Friday, December 16, 2011

RG2011... ~~~Budaya Share dan Copy Paste Jadi Penyebab Dosa~~~

 

Emmm...kan kena sound dengan abang Solihin...
copy paste lagi...hu..hu..hu...

Budaya SHARE dan COPY PASTE sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu menanggung dosa yang  besar. 
Sebelum kalian menuduh aku membawa ajaran sesat dan berlagak ulama besar menjatuhkan hukum, alangkah 
baiknya anda buang sifat malas dalam diri untuk membaca entry ini sehingga habis.


1. Undang-undang hak cipta
Mengikut undang-undang hak cipta, adalah menjadi satu  kesalahan apabila seseorang itu mengambil artikel 
atau penulisan orang lain dan tidak meletakkan nama penulis asal. Dengan kata lain, copy paste atau plagiat. 
Malah lebih teruk jika ada yang terus mengaku itu tulisannya. Itu dikira mencuri hasil karya orang lain. Sama 
seperti cetak rompak. Mencuri hukumnya berdosa.

2. Adab berkongsi artikel
Jika kita ingin berkongsi sesuatu artikel yang dirasakan menarik dan bermanfaat, ada syaratnya. Di bawah 
artikel tersebut, kita perlu meletak nama penulis sebenar dan kreditkan ke link asal. Begitu juga jika artikel itu 
jadikan sebagai rujukan. Jika anda ambil sebahagian daripadanya, hendaklah diletakkan sumber rujukannya.

3. Tujuan kredit ke sumber asal
Supaya pembaca dapat membuat rujukan semula kepada penulis asal samada ingin mengesahkan kesahihan 
berita tersebut ataupun meminta penjelasan jika ada kekeliruan terhadap satu dua perkara dalam artikel itu. 
Jika penjelasan diminta daripada kaki plagiat, sudah pasti mereka tidak akan dapat menerangkannya dengan 
baik dan jelas kerana mereka hanya copy paste idea orang lain. Selain itu, copy paste tanpa credit boleh 
menyebabkan fitnah!

4. Copy paste tanpa credit boleh menyebabkan penulis asal difitnah
Aku akui, di awal aku ber'blogging' dulu, aku juga ada mengamalkan budaya copy paste kerana aku suka 
berkongsi.  Ilmu  aku  tentang  selok-belok  dunia  blogging  masih cetek ketika itu. Hingga menyebabkan 
seseorang  itu  difitnah  mencuri penulisan aku. Padahal aku yang plagiat artikel dia. Ini semua gara-gara 
aku copy paste artikel yang aku perolehi daripada facebook ke blog aku. Aku tidak memberi kredit kepada 
sumber asal kerana aku tidak tahu siapa penulisnya. Ianya berpunca daripada pengguna facebook yang  
suka copy-paste artikel dari blog lain ke dalam note mereka tanpa credit ke sumber asal. Nampak? Selepas 
peristiwa tu, aku tidak lagi copy-paste membuta tuli.

5. Aku juga pernah difitnah
Artikel 13 Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat adalah penulisan aku. Aku juga tidak 
menyangka yang artikel tu akan tersebar dengan meluas di alam maya. Tapi sayangnya ia tersebar 
dengan cara copy paste tanpa credit ke blog aku. Pada mulanya, aku tidak kisah kerana kononnya 
aku tidak mahu berkira dengan ilmu Allah. Tapi, lain pula jadinya. Aku dituduh mencuri hasil karya 
orang lain dan mengaku hasil karya sendiri. Aku dituduh mencuri hasil karya seorang Ustaz di face-
 book walhal, itu tulisan aku. Tetapi, aku redha. Mungkin itu balasan atas kesilapan aku sebelum ni.

6. Penyebaran Info Palsu
Sebelum ini heboh dengan penyebaran info-info yang diragui kesahihannya. Antaranya, artikel 'dalam 
milo ada cacing', 'sardin ada katak', 'perbezaan ikan keli halal dan haram', dan lain-lain lagi artikel yang 
terbukti adalah bohong belaka. Artikel palsu yang tengah hangat sekarang ini pula ialah 'Pepsi dan Coca-
cola ada HIV'. Selain itu, artikel-artikel yang mengandungi hadis palsu juga pernah tersebar seperti 'hadis 
tentang pengharaman tembakau rokok' yang terbukti adalah hadis dhaif. Info dari internet bukan semuanya 
boleh dipercayai.



Pengajaran
Orang kita memang suka share info-info pelik tanpa diselidiki terlebih dahulu dari mana datangnya sumber 
asal berita tersebut samada benar atau cuma khabar angin. Jadi, sebelum ghairah untuk mohon share, 
selidiklah terlebih dahulu kebenaran berita tersebut. Dikhuatiri akan berlaku penyebaran fitnah dan berita 
palsu yang kita sendiri tidak mahu ia berlaku. Sepertimana yang anda semua tahu, dosa fitnah itu lebih 
besar daripada membunuh.

Nampak? Terbukti perbuatan share dan copy-paste tanpa credit sememangnya boleh menyebabkan dosa . 
Apatah lagi jika share benda lucah.

Memang benar hak cipta terpelihara hanya milik Allah swt. Tidak salah jika kita hendak berkongsi ilmu 
Allah yang luas ini. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Memang ada yang tidak kisah kerana dia ikhlas 
menyebarkan ilmu. Tetapi, Islam juga tidak mengajar kita mencuri. Sebaiknya, maklumkan daripada 
mana sumber asal ilmu tersebut. Bagi menghargai susah payah seseorang itu memerah otak berfikir 
serta masanya yang terbuang ketika menghasilkan penulisan tersebut. Jangan kita hanya senang-lenang 
plagiat. Letak credit bukan kena bayar pun.

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment