Thursday, December 22, 2011

RG2011... Fw: Jangan Jadi Penyambung Lidah Syaitan

 

----- Original Message -----

hangpa dengar pesanan nie elok-elok...

Jangan guna media musuh – Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Dis: "Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.

"Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.

"Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

"Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak," tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.

"Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan," ujarnya.

Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu.

'PAS Panggil' Dr.Hassan Ali, Nasharuddin Dan Saari Sungip Beri Penjelasan Krisis Dalaman !

PDO
 
 
KUALALUMPUR, 22 Dis - Parti Islam SeMalaysia (PAS) hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti.
 
"Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) dalam satu kenyataan hari ini. Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.
 
"Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni. Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura. Menggunakan media lawan milik UMNO, Utusan Malaysia, Hasan, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini. Bagi Hasan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang jadi perjuangan asal Parti Islam SeMalaysia.
Membalas hujah Hasan, Tuan Ibrahim menerangkan bahawa PAS ialah sebuah parti jamaah yang berdemokrasi, segala keputusan bukanlah keputusan individu tapi keputusan jamaah. "Apabila keputusan telah dibuat, dan Majlis Syura telah mengesahkan bahawa keputusan tersebut selari dengan dasar Islam, setiap ahli PAS perlu bergerak pada arah yang sama untuk membawa parti mencapai matlamat yang disasarkan dan memenangkan Islam," tegas beliau. Dalam kenyataannya itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli PAS kepada ungkapan apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi. "Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti," nasihat beliau.

[Dalam hal ini, kami melihat tindakan beberapa pemimpin PAS terutamanya Saari Sungip selaku Ketua Penerangan PAS Selangor adalah tidak wajar dan jadi penyebab isu ini sebenarnya. Apa motif beliau boleh umumkan seorang tokoh berpengaruh seperti Dr.Hassan Ali tidak terpilih sebagai calon pilihanraya umum akan datang?. Kemudian kenyataan itu diulas pula oleh Mustafa Ali?. Bukankah ini satu tindakan yang jelas sekali bertentangan dengan prinsip musyawarah parti Islam itu sebenarnya. Shaari harus faham bahawa pemilihan terakhir adalah terletak di tangan Presiden dan kepimpinan tertinggi PAS.
 
Maka itu, beliau tidak wajar keluarkan kenyataan nama-nama siapa yang termasuk senarai atau pun tidak. Ini isu sebenarnya, soal Hassan Ali melenting atau tidak ia tidak menjadi masalah kerana siapa yang memulakan adengan ini. Apakah wajar Ketua Penerangan PAS Selangor itu mengeluarkan kenyataan sedangkan ia belum dimuktamadkan lagi oleh pimpinan tertinggi parti?. Sepatutnya para pemimpin PAS lebih faham situasi ini dan tidak mencetuskan kontroversi murahan seperti ini pada masa akan datang. Media arus perdana pula, memang menanti peluang untuk melaga-lagakan pihak yang berkenaan. Lantaran itu, kita tidak hairan isu ini kini hangat diperkatakan oleh semua pihak. Bukankah ia akan merosakkan nama PAS di hati rakyat].
 
 
Jangan Jadi Penyambung Lidah Syaitan
 
selatanonline
Oleh Enggang Qadha

 
Isu berkaitan Datuk DR. Hassan Ali menjadi topik perbualan panas dalam sehari dua ini. Kisah sebenarnya belum diketahui, ceritanya berbagai versi.

Rata-rata penyokong pakatan rakyat sudah pun sibuk memberi respon dengan pelbagai andaian. Semua media utama milik Umno/Barisan Nasional semakin ghairah memain isu tersebut disebabkan terlampau mendapat reaksi dari pelbagai lapisan.

Sehingga ahli diceruk kampung yang tidak ada maklumat yang jelas berkaitan isu tersebut galak memberi respon, ini merupakan satu kejayaan perang saraf Umno/Barisan Nasional dibawah arahan APCO.

Semua penyokong pakatan rakyat tahu, utusan Malaysia, RTM merupakan ibu segala berita-berita fitnah di Malaysia.

Segala berita yang disiarkan bagi memburukan imej pakatan rakyat direka oleh mereka-mereka yang mendapat ilham dari syaitan-syaitan.

Utusan Malaysia hanya layak menjadi penggati tisu dalam jamban, tiba-tiba mengapa kita mengambil berita cipta syaitan, lalu dibawa menjadi topik perbincangan?

Kita jangan jadi penyambung kepada lidah-lidah syaitan.

Akibat teperangkap dengan media talibarut Umno/ Barisan Nasional, secara tidak langsung kita mula lupa isu-isu penyelewengan wang rakyat yang didedahkan oleh ketua audit negara, kita sudah tidak bercakap tentang lembu peliharaan ketua wanita Umno yang menginap di kondominium.

Kita sudah tidak bercakap tentang pendatang tanpa izin yang didaftarkan sebagai pengundi. Kita sudah tidak bercakap tentang pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh hajjah Rosmah, dan bermacam-macam lagi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional terhadap rakyat.
Kita lupa tentang wang rakyat yang di beri kepada Sharizat.

Kita tak pandang dah kes penyelewengan FKZ yang melibatkan Lim Liong Sik.

Tentera BN terus memainkan isu sedangkan pimpinan PAS sudah bagi signal "Tiada perbincangan tentang calon didalam mesyuarat PAS".
Bila mesej dah di beri, jangan lah jadi penyambung lidah syaitan.

Hadamkanlah maksud disebalik 'arahan' presiden
 
Posted by aya
 
 
 

Aziz Bari: Nak guna akta apa dakwa pelajar turun 'banting' Najib

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan kumpulan mahasiswa SMM dan Bebas tidak perlu dan tidak boleh dikenakan tindakan berhubung insiden menurunkan 'bendera' berbentuk banting berwajahkan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dilakukan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

"Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).

"Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?" kata beliau mengulas perkembangan di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, Sabtu lalu.

Sebaliknya kata pakar perlembagaan ini, Najib selaku perdana menteri perlu menerima mesej yang disampaikan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan, yang mengadakan demonstrasi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kumpulan mahasiswa dari SMM dan Bebas hendak menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimanapun kumpulan mahasiswa itu menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri.

Pemimpin SMM dan Bebas berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

"Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat" kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razab.

Saifuddin menuntut mereka memohon maaf dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Aziz yang menjadi sasaran siasatan polis, pengurusan UIA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dua bulan lalu menegaskan, selagi kerajaan tidak memansuhkan AUKU, pelajar-pelajar universiti akan terus memperjuangkan perkara berkenaan.

"Universiti-universiti sudah wujud sebelum AUKU diperkenalkan pada 1971, jadi mengapa perlunya AUKU.

"Kerajaan perlu mendengar suara mahasiswa... jadi mereka tidak perlu meminta, saya tidak perlu memohon maaf, jangan sombong, dengar suara mereka," katanya.

SMM dan Bebas mengadakan demonstrasi tempoh hari menuntut AUKU dimansuhkan untuk mengembalikan kebebasan akademik.

Menjawab soalan sama ada tindakan itu sesuatu yang tidak beradab, Aziz berkata, "kalau nak kata beradap tidak beradap, kita pun saksikan banyak perbuatan dan tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak beradap, tidak sopan sebelum ini."

"Saya tidak melihat menurunkan bendera Najib ini sesuatu yang tidak beradap, seteruk tindakan mereka sebelum ini," katanya lagi.

 

kalau tak mengecoh jangan panggil UTUSAN...

Seperti biasa penipuan Utusan kantoi lagi!

AKHBAR propaganda perosak minda rakyat, Utusan Malaysia semakin hari dilihat semakin menggila. Penipuan demi penipuan dilakukan depan mata, depan batang hidung pembacanya.

Kita semakin hairan, apa sebenarnya tujuan Utusan Malaysia menipu secara terang terangan begini? Adakah editor mereka sudah hilang akal? Atau mungkin ada di kalangan staff mereka sendiri ingin menjatuhkan kredibiliti Utusan?

Terbaru mengenai isu menurunkan bendera yang memaparkan gambar Najib oleh mahasiswa menjadi topik hangat di internet. Bendera tersebut diturunkan selama kira-kira 5 minit oleh mahasiswa sebagai tanda bantahan.

Sebaliknya Utusan melaporkan berita yang jauh menyimpang dari cerita sebenar. Mereka menyiarkan tajuk "Mahasiswa koyak bendera" [Utusan].

 
Namun yang lucunya, tajuk "mahasiswa koyak bendera" tapi di dalam laporannya tiada satu pun perkataan koyak bendera ditulis kah kah kah. Tajuk dan laporan tiada kena mengena kah kah kah...

ReJaM© "Makin hari Utusan semakin gila dan bangga memalukan diri sendiri..."

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment