Tuesday, December 20, 2011

RG2011... Kenapa wajah Arif berbeza di utusan?

 

----- Original Message -----

Kenapa wajah Arif berbeza di utusan?
 
selatanonline
Oleh sozcyili

Inilah wajah yang diberitakan dalam utusan. Wajah Arif ketika berusia belasan tahun. Masa neh Arif nampak cerah [putih] dan bibir dia agak tebal [maaf bukan kutuk atau apa cuma nak jelaskan bentuk bibir jek]. Dan lihat pula gambar bawah neh. Gambar perkahwinan arif dengan jonathan di dublin, ireland.

Beza bukan? Sama cuma tang mata, kening dan hidung jer. Yang lain2 langsung tak nampak sama dah. Especially tang bibir. Nampak sangat bezanya.

Adakah arif neh ialah arif yang sama dicari oleh bapa arif sekarang neh? Dan kenapa link asal yang mendedahkan arif dan jonathan neh berkahwin dah lari / lesapkan diri?
 
Andai neh bukan arif yang dicari, apsal dia lari pula? == > http://biggayweddingproject.com/jonathan-and-ariff/ <== seorang jurugambar yang bertanggungjawab menangkap gambar2 perkahwinan pasangan gay dan upload di website untuk perkongsian dan mungkin untuk cari pelanggan gak. Dia neh juga adalah kenalan kepada arif dan jonathan. Bukan orang luar.

Hairan.

Lari sebab isu neh tersebar ataupun ada sebab yang lain? Biasanya benda2 begini kalau tidak betul, instead of lari dia akan explain, hey neh bukan arif yang anda cari. Tapi dia tidak berbuat demikian. Sebaliknya dia lari. Dan lebih pelik terdapat banyak kali percubaan memadamkan rekod arif di wikipedia.

Lihat bawah neh ;



Aku tidak tahu siapa yang buat rekod neh tapi rekod wiki neh bermula pada tarikh 15 dec iaitu hari khamis yang lepas. Dan kemudian beberapa percubaan memadamkan / membatalkan rekod tersebut. Kalau diperhatikan carta di atas neh individu yang mahu memadamkan info tentang arif berlawan dengan individu yang memasukkan rekod si arif. Sekali lagi aku hairan. Kenapa?

Kenapa perlu ada orang yang bersusah payah memadamkan rekod arif ? Andai neh bukan arif yang sedang heboh diperkatakan, terus terang sahaja. Sebab tadi ada individu yang tampil bagitau neh bukan arif yang dicari. Kata dia, wajah berbeza di utusan. Mungkin neh orang lain bukan nya arif. Sebenarnya kita kena faham dari awal kenapa ia dikatakan arif.

Mari kita selusuri kisah neh dari awal ;

1. Link asal yang mendedahkan gambar perkahwinan arif menyatakan nama arif sama sebagaimana individu yang hilang dalam utusan.

2. Link wikipedia yang mendedahkan pasal arif mencatatkan arif telah berkahwin. Apa tujuan orang yang menulis wiki neh? Bagaimana dia tahu? Bukan kah neh perkara yang pelik? Sudah semestinya dia neh orang yang tahu serba sedikit tentang arif berbanding kita2 neh. Kalau tidak macam mana dia tahu arif telah berkahwin pada 15dec [ketika itu arif sudah pun berkahwin] sedangkan kita seme neh hanya tahu pada 16 dec [aku tahu malam] manakala blog yang aku petik kisah neh tahu pada waktu pagi. Itupun dia petik pada link blog asal iaitu kenalan arif dan jonathan.

3. Lokasi perkahwinan di dublin, ireland. Ibu bapa arif pun berulang alik dari dublin, ireland sebanyak 8 kali untuk mencari arif. Ada persamaan dari segi lokasi disini.

4. Ada persamaan dari segi wajah terutamanya bentuk mata, hidung dan kening.

Atas beberapa sebab neh larh maka dia dianggap sebagai arif. Dari segi wajah pun memang tidak dapat dinafikan ada sedikit beza. Especially warna kulit dan bentuk bibir. Mungkin hanya keluarga arif yang boleh nyatakan kebenaran neh. Mungkin selayaknya mereka sendiri yang boleh sahkan bahawa individu di atas neh adalah arif. Mungkin juga arif sendiri yang mahu menyelamatkan sedikit maruah keluarga yang tercalar disebabkan oleh perbuatan dia. Jika itu mungkin, maka hormati sahaja keputusan dia. Bukan sebab nak jaga ahti dia tapi pasal nak jaga perasaan family dia yang pasti sedang dilanda kesedihan yang amat atas perbuatan si arif neh. Sekian.

Sozcyili : Rasanya ini memanglah arif yang keluarga dia cari..
 
Posted by aya
 
 
 
Gambar Arif Alfian..Lelaki Melayu Malaysia Pertama Kahwin Gay Di Luar Negara
 
selatanonline
 
Apa boleh kita buat.Benda dah terjadi.Hangpa tengok la 3 gambar anak bangsa Melayu Malaysia kita nieh.Ini gambar Sk jumpa di blog sozcyili.blogspot.com..Sk tak kenal sapa budak nieh dan taktau langsung cerita dia..Dengan sebab tu la Sk taktau nak cerita pasai budak laki nieh




Cukuplah tiga gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.

Untuk rekod, gambar neh bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia.

Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara neh dengan orang luar. Makna nya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.

Kalau ikut bahasa jahat nak aje aku maki hamun si arif neh.. tapi bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story neh mesti rasa sedih sangat2. So pls larh kekawan, jaga bahasa kita. Memang kita geram lihat perlakuan arif, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga arif yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu neh.

Buat arif, sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam neh? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap arif? Untuk rekod korang, arif neh pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.

Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang neh ialah bapa arif sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat ahti ko neh arif.

Kalau ko terbaca neh arif, tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara ko masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir.

Sekurang2nya biarlah depa meluahkan apa yang mereka rasakan selama ko menghilang dan baru2 neh telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah arif, tanpa jasa mak bapa ko bukan sapa2. Ko boleh putuskan hubungan dengan seme manusia di dunia neh tapi bukan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2 arif. Kejam pun sepatutnya ada limit arif, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sekian.

Sumber dari sini dan sini.
Blog yang mendedahkan gambar neh telah hilang tanpa dikesan.

Lagi Berita

Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.



Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

(isteri hybrid serba boleh...)

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.


Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di'khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
 
 
Posted by velo
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment