Tuesday, December 13, 2011

RG2011... Fw: MRCB Cadang Caj Tol RM 9.10 Untuk EDL

 

----- Original Message -----

MRCB Cadang Caj Tol RM 9.10 Untuk EDL
 
selatanonline
 

Tahniah rakyat Johor, ini adalah hadiah pasca pilihanraya. Masih belum terlambat untuk rakyat Johor membuat keputusan. PAS dan Pakatan Rakyat tidak membantah pembangunan kiranya ianya bermanfaat buat rakyat terbanyak, tapi tolong jangan bebankan rakyat.

Cadangan pemaju lebuhraya EDL yang membina Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL), yang dijangka siap Januari 2012 sepanjang 8.1 km dari Pandan ke Tambak Johor untuk mengenakan caj tol sebanyak RM 9.10 adalah sesuatu yang tidak wajar.

Caj tol tersebut bakal dikenakan hanya kepada pengguna yang keluar dan masuk dari Singapura manakala pengguna EDL yang tidak memasuki negara jiran terutama penduduk bandar raya ini yang ingin ke pusat bandar atau keluar menerusi susur Bakar Batu tidak perlu membayar sebarang tol.

Sepatutnya kalau hendak di caj sekalipun hanya dikenakan kepada warga Singapura yang membawa kenderaan berdaftar dari Singapura. Rakyat Malaysia yang berkereta sejak sekian lama seperti didera bila mana kerajaan Singapura telah terlebih dahulu mengenakan caj masuk untuk kereta Malaysia ke Singapura dengan nilai 20 Dolar Singapura.(RM 48)

Biarpun kabinet Malaysia belum membuat keputusan, sekali ini satu pendekatan bijak perlu diambil kerajaan dalam menguruskan kos pembinaan lebuhraya EDL yang bernilai hampir RM 1.27 bilion tersebut. Rakyat mahukan penjelasan segera

Jundullah

Posted by kelanajiwa

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment