Tuesday, December 20, 2011

RG2011... RM10 Juta Untuk Blogger Upahan Serang PR

 

----- Original Message -----

RM10 Juta Untuk Blogger Upahan UMNO Untuk Serang PR

 
Umno bayar blogger upahan RM10 juta, SKMM diarah tidak ganggu

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 'tidak menggangu' blogger berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.

"Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,"

"Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama," katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.

Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.

"Rakyat bijak dalam menilainya dan masyarakat Cina saya yakin tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini," katanya. -KD

comments:

 

Amuraria said...

KERJA-KERJA PENGKHIANAT NEGARA ,SEBERADIK DENGAN DAJJAL PEROSAK !

Anonymous said...

mungkin duit upahan itu datangnya dari koperat2 atau pun tokey2 yg kemudiannya akan menaikan harga barangan mereka untok mendapat balik duit yg mereka beri itu.

Anonymous said...

tolong lah jgn buat cmni...anda akan terima balasan tau? duit bnyk yg kau dpt bukan bawa keuntungan....di sana kau kena jwb....jgn lupa tuuuuuuuu...
apa2 pun jujur pada diri sendiri..dan kehidupan di sana lagi kekal abadi...

Anonymous said...

UMNO juga guna RTM burukkan kerajaan PR!Lihat http://www.wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1424%3Asidang-media-menjawab-fitnah-rtm&catid

Anonymous said...

Kerja ini dilakukan oleh orang yang tak ada agama.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment