Monday, December 12, 2011

RG2011... PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur

 

----- Original Message -----
 

PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur sebagai calon PRU-13

 
SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporan  Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini.
 
"Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon.
 
"Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon," kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini.
 
Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.
 
Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah 'disingkirkan' oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat.
 
Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti.
 
Pada 2008, Nasharudin bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan.
 
Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.
 
Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu.
Shaari memberi alasan bahawa Hasan tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.
 
Ketika diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak penjelasan Shaari.
 
"Kami tidak tahu sama ada kami akan dicalonkan ataupun sebaliknya (di peringkat bahagian)," kata beliau.
 
Mohamad juga enggan mengulas isu berkenaan pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan Rakyat.
 
"Masih di peringkat akhir perbincangan," katanya lagi.TMI

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment