Tuesday, December 20, 2011

RG2011... Transformasi Puduraya

 


Surat Pembaca Oleh 21Halim

"Dulu Puduraya kini Pudu Sentral. Bangunan baru ubahsuai ini diresmikan bulan Ogos lalu.

Semalam https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsBwQ1kdFVjo1u9GvhD7OH8imgKr_1_b-OBj2nZb25dwKbRzSbfC65gj4P3roQtAcIRIOuamkemlviADRgByUQg1dNxelxVywefK-JJsGVoGaNZkiH-II0rDdo30LAy38oy1nrhCRpjyPV/s1600/surau_puduraya.jpgkali ketiga saya ke Pudu Sentral. Bangunan ubahsuai ini merupakan salah satu projek transformasi Dato' Sri Najib Abd Razak, PM kita. Acara peresmian meriah. Beritanya gah. Transformasi perlu dilakukan kerana bangunan yang beroperasi mulai 1976 itu sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan masa kini. Panas bising dan penuh sesak.



Sambil menunggu bas penulis ambil kesempatan melilau sana sini dan berbual-bual sejenak dengan beberapa orang peniaga yang menunggu pelanggan.

 

Sekali imbas, bangunan ini jelas menampilkan watak ceria dan meyakinkan. Namun jauh di dalam realiti sana, para peniaga meredam keluhan dan mungkin menahan air mata.

 

Tangga sudah berkurang. Eskalator pula menjalar panjang. Pintu besar sudah beralih ke sisi. Bahagian hadapan diharamkan untuk teksi dan pejalan kaki. Sebenarnya agar sukar mengakses bangunan ini dari Jalan Pudu terutama apabila malam hari.

 

Suasana memang tambah nyaman, tetapi jika perut lapar anda harus membuang beberapa kalori lagi untuk menemui ruang makan di tingkat 4 nun di atas sana.

 

Surau lebih luas disediakan dengan ruang menunggu yang cukup memuaskan. Memang pengguna agak berpuashati dengan keadaan Pudu Sentral ini. Cuma, masalahnya para peniaga yang saya temui kurang puas hati.

 

Pudu Sentral ini rupanya tidak menjadi nadi lagi. Ia menjadi hentian bas untuk destinasi ke utara dan sebahagian pantai timur. Orang perlu berkejar ke Bandar Tasik Selatan bagi urusan mendapatkan bas bagi destinasi ke Selatan.

 

Oleh itu bilangan orang ramai sudah berkurang. Bilangan pengunjung yang semakin kurang bererti pendapatan peniaga juga kurang. Sebaliknya jumlah yang perlu peniaga bayar makin bertambah.

Rupa-rupanya transformasi yang dilakukan oleh PM kita ialah menukar nama selepas ubahsuai bangunan. Hal ini menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat dan seterusnya mengakibatkan kos sewa premis niaga juga meningkat sekali ganda.

 

Cuba bayangkan betapa peritnya peniaga mendapat untung untuk bayar sewa RM 3 000.00 sebulan.  Harga makanan boleh dinaikkan tetapi bagaimana dengan surat khabar dan majalah? Mereka kata, buat apa tukar nama jika akhirnya menaikkan kadar sewa?

 

Penulis rasa, wajar sekali jika ada mana-mana pihak ambil tahu ehwal peniaga di Pudu Sentral itu. Bukankah pilihanraya makin hampir?

"

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment