Tuesday, December 13, 2011

RG2011... ~~~Gerhana Dalam Nafsu~~~

 



Sebagaimana yang kita tahu  dan ramai diantara kita dapat saksikan gerhana bulan penuh
pada  beberapa  hari  yang lalu, betapa Allah swt mengaturan sesuatu yang mana manusia
sendiri  tiada  dapat lakukan  walaupun  sebijak  mana  manusia itu dan secanggih mana
tecnology yang ada di seluruh dunia.

Saya juga dapat menyaksikan gerhana bulan di Dataran air pancut Shah Alam, walaupun
cuaca  kurang  baik dapat juga menyaksikan yang dalam keadaan yang samar dan terbit
timbul.  Di masjid Shah Alam  solat  sunat  gerhana berjalan lancar dengan kutbah yang
menyentuh hati. Yaaa!...betapa kebesaran dan kekuasaanNya.

Kita  sebagaimana  manusia  yang telah  melalui  fasa-fasa  hidup, menaiki dan menurun
tanga-tanga kehidupan ini. Sebagai hamba-hambaNya perlu muhasah diri, dan lihat pada
diri  apakah yang telah dilakukan sepanjang hidup. Bagaimana penghijrahan selama ini,
kemana dan apa yang telah dapat. Penghijrahan dari keburukan ke arah kebaikkan juga
dari kebaikkan kepada yang terbaik dalam usaha kita.

Di sini apa yang mahu saya paparkna hanya sebagai renungan dan untuk peringatan pada 
diri saya  sendiri. Saya  telah  melalui Dataran Air Pancut pada malam gerhana berlaku, 
oarang  ramai  telah  mulai  berada di situ  sambil bersantai sambil untuk menyaksikan 
berlakunya gerhana bulan. Ramai yang membawa family. 

Lebih kurang 10 malam selesai solat sunat gerhana di masjid Shah Alam yang begitu
dekat  dengan  dataran. Dengan keindahan malam yang penuh dengan lampu betapa
indahnya  disekitaran  pada  waktu  itu  termasuk betapa indahnya masjid besar Shah 
Alam. 

Tapi  sayangnya  dalam  keadaan di situ telah dicemari dengan manusia yang leka 
dengan  suruhan  Allah, bukan salah untuk bersantai tapi bukan waktu begini, ada
yang membawa makanan dari rumah, dan anak-anak kecil bersama ibu bapa sama
bermain  di situ  sedangkan azan begitu nyaring dan terasa bergema seluruh Shah
Alam  dan sekitaran  waktu  azan  berkumandang. Situasi  bagai  berpesta  dengan
membawa  makanan  masing-masing.  Ternyata ada pasangan yang datang kerana
mahu  menghijrahkan  nasfu  kepada  pasangan masing-masing. Dan ramai yang
sudah  bergelar  ibu  yang  bertelanjang  tapi berpakaian. 

Sewaktu saya berada  ke parking lot, terkejut beruk  di buatnya  yang  mana di-
dalam kereta yang bersebelah kereta saya pasangan yang sedang bercumbu mesra.
Dalam suasana yang agak terang. Bila mereka sedar terus menghidupkan injin dan
berlalu dari situ, itu di tempat yang terang apa tah lagi di tempat yang gelap dan
tersorok....

Dalam  pada  situasi  beginilah  ramai pasangan melakukan perbuatan haram yang
mereka  halalkan,  waktu  begini  tiada pencegah maksiat yang ada hanya pekerja
MBSA yang mengawasi orang ramai di sini.  Kesimpulannya  dengan  kemunculan
fenomina alam ini dijadikan momentum umat muslim bagi mendekatkan diri kepada
Allah swt. Salah satu tanda kekuasaan Allah swt dalam peredaran bulan, matahari
dan bumi adalah kejadian gerhana bulan.

Firman Allah swt yang bermaksud : 
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, 
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-
orang yang berakal" 
(Ali 'Imran ayat 190.)

Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud:
"Bahawasanya  matahari  dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda 
kekuasaan 
Allah SWT. Allah  menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan 
bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian 
seseorang  dari  kalangan  manusia.  Maka  apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana 
matahari  atau  bulan),  maka  solatlah  kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah 
sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu". 
(Riwayat Imam Muslim dari Abi Mas'ud al-Ansari)

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment