Wednesday, December 14, 2011

RG2011... Kes bakar gereja: Permohonan dua beradik, 13 Feb

 


Mahkamah Rayuan menetapkan 13 Feb depan untuk mendengar permohonan dua beradik yang disabitkan dengan kesalahan membakar Gereja Metro Tabernacle, untuk pelanjutan masa bagi memfailkan petisyen rayuan mereka.

azlanPanel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi memaklumkan petisyen rayuan Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim dan Raja Muhammad Idzham, yang difailkan pada 18 Nov lalu, telah difailkan di luar masa.

Azlina berkata petisyen itu difailkan dua bulan 24 hari lewat manakala rekod rayuan difailkan pada 24 Ogos lalu.

Peguam Salim Bashir yang mewakili mereka berkata beliau dilantik pada 15 Nov lalu dan memfailkan petisyen itu tiga hari kemudian.

Katanya, beliau tidak tahu bila rekod rayuan diserahkan kepada peguam yang mewakili Raja Muhammad Faizal dan Raja Muhammad Idzham di Mahkamah Tinggi.

Hakim Low yang bersidang bersama Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner kemudian menangguhkan pendengaran rayuan dua beradik itu yang dijadualkan hari ini.

NONERaja Muhammad Faizal, 25, seorang penghantar surat dan Raja Muhammad Idzham, 23, pekerja bank, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 13 Ogos tahun lalu selepas didapati bersalah melakukan khianat dengan membakar gereja itu di Jalan 4/4c, Desa Melawati pada 11.50 malam, 7 Jan 2010.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang lagi yang masih bebas mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 27 Mei lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu.

Mereka dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM20,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan selesai.

Pada 30 Julai tahun lalu, rakan mereka, Azuwan Shah Ahmad, 24, yang turut didakwa melakukan kesalahan itu, dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

- Bernama

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment