Tuesday, December 13, 2011

RG2011... Fw: ANAK Hantar Memo Sokongan Pengarah Besar Felda

 

----- Original Message -----

Eksklusif: 'Bantah Arahan Bercuti', ANAK Hantar Memo Sokongan Pengarah Besar Felda Petang Ini

PDO
 
 
KUALA LUMPUR, 13 Dis - Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan mengadakan satu demontrasi di hadapan Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney jam 2.30 petang ini bagi menyerahkan memorandum sokongan kepada Pengarah Besar Felda, Dato' Zulkifli Abd Wahab. Memo itu adalah bagi membantah tindakan arahan memaksa beliau bercuti sehingga Ogos 2012. Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi peluang beliau melanjutkan pelajaran. Surat itu dilapor dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebelum ini manakala arahannya pula akan berkuatkuasa daripada 25 November ini hingga Ogos tahun depan.
 
Menurut Pengerusi ANAK, NGO yang selama ini begitu lantang membangkitkan isu-isu Felda iaitu Mazlan Aliman (foto) berkata tindakan yang dilakukan terhadap Pengarah Besar Felda itu adalah petanda awal untuk menyingkirkan beliau dari agensi itu. "Dia (surat) tak kata berhenti. Tetapi hantar surat suruh sambung belajar. Hendak belajar apa? Datuk Zul (Zulkifli ) sudah 54 tahun."Kalau orang faham, fahamlah (maksud sebenarnya)," katanya. Mazlan yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS berkata, mereka dijadual menyerahkankan memorandum sokongan terhadap Zulkifli kerana berpendapat tindakan itu tidak wajar. "Walaupun dalam beberapa isu ANAK mengkritik kepimpinan Felda tetapi dalam hal kerja beliau bersikap profesional. Beliau sendiri bermula daripada bawah dan setia pada tugasnya," kata Mazlan Aliman lagi.

[Tindakan yang dilakukan terhadap Pengarah Besar Felda itu sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Ternyata, orang seperti Tan Sri Isa Samad cukup berbisa untuk memaksa Perdana Menteri, Najib Razak mengikut arahannya. Apakah ini kerana beliau masih memegang fail sulit Najib yang pernah didakwa tertangkap dengan seorang artis di Port Dickson ketika Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dulu agaknya?. Jika tidak, masakan Najib boleh melantik Isa yang jelas telah melakukan perbuatan rasuah ketika menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dulu.
 
Malah, UMNO sendiri telah menggantung dan membuktikan dia bersalah, Tapi anehnya, bila Najib menjadi Perdana Menteri maka Isa Samad yang sudah tinggal "nyawa-nyawa ikan" dalam politik itu akhirnya diselamatkan dengan meletakkan beliau menjadi calon BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang baru-baru ini. Dan akhinya, Isa diangkat sebagai Pengerusi Felda dalam satu suasana yang sungguh kontroversi. Kini Isa telah menggunakan kuasanya untuk memastikan keuntungan lumayan akibat penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia dilaksanakan juga. Maka, siapa sahaja yang menghalang pasti akan menjadi mangsa. Itulah yang terjadi kepada Dato' Zulkifli Wahab (foto) sebenarnya. Apakah semua ini harus dibiarkan?. Maka warga Felda dijemput hadir beramai-ramai memberi sokongan petang ini].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment