Friday, December 16, 2011

RG2011... ~~~Berdosa Dengan Allah & Manusia~~~

 

Salam,
Semuga Allah swt mempermudahkan jalanan hidup kita semua,
Hari ini jadikan lebih baik dari semalam...

Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Perkataan yang baik dan pemberian ma'af lebih baik dari sedekah yang 
diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima)."
(al-Baqarah ayat :263)


Seperkara  yang  perlu  diingat.  Andainya  kita berdosa secara langsung dengan Allah. 
Maka  hendaklah  kita  beristighfar  dan  bertaubat  dengan  sesungguh-sungguhnya, 
menyesal dengan perbuatan keji yang kita lakukan. Dan seterusnya ialah perbanyakkan 
amalan sunat bagi menampung segala kekurangan yang ada.

Namun,  andainya  kita  melakukan  kesalahan  terhadap  sesama manusia, sepertimana 
perbuatan  mengumpat dan  segala  macam  dosa  yang  dilakukan  melalui lidah.  Maka 
tidak  cukup  dengan sekadar bertaubat dan beristihgfar memohon keampunan dari Allah, 
malah adalah menjadi tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan, iaitu memohon 
maaf dari manusia itu sendiri. Bukan satu jenaka, tapi permohonan maaf kepada manusia 
yang telah kita umpat dan sebagainya itu wajar dilakukan seberapa segera yang mungkin. 
Kerana ajal maut tidak kita ketahui, bilakah kehadirannya.

Begitu  sukar  untuk  memohon  maaf  dari  sesama  manusia.  Kerana, Allah adalah yang 
Maha  Pengampun,  hinggakan  ada  di kalangan  ulama  yang  secara  sinis memberikan 
ungkapan seperti, "Bukan hendak menyatakan bahawa tidak mengapa jika berdosa dengan 
Tuhan,  kerana Allah  Maha  Pengampun. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah, andainya 
kita berdosa dengan manusia, hendaklah diketahui bahawa manusia memang sukar untuk 
memaafkan kesalahan sesama manusia".

Maka,  diandaikan dosa kita tidak dimaafkan oleh sesama manusia. Bolehkah dibayangkan 
bagaimana kedudukan dan nasib kita di akhirat kelak? Cuba bayangkan, di saat kita berada 
di hadapan  pengadilan  Allah  kelak yang pada waktu itu mungkin saja amal dan kejahatan 
kita begitu seimbang.  Tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang pernah kita sakiti dengan 
lidah kita sewaktu di dunia, memohon pengadilan dari yang Maha Adil pada hari pembalasan. 
Bagaimanakah  agaknya  timbangan  amal  kita nanti setelah terpaksa menyerahkan pahala 
untuk membuat tebusan?

Wahai  anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripada-Ku, 
Aku  ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, 
jika  dosamu  sampai  ke puncak  langit,  lalu engkau pohon keampunan daripada-Ku, Aku 
ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku 
dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan 
Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.
[HR at-Tirmidzi )

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment