Sunday, December 11, 2011

RG2011... ~~~Kanak-kanak Cina tak takut khatan~~~

 

Kanak-kanak Cina tak takut khatan

BERI SEMANGAT... Wai Hoong (kanan) memberi kata-kata semangat kepada Jun Hau ketika kanak-
kanak itu dikhatankan oleh Dr Shahrizal.

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berbangsa Cina langsung tidak menampakkan rasa gerun, 
sebaliknya masih mampu menunjukkan isyarat bagus selepas selesai dikhatankan doktor.
Ng Jun Hau, 7, yang juga anak kepada Setiausaha Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd 
(Syabas) Pauline Wong, antara 39 kanak-kanak yang berkhatan beramai-ramai di Wisma Rozali, 
di sini, semalam.

Mereka adalah anak kepada ahli Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan 
Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka).
Jun Hau tidak menunjukkan rasa sakit dan turut menunjukkan tanda bagus kepada jurukamera yang 
mengambil gambarnya selepas selesai dikhatankan oleh Dr Shahrizal Azwan Samsudin.

Bapanya, Ng Wai Hoong berkata, beliau mengkhatankan anaknya kerana mengetahui kebaikan 
berkhatan daripada segi kebersihan dan kesihatan diri seseorang.
"Saya mula memujuk anak saya untuk berkhatan Khamis lalu. Mula-mula dia takut tetapi lama-lama 
dia teruja untuk datang," katanya.

Bagi Muhammad Nur Alid Mohd Sabri, 5, kanak-kanak termuda yang dikhatankan, dia juga berasa 
seronok dan langsung tidak berasa sakit.
"Mak janji nak beri hadiah duit selepas saya dikhatankan," katanya yang ditemani ibu, Rosliza 
Hasan Rahmat, 37.
Majlis itu dirasmikan oleh Puan Sri Faridah Idris, isteri kepada Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga 
Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail. — Bernama

Sumber: mymetro
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment