tempat pusingan U yang dibenarkan. Tak perlu saya ambil risiko, boleh jadi kemalangan atau disaman pihak berkuasa. Pengalaman saya di Lebuhraya PLUS pada Raya Aidiladha yang lalu perjalanan dari KL ke Penang waktu lebih kurang 7.30 – 8.00 malam. Ahli keluarga saya bertanya "Kenapa PLUS letak tanda IPOH besar-besar macam tu?". Saya jawab "Takut orang terlajak, nak pusing balik kena pergi Kuala Kangsar atau sebelum terowong. Jauh tu". Kurang 5 minit, ada sebuah kereta Myvi lawan arus, mungkin sebab terlepas susur keluar Ipoh. Keadaan dah gelap, dengan selamba dia pandu lawan arus. Hilang akal mungkin. Macam mana dia pusing pun tak tau la, terkejut juga. Membahayakan dir sendiri dan orang lain. Kemalangan ini boleh dielakkan sebenarnya.

You must be logged in to post a comment.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment