Tuesday, December 20, 2011

RG2011... KEMELUT PERJUANGAN PAS - DATUK DR HASSAN ALI

 

Ikuti bual Bicara bersama Datuk Hassan Ali
Dalam Rancangan Soal Jawab 21/12/2001 Jam 11 Malam di Tv 3

TIM PEMUDA BIDAS HARAKAH DAN SETIAUSAHA AGUNG - Karikatur yang menghina Ustaz Nasharuddin Mat Isa


Ustaz Nasha dan Datuk Hassan Ali harus kekal bersama PAS,
Jika semua yang Pro-Kerajaan Perpaduan keluar parti,
ibarat menjauhkan sudip dari kualinya..

Sesungguhnya 2 individu ini bijak,
mereka tidak akan tinggalkan PAS,
Dengan sokong Dewan Pemuda dan Dewan Ulama,
kita pasti mereka dipihak yang benar..

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan.
Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.
''Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.
''Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung Pas yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga Pas. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam status terbaru laman sosial Facebooknya hari ini.
Isu membabitkan kedua-dua pemimpin Pas itu mula tercetus apabila tersiarnya kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib di dalam beberapa blog yang menyatakan kemungkinan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu akan digugurkan.
Ekoran daripada itu Hasan membuat kenyataan bahawa beliau sedia bekerjasama dengan pihak di luar Pas jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu serta tidak kisah jika tidak dicalonkan pada PRU Ke-13 akan datang.
Nasharuddin dalam satu kenyataan baru-baru ini pula mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik Pas yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Saari yang mendahului parti berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan DUN Gombak Setia.
Mustafa kemudian mendakwa Nasharuddin dan Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terperangkap dalam agenda UMNO.
Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abduh turut mempersoalkan sebab-sebab kenyataan Saari yang sengaja diperkecilkan sedangkan ADUN Hulu Kelang itu telah memulakan isu yang sudah sedia membara dalam sekam.
''Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda Pas menjunjung akhlak berjemaah yang tinggi,'' katanya lagi.
 
P/S: PAS KINI PUNYAI MASALAH DALAMAN AKIBAT TINDAKKAN PARTI ITU SENDIRI TAPI MEREKA MENYALAHKAN UMNO/BN. TUNDING JARI ADALAH CARA PALING MUDAH MAHU MENGELAK KESALAHAN SENDIRI. 
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment