Tuesday, December 13, 2011

RG2011... Fw: Keliru Dengan Syarat Untuk Permohonan BR1M

 

----- Original Message -----

Panas: Ramai Keliru Serta Kecewa Dengan Syarat Untuk "Permohonan Bantuan" Rakyat 1Malaysia !

PDO
 
 
KUANTAN, 12 Dis - Orang ramai yang berpusu-pusu menyerbu kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dekat sini untuk mengambil wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kecewa dengan syarat-syarat yang mengelirukan pada borang permohonan terbabit. Menurut seorang mangsa yang ditemui berkata, berdasarkan kepada borang yang diedarkan terdapat syarat "Lelaki atau perempuan yang menjadi Ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah", namun anehnya ramai yang mengikut syarat "tidak layak" untuk memohon bantuan tersebut.
 
"Sepatutnya jumlah pendapatan ketua isi rumah sahaja ... tidak termasuk pendapatan isteri dan tanggungan. Tapi, apa yang berlaku mereka campur semua sekali untuk kiraaan termasuk kerja lebih masa (overtime). Ini menyebabkan, sebahagian daripada kami akhirnya gagal untuk memohon. Contohnya, kalau gaji basic RM2,500, Overtime (OT) RM500 dan bekerja lebih lapan jam maka orang itu tidak layak dapat. Tapi orang yang gaji RM2,999.99 sen... dia tetap layak dapat kerana melepasi garis RM3,000. Apakah ini adil?", kata beliau. Beliau turut kecewa kerana syarat yang ditetapkan dikira termasuk dengan elaun. "Sepatutnya, mereka tidak kira elaun sebab bila-bila masa saja boleh ditarik balik", tambah beliau dengan nada kecewa.

[Nampaknya, isu Bantuan Rakyat 1Malaysia ini seolah-olah satu strategi memancing undi untuk pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Banyak "risikan yang dibuat" oleh pegawai yang berkenaan sebelum boleh mendapat bantuan RM500 yang mereka harapkan. Paling mengejutkan di Kuantan, ada pegawai yang bertanya tentang parti mana yang akan dipangkah pada PRU-13 nanti atau sudahkah pemohon mendaftar sebagai pengundi. Tindakan ini amatlah tidak selarasa dengan apa yang kerajaan war-warkan itu sebenarnya. Rupanya, ternyata Bantuan Rakyat 1Malaysia itu "ada udang disebalik mee". Rakyat akhirnya tertipu dengan segalanya. Apapun, semua diminta mengambik wang terbabit kerana itu adalah "wang rakyat". Namun mereka harus buat pilihan terbaik pada PRU-13 ini nanti !].
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment