Monday, December 19, 2011

RG2011... ~~~Minda: Teknik Nasihat Luqman Al-Hakim~~~

 


Minda: Teknik nasihat Luqman Al-Hakim

ANAK-anak  adalah  kurniaan Allah yang paling berharga dan ibu bapa sewajarnya memelihara 
amanah  mendidik  mereka  dengan  kaedah  terbaik. Antara kaedah yang paling berkesan dan 
berhemah dalam melaksanakan asuhan bimbingan kepada anak-anak ialah melalui pendekatan 
memberikan nasihat.

Jadikan  kaedah yang diamalkan oleh  Luqman Al-Hakim sebagai pedoman. Banyak sekali 
bentuk  nasihat  yang  disampaikan  Luqman  kepada  anaknya.  Cara  penyampaian  atau 
metodologi pengajaran yang diaplikasikan Luqman begitu halus dan penuh dengan amalan 
psikologi. Kita ambil beberapa contoh bagaimana Luqman menasihati anaknya. 
Misalnya, kata Luqman kepada anaknya, "Wahai anakku, sesungguhnya aku kesal dengan 
percakapanku, tetapi aku tidak pernah menyesal kerana berdiam diri." 

Cuba perhatikan dengan serius bentuk nasihat yang diluahkan Luqman kepada anaknya. 
Luqman  member  nasihat  dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan contoh subjek 
nasihat yang hendak disampaikan.

Inilah  kaedah  terbaik  sebenarnya bagaimana memberikan nasihat kepada anak-anak. 
Bukannya  dengan  menyampaikan  nasihat dengan mengambil contoh pihak lain yang 
sukar dijangkau anak-anak kita.

Pada zaman moden ini, kaedah diguna  pakai  Luqman itu adalah salah satu kaedah dalam 
sesi  kaunseling.  Justeru,  Luqman  boleh  kita ibaratkan sebagai perintis kepada teori dan 
praktikal kaunseling. Dengan cara sebagaimana dibuat Luqman seperti tadi, pasti perhatian 
anak-anak akan lebih terserap. 

Aspek  bersosial  juga  diterapkan  Luqman  menerusi  nasihat kepada anaknya. Misalnya, 
kata Luqman, "Wahai  anakku,  jadilah  engkau  orang bersikap lemah lembut dengan jiran, 
hampir  dengan  kebaikan,  banyak berfikir, kurang bercakap melainkan dalam mengatakan 
yang  baik,  banyak menangis dan kurang ketawa. Janganlah engkau suka bergurau-senda, 
membuat bising tetapi diamlah dalam berfikir dan apabila engkau bercakap, maka bercakap-
lah dengan kata-kata berhikmah." 

Tentu  kita  kagum  dengan kaedah diamalkan Luqman terhadap anaknya dalam menyampaikan 
pendidikan. Adakah kita pernah membuat seperti Luqman itu? Atau kita hanya serahkan kepada 
guru  untuk  mendidiknya?  Atau  apabila  anak-anak  pulang  dari  sekolah,  kita  hanya  pandai 
membebel dan memarahi anak? 

Cuba  kita  telusuri  nasihat  kedua  yang  dipetik  sebentar tadi. Luqman menggunakan bentuk 
nasihat  untuk menyampaikandidikan bercorak ringkas tetapi berisi padat dengan ajaran agama 
dan  norma  masyarakat.  Diadunnya  dalam  nasihat  rangkuman isi yang hendak disampaikan. 
Didahului  dengan didikan hidup berjiran secara baik dan harmoni. Kemudian beliau melorekkan 
pula  elemen  pembentukan  sahsiah  peribadi dari segi pengurusan komunikasi berkesan, iaitu 
bagaimana  memanfaatkan  akal  untuk  berfikir  dan bagaimana mempergunakan lidah dengan 
berhemah dan bermanfaat. 

Aspek  seterusnya  yang turut difokuskan Luqman ialah bagaimana mencorakkan pergaulan yang 
baik. Kata Luqman, "Wahai anakku. Janganlah engkau duduk bergaul dengan golongan yang tidak 
mengingati  nama  Allah.  Kerana  sekiranya  engkau  seorang  yang  jahil,  maka  mereka  akan 
menambahkan lagi kejahilanmu." 

"Dan sekiranya engkau seorang yang alim, maka ilmu- mu itu tidak memberikan sedikit manfaat 
pun kepadamu.  Bahkan,  sekiranya  laknat  dan  kemurkaan  Allah  diturunkan ke atas mereka, 
nescaya engkau juga akan turut berkongsi bersama-sama mereka." 

Bacalah  berkali-kali  nasihat  Luqman  itu, maka  kita  dapat mengesan suatu pengajaran yang 
berkualiti  tinggi.  Bukan senang untuk kita terapkan bentuk nasihat sebegini, tetapi percayalah 
seandainya secara beransur-ansur diamalkan, tiada apapun yang mustahil. Kita mesti mencuba 
kaedah Luqman itu. 

Seharusnya  kita  sebagai  ibu  bapa  menjadikan  nasihat yang berisikan pedoman berasaskan 
agama  dijadikan  tunjang  dalam  pendidikan  anak-anak.  La Rouchefoucauld,  seorang  tokoh 
pendidikan Barat pernah mengatakan, "Kita memberi nasihat, tetapi kita tidak dapat memberikan 
kebijaksanaan bagi dimanfaatkan." 

Maksudnya  kita seharusnya menjadikan bentuk isi nasihat itu sesuatu yang padat dengan subjek 
yang hendak kita sampaikan. Betul dan tepat seperti maksud peribahasa Afrika, "Nasihat itu aneh. 
Apabila diterima, ia menginap, apabila tidak diterima ia pulang pada ketika itu juga." 

Maknanya kita harus memuatkan nasihat yang mudah 'dihadam' oleh pemikiran anak-anak, barulah 
nasihat itu meninggalkan kesan positif. 

Satu lagi pendekatan digunakan Luqman ialah penggunaan elemen metafora atau perumpamaan 
bermakna  dalam  menjadikan bentuk nasihat lebih lunak dan bermanfaat. Gabungan jalin antara 
metafora  dan  perumpamaan  jelas  banyak  digunakannya.  Inilah  daya intelektual tahap tinggi 
sebenarnya. 

Misalnya  nasihat  beliau ini. Kata Luqman, "Wahai anakku. Sesungguhnya dunia ini lautan yang 
terbentang luas.  Ramai  manusia  yang  karam di dalamnya. Oleh itu, sekiranya engkau mampu 
menjadikan  kapalmu  itu  daripada  keimanan  terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal 
dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah 
kerana dosa-dosamu." Indah dan penuh makna nasihat Luqman ini. 

Luqman  sebenarnya ingin mengajak anaknya memahami erti kehidupan di dunia dengan kepatuhan 
beragama yang kukuh. Beliau juga membimbing anaknya bagaimana menyusuri alur kehidupan iaitu 
dengan  iman  dan takwa serta menjauhi perbuatan dosa yang akan mengundang mala petaka. Apa 
yang  diperkatakan  Luqman  itu  disepakati Imam Ghazali yang katanya, "Menanamkan iman dalam 
diri  anak  merupakan  kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka 
dan sensitif dengan Tuhan. Apabila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk
membuat dosa." 

Sesungguhnya melalui kaedah nasihat jiwa anak-anak akan terserap dengan asuhan sempurna dan 
membentuk  sahsiah  peribadi  yang unggul. Ibnu Sina mengatakan, "Pendidikan itu berlaku dengan 
cara membiasakan iaitu membiasakan anak membuat nilai-nilai dan norma-norma yang baik dalam 
jangka waktu yang lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan tersebut." 

Jadi, satu kaedah pengasuhan terhadap anak-anak yang berkesan ialah dengan teknik nasihat. 
Insya-Allah  anak-anak kita akan membesar dalam ruang yang menepati kehendak agama dan 
masyarakat. 

Sumber myMetro: Penulis seorang guru


--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment