Sunday, December 11, 2011

RG2011... Di sebalik lirik Penakut : Yuna

 

Yuna – Penakut

Sekali dengar lagu terbaru Yuna yang sering berkumandang diradio Xfm ni seolah-olah menceritakan kisah seseorang yang mempersoalkan rasa cinta pada kekasihnya. Namun, melalui pemerhatian Pak Mod, ia tidak sebegitu. Kalau tak percaya, sila baca laporan Pak Mod kali ini.

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

(Bait-bait di atas mencritakan dilema pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan petrol Ron 95. Memandangkan pendapatan mereka adalah kurang, maka hasrat untuk menggunakan Ron 97 yang lebih berkualiti terpaksa dikuburkan. Guna je lah Ron 95 nak taknak pun.)

Korus:
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

(Pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan petrol Ron 95 ini berasa tidak adil kerana didalam negara ini, ada yang dapat menggunakan minyak berkualiti dan ada yang terpaksa menggunakan minyak yang biasa-biasa je.)

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

(Pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan petrol Ron 95 itu merasa kecewa kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab mengasing-asingkan jenis-jenis minyak petrol dipasaran, sedangkan pihak-pihak ini berkata yang semua pengguna adalah menjadi keutamaan mereka.)

Korus

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kaliku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

(Akhirnya, para pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan petrol Ron 95 itu sedar. Di dalam dunia yang mengamalkan politik kotor ini, apa-apa boleh berlaku. Pihak-pihak yang banyak berbual tentang perkara-perkara yang manis tidak mengotakan apa yang mereka kata. Oleh itu, pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan petrol Ron 95 melepaskan saje hajat mereka untuk menggunakan petrol Ron 97 kerana ia bukanlah sekelas ngan mereka..)

Nota: Disebalik Lirik hanyalah imaginasi Pak Mod. Takde kena-mengena ngan sesiapa sahaja samada masih hidup atau pun yang telah tiada.



--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment