Thursday, December 15, 2011

RG2011... ~ cara-cara nak tukar pinjaman PTPTN ke Biasiswa ~

 

http://warnakasehkita.blogspot.com/2011/05/cara-cara-nak-tukar-pinjaman-ptptn-ke.html

baca selanjutnya  entri baru
dan PTPTN balas surat kat sini

Korang tahu pasal pinjaman PTPTN tu boleh tukar kepada biasiswa?


dulu aku ingat bila dapat first class je PTPTN automatik hantar surat kat kita cakap kita punya pinjaman tu
dah jadi biasiswa.. tapi bukan rupanya.. banyak jugak prosedur untuk dapatkan biasiswa.. tu la orang cakap baik pinjam ngan MARA jer.. lagi mudah... (:



since aku baru je buat prosedur prosedur atau cara-cara yang PTPTN nak untuk jadikan pinjaman aku ni kepada biasiswa... hari ni,  nak ajar korang cara-cara nak tukar pembiayaan PTPTN kepada biasiswa... korang perlu ada lima perkara.


1. surat rasmi

surat rasmi ni, korang tulis la tajuk dia permohonan penukaran pembiayaan PTPTN kepada biasiswa.  isi perut surat tu, korang letak la nama penuh korang NO. KP korang. korang belajar ape dulu. dan grad tahun bila.. jangan lupa untuk tandatangan surat tu k...



2.  akuan pelajar

no dua yang korang patut ada adalah akuan pelajar. borang akuan ni boleh korang download kat website PTPTN.. pas tu korang print dan isi maklumat yang diperlukan... akuan ini menyatakan yang korang ni betul-betul ambik kos korang dan tidak memalsukan mana-mana dokumen kalau tidak korang akan didakwa.. ~



3. sesalinan sijil perkuan akredetasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia MQA..

yang no tiga ni, dokumen yang menyatakan kos yang korang ambik tu diiktiraf oleh MQA.. contohnya, kos aku, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) dapat pengiktirafan oleh MQA..
yang ni korang boleh search je kat website MQA ataupun korang google je korang punya kos korang tu + ngan MQA.. mesti ada punya.. kalau tak ada tu, mesti tak diiktiraf la ~



4. Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;

ok, untuk pelajar UiTM korang ambik yang ijazah korang yang korang dapat masa konvo tu. korang pegi potostat dan korang kena sahkan kat Bahagian Akademik kat bangunan Canselori yang depan pintu utama UiTM yang atas bukit tu.. Pejabat dia sekali dengan Pejabat ProCanselor bahagian akademik Bersebelahan dengan ProCanselor bahagian aktiviti dan pelajar, Tingkat Empat k...  Korang g sana cakap nak wat pengesahan tuk PTPTN.. konfem diaorang tahu punya..




5. Sesalinan traskrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;

ha, yang ni pun sama jugak. korang ambik yang ada tulis Gred dan subjek-subjek yang korang dah belajar tu dan yang ada GPA dan CGPA korang tu.. Potostat dan bawak sekali masa korang nak mintak pengesahan yang No. 4 tu k....




Bila korang dah ada ke lima-lima benda alah ni.. korang kepitkan sekali.. Cek lagi sekali betul tak korang punya dokumen dah cukup.. Korang pergi la PEJABAT POS yang kat Menara SAAS tu terus. x payah korang nak pergi pejabat pos tempat lain.. dalam uitm pun ada...

Tulis kat sampul surat tu, alamat ni...



dah siap tu... tampal setem 90sen.. murah je.. tak sampai seringgit pun.. dah tampal tu, korang pergi la sebelah kanan pejabat pos tu ada dinding yang berlubang tu masuk kan sampul korang kat situ k.. dengan lafaz basmalah.. semoga selamat sampai sampul ku....



Harap permohonan aku tu diterima dan diluluskan... Amin...


cikfia: walaupun pinjaman tu sikit. kalau jadi biasiswa kurang beban aku.. ~


 ~ cara-cara nak tukar pinjaman PTPTN ke Biasiswa Bahagian 2 ~



Disebabkan ada pertanyaan pada klik --> entri pertama  




jadi aku rasa patut aku beri penjelasan yang lebih jelas lagi pada korang yang ingin tahu pasal cara-cara nak tukar pinjaman PTPTN ke Biasiswa... dan ape syarat-syaratnya



setakat yang aku tahu syarat-syarat untuk membolehkan korang tukar pinjaman PTPTN ke biasiswa adalah




  • Korang ni graduan dari mana-mana IPTA atau IPTS
  • Korang mendapat kelas pertama atau omputeh sebut first class honour masa korang grad
    • jadi untuk diploma ke ape ke, korang TIDAK LAYAK untuk memohon
  • Korang punya ijazah sarjana muda atau omputeh sebut ' degree ' tu mestilah diiktiraf oleh MQA
    • kalau korang dari IPTA sekalipun, korang lampirkan je la sekali senang cerita bukan susah sangat pun.. cari kat website MQA tu, tengok korang punya degree tu ada tak dalam senarai degree yang diiktiraf... korang print, pastu kepit sekali ngan surat korang tu.. ~
  • Korang punya transkrip dan first class tu korang kena fotostat.. pastu, korang kena SAHkan kat Pejabat Akademik kat IPTA/IPTS korang belajar tu.. WAJIB!!
  • Kepada siapa dan alamat PTPTN
    • alamat tu boleh google je kot.. huuu... tapi sebab aku ni baik hati.. korang tengok gambar ni okeh? Siap nama pegawai dan alamat PTPTN aku bagi.. sila klik gambar untuk tumbesaran.. 




gambar: alamat PTPTN untuk tukar ke biasiswa







  • Dalam surat tu nak tulis ape eh?
    • macam ni baik aku kopi paste aku punya surat letak kat blog ni kan? hahaha... Cam ni eh korang, korang letak la tajuk PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA BIASISWA. Lepas tu, kenalkan diri, nama korang, IC, korang ambik kos ape, kat mana, korang grad ngan bape CGPA.. Akhir tu, korang cakaplah harapan korang yang menggunung tinggi tu.. 
    • Alahai, pendek2 je tak pe.. janji HADO... ~
  • Berapa lama PTPTN ambik masa eh?
    • Huk! macam aku ni keje kat PTPTN pulak kan.. ok, aku rasa PTPTN memang ambik masa yang agak lama.. Sila tunggu dengan sabar.. 
  • PTPTN akan hantar "feedback" ke lepas kita antar semua dokumen tu?
    • Lepas aku hantar 25 Mei 2011 hari tu, tak da balasan lagi dari PTPTN... tapi aku rasa diaorang mesti hantar feedback... jadi, Sila tunggu dengan sabar.. 

Nak tahu macam mana Ptptn balas surat permohonan kita?? KLIK SINI

 ~ PTPTN balas surat permohonan penukaran pembiayaan pendidikan PTPTN kepada biasiswa ~

Baca selanjutnya kat entri ini dan ini (cara-cara nak mohon PTPTN kepada biasiswa)




permohonan aku dah dibalas oleh pihak PTPTN. ALHAMDULILLAH.. permohonan itu LULUS!!

Berikut adalah surat balas PTPTN untuk aku.
mereka mengambil masa lebih kurang sebulan untuk membalasnya. (surat aku 26 mei 2011 surat PTPTN 1 julai 2011).


sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas









untuk tahu macam mana nak mohon penukaran pinjaman PTPTN ke biasiswa, alamat PTPTN, cara-cara nak mohon, syarat-syarat dan sebagainya..


sila baca entri lepas di sini dan sini



++ aku nak jumpa supervisor.. siapkan kerja-kerja yang tertangguh sekian lama kerana kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

2 comments: