Thursday, December 22, 2011

RG2011... Nak heran apa orang PAS, Zulkifli Nordin pun pernah jadi YDP kawasan

 

Pendapat

Oleh Penarik Beca

Selepas pilihan raya 1999 lalu, saya tak ingat tahun berapa, tahun 2000 ka, 2001 ka, tak ingat dah, seorang pengarang akhbar bercerita tentang seorang ahli politik kat saya. Dia kata, ahli politik tu ada banyak problem berkaitan tanah-tanahnya di Selangor, termasuk kat pusat bisnes air liur dia.



Kata pengarang itu lagi, Menteri Besar Selangor waktu itu, Tan Sri Abu Hassan Omar ada membawa cadangan untuk mengambil tindakan ke atas ahli politik itu kepada Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Maklumlah, bukan dari kandang depa. Menurut pengarang akhbar itu, lebih kurang Dr Mahathir kata, "Biaqlah, orang Melayu".

Saya pun tanya pengarang akhbar itu, "Ai, takkan Dr Mahathir baik sangat kot?!!"

Dalam setahun dua lalu pula (tak ingat jugak tahun bila), pengarang dari akhbar lain pula pernah bercerita kat saya yang ahli politik yang sama menghadapi ancaman diisytiharkan bankrap. Katanya, "kalau dia jual semua harta dia pun untuk bayar hutang, ada banyak lagi hutang dia dan tetap boleh diisytihar bankrap jugak".

Saya betul-betul tak ingat apa lagi kami sembang fasal bab tu masa tu. Dah tak ingat, takkan nak bubuh ajinomoto bagi sedap pulak. Tapi yang jelas, sampai la ni saya tertanya-tanya, "awat depa tak ambik tindakan kat dia?"

Pindah kepada isu panas pulak. Sekarang masuk bab laporan media tentang isu yang tengah hangat la ni. Dalam berita bertajuk "Hasan Ali hits out at critics, says backed by Nik Aziz, ulama, Youth wing", The Malaysian Insieder semalam melaporkan:
"People say Datuk Hasan is isolated. I'm not,"he told a news conference at his home here today, refuting allegations from senior partymen that his comments on championing Islam, the Malay race and the royal institution were damaging to the party's reputation.

"Tuan Guru Nik Aziz, two nights ago in a speech in Jeli, praised me for being highly-qualified, with a degree from the US," Hasan told reporters, saying the PAS spiritual adviser had expressed sympathy and support for his stand in pushing the party's original fight to make Malaysia an Islamic state.

He said he had received statements of support from the party's religious quarters, the head of the Ulamak Council, Datuk Harun Taib, and its Youth chief Nasrudin Tantawi Hassan.
Dalam Facebook Rasmi Mursyidul Am PAS pula dinyatakan:
[setiausaha akhbar] Merujuk kepada laporan muka hadapan The Star hari ini yang memetik bahawa pendirian Dato Dr Hassan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am, sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan samada menyokong atau tidak pendirian Dato Dr Hassan Ali. Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Dato Dr Hassan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat. Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Dato Dr Hassan Ali.

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011. Keadaan beliau stabil dan insya-allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi.


Saya tak tau siapa yang cakap benar dan siapa yang cakap bohong. Yang saya tau, cakap bohong adalah antara ciri manusia hipokrit.

Tapi saya teringat sangat orang tua-tua kata, "Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi pencuri". Pencuri yang paling kurang ajaq ialah pencuri wang rakyat seperti kerajaan celaka yang, sebagai contoh kecil, tibai duit rakyat sehingga RM250 juta untuk dijamu kepada keluarga salah seorang pemimpinnya. Itu baru pemimpin yang bukan terkanan. Keluarga pemimpin terkanan kerajaan yang la'nat itu entah berapa bilion depa rembat, mana kita tahu.

Balik kepada pepatah lama tu. Zaman sekarang, orang ubah kata-kata itu kepada "Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi menteri".

Ada juga orang kata "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong fasal sakit hati tak jadi menteri". Menteri yang dimaksudkan dalam konteks kata-kata yang saya petik itu ialah menteri besar.

Jauh la pulak melencong. Ni masuk balik kepada cerita Dr Hassan yang tengah panas la ni. Mamat tu sekurang-kurangnya jujur apabila dia gambarkan terus terang kepada kita bahawa punca dia menggelejat tak ketahuan hala tu ialah apabila Ketua Penerangan PAS Selangor, Haji Saari Sungip buka cerita yang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tu mendapat pencalonan yang ciput terlampau di Gombak untuk bertanding semula sebagai Adun Gombak Setia.

Ada yang cerita kat saya dia tak dapat pencalonan langsung. Kalau sungguh begitu, kira Saari nak jaga maruah Dr Hassan jugak la bila dia kata Mamat tu dapat pencalonan yang sikit sangat.

Bila Dr Hassan menggelejat tak ketahuan darat dengan laut, itu mungkin disebabkan dia dah bajet macam dia popular sangat kat kawan-kawan dia dalam Umno sebelum ini. Mungkin dia buat gitu. Maklumlah nak menaikkan harganya.

Tiba-tiba si Saari pi pecah tembelang. Malu la dia kat orang-orang yang selama ini dok fkir dia macam bagus sangat dan popular sangat dalam PAS.

Supaya tak la malu terlampau dan untuk tutup kudis dan tokak yang dah satu dunia nampak, dalam berita bertajuk "Hasan mahu Saari dirujuk ke Lembaga Disiplin", Free Malaysia Today melaporkan:
Sehubungan itu, beliau menggesa agar satu siasatan terperinci dibuat ke atas proses pencalonan dan keputusan akhir bilangan pencalonan yang diterimanya di kawasan Gombak seperti yang dibuat oleh PAS kawasan itu.

"Siasatan ini dicadangkan bagi melenyapkan sebarang spekulasi yang timbul berkaitan dengan pencalonan saya," katanya.
Yang nak tergelaknya, Dr Hassan juga sebelum itu bertanya mana bukti dia masuk jerat Umno? Teringat la pulak cerita orang yang dirasuk syaitan dan bercakap pun macam syaitan tiba-tiba bertanya mana bukti dia dirasuk syaitan? Memang kita tak nampak duduk tang mana syaitan tu untuk kita buktikan dia dirasuk syaitan. Tetapi kita nampak kelaku syaitan dia tu. Tu la bukti kepada kita dia dirasuk syaitan.

Apa-apa pun, kepada orang-orang PAS yang ada akal, hampa sepatutnya berterima kasih sangat-sangat kepada Saari kerana dia berjaya mengakibatkan Dr Hassan tidak dapat lagi mengawal dirinya sehingga dia merosakkan apa yang sepatutnya berlaku dengan cantik. Punyalah sentap si Dr Hassan tu sehingga dia meletup-letup bukan pada masanya. Bak kata P Ramlee, "rosak ana punya program".

Sepatutya orang-orang PAS yang ada akal ramai-ramai menghantar ucapan terima kasih kepada Saari.

Kalau Saari tak buat gitu, ca hampa bayangkan kalau Dr Hassan mengambil tindakan disiplin ke atas dirinya sendiri seperti yang dibuatnya sekarang apabila dewan dah dibubarkan nanti dan hampa sibuk sakan nak menghadapi pilihan raya. Kalau masa tu Dr Hassan buat apa yang Haji Mahfuz Omar anggap, iaitu isytihar perang terhadap PAS, mampoih hampa!

Kepada orang-orang PAS yang tak dak akal dan taraf depa sama ja dengan lembu feedlot keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, tak payah ambik pot la fasal depa tu.

Nak hairan apa depa tu. Kalau orang Umno boleh angkat jenis-jenis yang malas la nak cakap, orang PAS pun sama. Tahap Zulkifli Nordin pun pernah jadi Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak. Saya teringat lagi rungutan-rungutan beberapa pemimpin PAS waktu tu. Sampai tak larat nak dengar. Nasib baik Majlis Syura PAS tolak Zulkifli sebagai calon pilihan raya menjelang pilihan raya umum 2004.

Ni yang tengah buat kelaku Zulkifli ni lagi la tinggi jawatan yang pernah dia capai (Selepas ini saya akan tulis tentang seorang yang digelar ustaz yang kalau dia jadi pemimpin PAS, alamat melingkuplah PAS. Bila dia bercakap dalam mesyuarat malam tadi, salah seorang ahli mesyuarat teringat kata-kata Ustaz Ismail Kamus, "bila diam nampak bangang, bila bercakap confirm bangang!" Ahli mesyuarat yang lain pula berterima kasih kepada Mamat tu bila dia bercakap sebab "kalau dia tak bercakap, kita tak tau yang dia tu bangang").

Sikit lagi, dalam berita Malaysiakini bertajuk "Mahfuz: It appears Hasan is declaring war on PAS" semalam dilaporkan bahawa:
He also slammed Hasan as a hypocrite for claiming that the non-ulama are taking over the leadership of the party, hence deviating from its cause.

Mahfuz stressed that the top leadership of PAS, president Abdul Hadi Awang and spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat, are both ulama. Hence the issue of non-ulama taking over the party has never arisen.




 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment