Monday, December 19, 2011

RG2011... Fw: Pisang AJAIB : Tiada Yang Ajaib Kalau .......

 

----- Original Message -----

Pisang AJAIB : Tiada Yang Ajaib Kalau .......
 
selatanonline
Oleh Ibn_bacoks

PONTIAN – Pisang boyan selalunya digemari oleh kaum ibu dengan mengenakan resepi turun temurunnya untuk membuat kuih lepat pisang.

Antara ramuannya ialah dilecek-lecek lalu dicampurkan air dengan tepung gandum, tepung pulut dan garam.

Apa yang menjadi kemusyilannya adalah kepada penggunaan kicap pekat yang turut ditaruh bersama air gula Melaka. Katanya supaya kelihatan lebih cantik.

Bagi generasi baru, sudah tentu tidak mampu untuk mengenal pasti pisang apakah yang sesuai untuk hidangan kuih tradisional itu. Apa yang penting, pisang sudah terhidang, maka disuapnya sahaja ke dalam mulut.

Pun begitu, disebalik keenakannya, ramai yang tidak tahu pada satu keajaiban yang Mtd-Benut.blogspot.com temui untuk paparan kali ini. Sebelum itu, pernahkah anda mendengar cerita 'Pisang Boyan Kembar Ajaib'?.

Pemiliknya iaitu Tn. Hj. Abdullah Genu, 67, berkata selalunya bila pokok pisang itu disebut, ramai yang tidak ambil pusing tentang kewujudannya. Namun pisang yang ingin dimaksudkan ini berbeza dengan jenis pisang yang lain.

Anehnya, kejadian ini katanya merupakan pertama kali yang disaksikannya sendiri. Pisang boyan kembar yang berkongsi batang tapi bercabang dua dan berusia 10 bulan itu difahamkan mempunyai 4 sisir, namun yang menjadikan ia bertambah ajaib iaitu buah, kuantiti dan saiznya sama diantara satu sama lain.

"Ini baru pertama kali lihat. Sudah beratus ribu ditanam sejak umur dari bangku sekolah. Lebih 40 tahun. Ajaibnya ada 4 sisir, biji sama, saiz sama," katanya lagi ketika ditemui di kebunnya, Kampung Sanglang, Dun Benut, baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau dilaporkan berkata keunikan pisang ini adalah salah satu dari tanda kebesaran Allah swt yang ingin diperlihatkan supaya manusia ini tidak sombong dan angkuh.

"Kalau ingin dibandingkan dengan kuasa Allah dengan manusia memang jauh," katanya lagi.

Namun jelasnya lagi adalah suatu yang tidak mustahil sebuah kerajaan yang didakwa hebat pastinya ia boleh tumbang dengan izin Allah swt.

"Tak ada yang ajaib. Kalau Allah kata 'Kun fayakun', jadilah. Tak ada yang mustahil dan ajaib di Benut ini, UMNO boleh ditumbangkan. Sudah terlalu lama. (kejadian) Inilah kebesaran Allah," ujarnya lagi.


 
Posted by aya

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment