Friday, December 16, 2011

RG2011... Menjaga Pemakanan Anak : Pandangan Orang Pada Kami

 

Menjaga Pemakanan Anak : Pandangan Orang Pada Kami
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Bismillah,

Mula-mula sekali, saya minta maaf seandainya dengan tulisan ini ramai
yang akan terasa. Saya akui barangkali selepas menulis tulisan ini,
maka akan ternampaklah bahawa saya 'cakap tak serupa bikin'. Tetapi,
jika seandainya tulisan saya ini benar, matlamat kami benar dan
sasarannya adalah benar, maka doakanlah kami supaya terus istiqamah
dengan pegangan kami ni.

Pernah semasa Aidilfitri baru-baru ini, ketika kami berziarah ke rumah
cikgu suami saya, mereka menghidangkan air berperisa (saya dah tak
ingat air oren atau sirap). Air itu tidak salah sebenarnya seandainya
ia dibuat dengan oren sebenar. Cikgu itu pun tidak salah menghidangkan
kami kerana mereka meraikan kami sebagai tetamu mereka.

Apabila melihat air yang tidak bersentuh itu, anak cikgu mula
bertanya, "Kenapa tak minum?" dan saya akan memberi jawapan standard
yang tidak menyentuh sensitiviti mereka seperti, "Diorang dah
kenyang", "Diorang batuk, tak minum ais" dan lain-lain. Tetapi ntah
bagaimana perbualan kami menyasar kepada pemakanan anak-anak.

Lalu bertanyalah semula anak remaja tadi dan sebenarnya soalan itu
ditujukan kepada suami saya...
Anak Cikgu : Macam mana sebenarnya maksud jaga pemakanan tu
Suami : Tanya dia... *menunjuk kepada saya..huahua..dah lah dia
mencetus, nasib baik saya mendengar sama, kalau fikiran menerawang mmg
buat malu je*
Isteri : Erk.. mcm mana ek? Bermula dengan menyusukan anak dengan susu
sendiri, mula memasak untuk keluarga, tak beli perencah ajaib, tak
beli jajan, tak beli kordial bla bla bla
Anak Cikgu : Sos? Biskut? Itu ini....??
Isteri : Mmmm.... kalau untuk memasak memang guna rempah2 yang biasa
orang dulu buat *saya pun mula bercerita yang saya mengambil masa 7-8
tahun untuk mengelakkan diri dari guna kicap, sos dan semua tu saya
dapatkan dari belajar dengan buku resepi*. Untuk minum, kami beli susu
segar dan bukan susu formula dari pejabat haiwan dan juga kami buat
air markisa dan air roselle untuk anak2 dan tetamu. Untuk kudap2, kami
selalu beli kurma dan kismis.
Anak Cikgu : Akak tak kerja la ek?
Isteri : Dekat sini memang tak kerja. *Di P.Putih, kalau ada yang
bertanya tentang kerja maka itu adalah jawapan saya. Jika mereka
bertanya lebih panjang, saya akan jujur menjawab saya akan bekerja
bila di Pt Buntar.*
Anak Cikgu : Ooo...padanlah boleh memasak..

Dang! Terus adik tu masuk ke satu kesimpulan. Bahawasanya memasak
hanya boleh dilakukan dengan tidak bekerja. Ya.. kesimpulan itu hampir
tepat sebenarnya. Saya sendiri mula memasak adalah selepas saya dibawa
oleh suami saya ke P.Putih. Tetapi jika difikirkan semula, sebenarnya
memasak sendiri adalah tidak mustahil cumanya kita kena betul dalam
pengurusan masa.

Sebelum cuti sekolah bermula, suami isteri cikgu itu datang ziarah
kami semula di rumah. Ustazah itu berkata lebih kurang begini kepada
saya, "Ana suka kehidupan anti sekeluarga. Anti dapat jaga anak-anak.
Hubungan anti dengan suami pun ana nampak seronok. Hati anti tenang.
Anak-anak anti cukup makan, sihat-sihat......".

Dalam diam sebenarnya ustazah itu memandang kehidupan kami adalah
kehidupan yang ideal. Hakikatnya, kami suami isteri bukanlah pasangan
yang sempurna. Masih banyak dugaan yang kami hadapi. Seperti ustazah
itu, kami juga memandang kehidupan orang lain sebagai ideal tanpa kami
sedari, ada orang yang ingin menjadi seperti kami.

Anak2 kami telah terbiasa menjaga pemakanan. Mereka sudah boleh
diharapkan untuk menolak jajan, menolak air berwarna, menolak aiskrim
dan itu berlaku dalam keadaan susah payah. Sekalipun ada cop halal
pada semua perkara itu, tetapi terdapat 'pewarna', 'perasa' dan
lain-lain benda tambahan yang nyata tidak baik untuk kesihatan.

Ada ketika, saudara mara bertanya atau barangkali mengusik anak-anak
kenapa sesuatu makanan itu tidak boleh dimakan. Anak-anak saya akan
jawab 'makanan tu tak sihat'. Saya cuma bimbang, apabila mereka
bertanya, pemahaman mereka menjadi lebih keliru apabila ada yang
mempertikaikan berkenaan hal ini. Ye lah, dah sah2 ada cop halal,
kenapa tak benarkan mereka makan?? Bila ada pertikaian maka anak2 kami
akan kembali memberi jawapan 'umi abah pun makan yang ni'.

Cikgu2 Uwaiys dan Usamah pun pernah bercerita satu beg yang penuh
dengan jajan ditolak oleh mereka. Lalu kepada mereka saya ceritakan
bahawa makanan itu ada yang menyebabkan mereka muntah, lelah dan
sebagainya. Ya....itu adalah sasaran sampingan kami. Sasaran utama
kami adalah membina diri dan hati yang bersih. Supaya dengannya mereka
tidak menolak ilmu ALLAH, menilai yang baik dan yang benar dengan
lebih tepat, menjadi hamba ALLAH yang tidak melupakan penciptaNya.

Saya adalah insan kecil yang tidak pandai tentang ilmu agama tetapi
dari majlis2 ilmu yang saya pernah pergi, menjaga pemakanan seringkali
diperkatakan. Kerana dari makanan inilah, tubuh2 kecil anak kita akan
membesar dan seandainya pemakanan tidak dijaga maka ia akan sebati
didalam diri. Dari situ, jangan ditanya kenapa anak suka sakit? kenapa
boleh dapat kanser? Kenapa anak degil, hiperaktif dll? Ia bermula dari
makanan!

Cubalah bawa bertanya kepada yang lebih tahu, sejauh mana pemakanan
akan mempengaruhi perilaku? Sejauh mana pemakanan akan menjauhkan
penyakit atau menyebabkan penyakit? Kerana saya tidak dapat
menerangkan tentangnya dengan baik. Jika saya terangkan juga maka akan
terlihatlah sisi 'nak tunjuk baik konon' saya. Sungguh, saya tidak
berniat nak menyempitkan rezeki anak-anak saya. Rezeki ALLAH sangat
luas. Kami sedang berusaha untuk menambahkan lagi variasi makanan
mereka dengan menanam pokok2 buah2an dan lain-lain untuk mereka.

Jadi apa yang saya katakan cakap tak serupa bikin di atas? Saya akui,
tidak seperti anak2 saya, saya masih lagi makan makanan tak berkhasiat
itu. Cuma saya, suami saya tidak. Antara yang saya masih lagi makan
adalah kek, roti, biskut dan lain-lain yang tidak mendatangkan
keraguan dalam diri saya. Tetapi saya sama sekali tidak akan kelirukan
fikiran anak-anak saya. Jika saya makan pun perkara2 itu, saya tidak
akan lakukannya depan anak2 saya. Hakikatnya, semakin lama saya
menjaga pemakanan mereka, indirectly saya turut menjaga pemakanan saya
sendiri dan itu berlaku sedikit demi sedikit. Kesannya lebih terasa
bila tubuh terasa sihat, hati terasa tenang dan jiwa terasa lapang.
Wallahua'lam..

* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

--
http://sitisifir10.blogspot.com

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment