Wednesday, December 21, 2011

RG2011... [Perisik Rakyat®] Dr. Hassan Ali Patut Ketuai Tuntutan Royalti Minyak & Gas Kelantan

 

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Gua baru lepas tengok rancangan "Soal Jawab TV3", Wawancara Khas bersama Dr. Hassan Ali. Hassan Ali kira entiti istimewa yang wujud dalam Parti PAS sebab dia ni la 1-1 nya tokoh dalam PAS yang dapat banyak slot khas dalam Media Perdana UMNO/BN.

Lain-lain Pimpinan PAS jangan harap dapat slot khas dalam Media Perdana. Menteri Besar Negeri Kelantan selepas 23 tahun mentadbir Negeri Kelantan, haram sekalipun tak pernah dapat slot khas macam yang bin Ali dapat.

Jadi gua tertarik dengan 3 patah perkataan yang diulang berkali-kali oleh Dr. Hassan Ali iaitu:

  1. Perjuangan Memartabatkan Agama Islam.
  2. Perjuangan Memartabatkan Bangsa Melayu.
  3. Perjuangan Memartabatkan Institusi Raja-Raja Melayu.
Negeri Kelantan mempunyai 95% penduduk berbangsa Melayu dan Beragama Islam. Negeri Kelantan juga dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V yang juga berbangsa Melayu dan Beragama Islam.

Mengambil kira dari fakta-fakta diatas dan juga mengambil kira dari sudut Permasalahan di Negeri Kelantan yang sekian lama dihadapi oleh Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sikap Diskriminasi KERAjaan Pusat terhadap Negeri Kelantan terutama dalam soal penafian Hak Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan.

Gua mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan melantik Dr. Hassan Ali sebagai wakil bagi Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan memandangkan Dr. Hassan Ali benar-benar ingin menunjukkan komitmennya dalam memperjuangkan dan memartabatkan Hak-Hak Orang Melayu, Agama Islam & Institusi Raja-Raka Melayu.

Hak-Hak orang Melayu beragama Islam di Negeri Kelantan keatas Royalti Minyak dan Gas Negeri mereka WAJIB diperjuangkan dan dituntut sehingga berjaya oleh Dr. Hassan Ali demi membuktikan komitmennya dalam perjuangan yang disebut-sebut berulang kali.

Gua nampak hanya Dr. Hassan Ali je yang layak mengetuai Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan atas kapasiti "hubungan baiknya" dengan UMNO/BN. Gua fikir dengan mengangkat Dr. Hassan Ali sebagai wakil dalam tuntutan tersebut, ruang untuk membuat dan menyatakan tuntutan tersebut akan menjadi lebih meluas.

Gua yakin 110% bahawa Dr. Hassan Ali berupaya untuk mendapatkan slot Wawancara Khas yang akan membincangkan isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dalam Media Perdana bukan sekali, malah berkali-kali.

Sejarah telah membuktikan bahawa 1-1 nya entiti dalam Parti PAS yang berjaya mendapat slot khas siaran telibisen ialah Dr. Hassan Ali, liputan khas dalam Berita Perdana pun Dr. Hassan Ali, Wawancara Khas 2-3 muka surat dalam Akhbar Perdana pun Dr. Hassan Ali, liputan muka surat depan pun Dr. Hassn Ali je yang dapat.

Jadi melihat pada kelebihan-kelebihan itu, gua dengan sepenuh hati dan kerelaan, merayu kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Menteri Besar Negeri Kelantan supaya melantik Dr. Hassan Ali sebagai wakil Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan.

Yang lain kita buat kira kemudian... Muahahaha... Gua serius wey..!



--
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 12/22/2011 12:51:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment