Thursday, January 19, 2012

RE: RG2011... 38 PERKARA TENTANG NFC RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU!!!

 

Apalah korang nak pening2 sekolahkan rafizi ni....dah memang HARDCORE PKR....yang penting bagi mereka mencipta pandangan serong rakyat pada pemerintah....soal benar atau salah itu bukan agenda mereka....KUASA KUASA KUASA...AKU NAK JADI PM...LANTAKLAH TAK KESAH LAGU MANA...best tau jadi PM aku dah rasa sekejap dulu...dia tak mau kempunan....

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Cucu Buluhbetong
Sent: Friday, 20 January, 2012 9:59 AM
To: respeks groups; chainz; idaman groups; kelakar@yahoogroups.com; blalang_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... 38 PERKARA TENTANG NFC RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU!!!

 

 

BONGKAR !!! ADA KAH UNSUR-UNSUR PENYELEWENGAN DAN PECAH AMANAH BERLAKU DI NFC ???

Error! Filename not specified.

Sebelum saya ulas kenyataan Rafizi kononnya kata Penyelewengan Dan Pecah amanah telah berlaku di NFC kita lihat dulu kenyataan Rafizi di bawah.lepas itu saya akan bongkar ada atau tidak Penyelewengan Dan Pecah amanah telah berlaku di NFC

"Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus,atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna :

Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan.Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain.Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta danSebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

"PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku," katnya lagi.

Sumber meloyakini

INI JAWAPAN SAYA !!!

anda ni tak faham bahasa ker ??? apa yang pecah amanah tu ??? cuba bagitau saya Rafizi ??? sikit-sikit gantung !!! anda faham tak maksud pinjaman ??? apa kena mengena dengan pecah amanah ??? saya akan beri anda 12 sebab kenapa puak pakatan haram ni nak jatuh kan NFC kononnya NFC Bersalah dalam hal lembu ini.


1 - Pinjaman

Memandangkan ia adalah satu jenis pinjaman maka ia perlulah di bayar balik dan bukannya duit 'percuma' walaupun ia adalah di berikan kepada syarikat suami seorang menteriPinjaman itu adalah duit negara,tiada gangguan pemberian gaji atau pemotongan subsidi yang berlaku semata-mata hendak memberikan pinjaman tersebut.Syarikat yang telah diberi pinjaman perlu membayar balik kepada kerajaan, sebagaimana jika kita berhutang,wajib membayar balik kepada penghutang.

2 - Pengambilalihan

Syarikat tersebut sebenarnya telah mengambil alih projek tersebut daripada Group Lambert yang telah gagal.Syarikat NFC tu diambilalih oleh suami menteri tersebut daripada syarikat asal iaitu Lambert Group dan pinjman tahun 2009 itu bukanlah pinjaman tetapi adalah suntikan dana daripada pemegamg saham pihak kerajaan dan pada tahun 2010 selepas pengambilalihan syarikat itu, perjanjian untuk pinjaman baru dibuat.

3 - Status syarikat peminjam

Pinjaman yang diberikan itu bukan berdasarkan faktor siapa pemiliknya atau pun pemilik tersebut merupakan suami seorang menteri, ia diberikan atas fakta dan faktor komersial dan kekuatan akaun dan proposal. Segala dokumen juga perlulah lengkap. Kerana Kerajaan mahu memastikan syarikat tersebut benar-benar layak, jika tidak bagaimana kerajaan dapat memastikan bahawa pinjaman tersebut akan dapat dibayar balik.Bukan semua syarikat layak untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan, syarikat yang benar-benar kukuh sahaja yang akan terima pinjaman tersebut.Setiap pinjaman mestilah berdasarkan aliran tunainya (cash flow), aset syarikatnya dan kekuatan aliran tunai tersebut. Ia bukan boleh di buat sesuka hati dan bukan juga di berikan atas alasan isteri pemilik syarikat tersebut adalah seorang menteri.

4 - Kegunaan pinjaman

RM 250 Juta itu bukan sahaja untuk lembu,ia termasuk juga kos pembaikan infrastrukturnya yang telah rosak semasa banjir,rumah penyembelihan komersial bertaraf antarabangsa, benih lembu, kos operasi dan kos-kos lain termasuk 'marketing'nya. Adalah sia-sia suatu produk telah ada tetapi tiada tempat untuk dipasarkan.Namun pihak pengurusan syarikat telah dapat menembusi beberapa pasaran untuk daging lembu NFC.NFC adalah satu projek ternakan komersial besar-besaran dan mempunyai piawaian standard dunia, dan lembu yang diternak bukan baka lembu tempatan. Ia adalah baka lembu komersial dan lembu yang dibeli bukan 5-6 ekor tetapi 1500 ekor.RM 250 juta itu termasuk segala kos untuk syarikat termasuk penyediaan premis untuk pelanggan mereka dan pinjaman tersebut tidak terhad kepada aktiviti membela lembu sahaja ia termasuk pelbagai keperluan sebuah syarikat korporat termasuk hartanah.

5 - Pelaburan syarikat

Didalam kes NFC, semua pelaburan syarikat adalah sah,pinjaman tersebut juga sah dan tiada unsur penipuan dalam mendapatkan pinjaman, dan semua pelaburan syarikat termasuk pembelian hartanah kondo dan tanah adalah sah mengikut undang-undang SSM.Berkenaan dengan kondo semasa pembelian,kondo itu berharga 10 juta sahaja,ia merupakan aset syarikat yg juga merupakan pelaburan syarikat.Ia bukan milik individu.Dan kini nilainya sudah meningkat.syarikat punya,saya ulang bukan individu !!!!

6 - Status pinjaman

Pinjaman daripada dana kerajaan tidak sama dgn loan daripada sektor komersial seperti bank komersial ataupun bank pembangunan.Nilai bayaran balik dengan bunga terendah,ia adalah utk memacukan projek tersebut, dan dalam setiap pinjaman akan ditulis interest 2% + cost of fund, dan dalam kes NFC ialah 8%.Pihak kerajaan dan kementerian tidak boleh keluarkan duit beri pinjaman tanpa ada perjanjian dengan sesiapa pun dan jika itu berlaku,pihak pembangkang boleh membuat laporan polis kerana itu adalah kes pecah amanah CBT section 420 dan section 421, dan kes itu boleh di bawa ke mahkamah.

7 - Fitnah seleweng

Jika benar kes tersebut adalah satu penyelewengan,Rafizi dan sekutunya yang konon telah 'dedah siasat' isu tersebut sepatutnya melaporkannya kepada pihak polis,sekiranya mereka BENAR.Mustahil mereka tidak mendapat sebarang khidmat nasihat guaman utk 'mengenakan' pemilik syarikat ini sedangkan bar council begitu rapat dengan mereka dan dalam Pakatan Haram sndiri begitu banyak peguam termasuk sivarasa peguam yang 'tersohor' memperjuangkan hak juga berada dalam PKR.Selepas pihak polis mengesahkan tiada penyelewengan,mereka cuba dengan gigih untuh menjahanamkan NFC.Kini NFC dibawah siasatan SPRM.sikit-sikit gantung !!! dah polis kata tiada penyelewengan apa lagi Rafizi nak ni ??? sebab tak dapat RM250 juta ker ???

8 - Suntikan dana pemegang saham

Dalam projek ini,suntikan dana adalah daripada kerajaan yang membuat pinjaman adalah syarikat NFC dan pemegang saham NFC termasuk kerajaan.Untuk memastikan projek ini berjalan lancar maka kerajaan membuat suntikan dana bagi pelaburan mereka.Manakala pemegang saham bukan kerajaan dalam syarikat tersebut adalah syarikat keluarga menteri terbabit dan mereka yang membuat pinjaman serta telah mencagarkan saham dan beberapa aset mereka bagi tujuan tersebut.Setiap projek nasional wajib disertai oleh kerajaan dan suntikan modal kerajaan selalunya dalam bentuk aset,kawasan tanah dan tunai tertentu.Dana itu untuk projek ternakan lembu dan semua infra dan kemudahannya.

9 - Pelan kontingensi menghadapi krisis makanan negara

Penglibatan kerajaan diperlukan untuk projek seperti ini kerana sektor pembekalan makanan tidak boleh diswastakan sepenuhnya untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.Projek seperti ini bukan saja bernilai dari segi komersial,tetapi ia sangat bernilai dari segi pembekalan daging/makanan negara dengan adanya NFC pergantungan negara kepada daging import dapat di turunkan.

10 - Kepentingan pelaburan hartanah

Kondo itu adalah untuk kepentingan pelanggan syarikat dan mereka yang berurusan dengan syarikat,daripada syarikat menyewa untuk pelanggan mereka ataupun pihak yang berurusan dengan mereka dimana dalam hal ini kita tahu bahawa ia melibatkan pihak daripada antarabangsa.Ia merupakan amalan biasa syarikat korporat untuk memiliki aset seperti ini,bagi penjimatan kos hotel dan kos penginapan untuk mereka yang berurusan dengan mereka.Aset seperti ini juga mendatangkan nilai keuntungan serta dapat menguatkan lagi nilai aset syarikat bagi syarikat tersebut untuk menjalankan projek-projek lain di masa akan datang terutamanya dengan syarikat lain yang bertaraf antarabngsa.

Jika pembelian kondo itu tidak sah oleh syarikat dan ia satu penyelewengan,dakwalah mereka dengan undang-undang,tapi dalam hal ini,undang-undang tak boleh dakwa mereka kerana itu adalah pelaburan syarikat dan pelaburan condo itu menguntungkan.Didalam sesuatu perniagaan, pelaburan adalah digalakkan dalam bentuk aset bagi persediaan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka didalam perniagaan.ada faham Rafizi ???

11 - Operasi NFC

NFC ialah syarikat membabitkan pembekalan negara dan bukan sembarangan syarikat.Operasi syarikat pengeluaran lembu juga berurusan korporat,bukan setakat membela lembu.Ini adalah projek piawaian antarabangsa dan sistem ternakannya bukan seperti membela lembu di kampung.

12 - Terma dan syarat pinjaman

Jika benar laporan Rafizi diharap ia akan disiasat dan dilaporkan.Mengikut kelaziman,tak semudah itu wang yang didebitkan masuk ke dalam akaun syarikat sebelum pengkajian pinjaman dibuat.Suntikan dana daripada kerajaan pula perlu ada kelulusan daripada lembaga pengarah dan jawatan kuasa pelaburan daripada kementerian terbabit.

itu 12 jawapan yang saya beri untuk anda !!!

sebenarnya Puak Pakatan Haram ni saja nak jatuh kan kredibiliti Datuk Seri Shahrizat Jalil dan melumpuh kan Wanita Pada PRU 13 Akan datang.itu saja tujuan nya.ingin saya jelas kan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil tiada kena mengena dalam NFC.beliau hanya seorang isteri kepada pengarahnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.itu jer.kenapa nak kait kan beliau dengan NFC ???

kepada Rakyat Malaysia anda harus melihat skop yang lebih jelas dalam isu NFC yang seboleh bolehnya dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil.Wang Pinjam dan ianya bukan Geran sebagaimana yang dikatakan oleh PKR.Wang tersebut perlu dibayar balik dan jika tidak dapat dibayar tindakan Mahkamah akan diambil keatas NFC dan individu yang terlibat.

 

 

BONGKAR !!! 38 PERKARA TENTANG NFC RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU !!!

Error! Filename not specified.

1. Memandangkan ia adalah satu jenis pinjaman maka ia perlulah di bayar balik,dan bukannya duit 'percuma'...walaupun ia adalah di berikan kepada syarikat suami seorang menteri

2.pinjaman itu adalah duit negara,..tiada gangguan pemberian gaji atau pemotongan subsidi yg berlaku semata-mata hendak memberikan pinjaman tersebut...

3. Syarikat tersebut sebenarnya telah mengambil alih projek tersebut drp Gruo Lambert yang telah gagal.

4. Duit tersebut adalah pinjaman dn bukan diberikan secara percuma...

5. syarikat yang telah diberi pinjaman perlu membayar balik kpd kerajaan, sebagaimana jika kita berhutang...perlu membayar balik kpd penghutang...

6.Berkenaan dgn kondo, semasa pembelian kondo itu berharga 10 juta shj, ia merupakan aset syarikat yg juga merupakan pelaburan syarikat. Ia bukan milik individu. dn kini nilai nya dah meningkat

7. Pinjaman yg diberikan itu bukan berdasarkan faktor siapa pemiliknya, atau pun pemilik tersebut merupakan suami bagi menteri, ia di berikan atas fakta dn faktor komersial dan kekuatan akaun dn proposal, Segala dokumen juga perlulah lengkap.. krn kerajaan mahu memastikan syarikat tersebut benar-benar layak, jika tidak bagaimna kerajaan dapat memastikan bahawa pinjaman tersebut akan dapat dibayar balik...

8. Bukan semua syarikat layak utk mndapat pinjaman drp kerajaan, syarikat yg benar-benar kukuh shj yg akan terima pinjaman tersebut

9. Setiap pinjaman mestilah berdasarkan aliran tunainya (cash flow),aset syarikatnya dan kekuatan aliran tunai tersebut...ia bukan boleh di buat sesuka hati...dn bukan juga di berikan atas alasan isteri pemilik syarikat tersebut adalah seorg menteri...

10. RM 250 Juta itu bukan shj utk lembu,ia termasuk juga kos pembaikan infrastrukturnya yg telah rosak semasa banjir,rumah penyembelihan komersial bertaraf antarabangsa,benih lembu, kos operasi dn kos-kos lain termasuk 'marketing'nya...adalah sia-sia suatu produk telah ada tetapi tiada tempat utk di pasarkan...namun pihak pengurusan syarikat telah dapat menembusi bbrapa pasaran utk daging lembu NFC...

11. NFC adalah satu projek ternakan komersial besar-besaran dn mempunyai piawaian standard dunia, dn lembu yg di ternak bukan baka lembu tempatan...ia adalah baka lembu komersial... dn lembu yg di beli bukan 5-6 ekor tetapi 1500 ekor...

12. Di dalam kes NFC, semua pelaburan syarikat adalah sah, pnjaman tersebut juga sah dn tiada unsur penipuan dlm mndapatkan pinjaman, dn semua pelaburan syarikat termasuk pembelian hartanah kondo dn tanah adalah sah mengikut undang-undang SSM...

13. pinjaman drpd dana kerajaan tidak sama dgn loan drpd sektor komersial spt bank komersial ataupun bank pmbangunan....nilai byran balik dgn bunga terendah, ia adalah utk memacukan projek tersebut, dn dlm setiap pinjaman akan di tulis interest 2% + cost of fund...dn dlm kes NFC ialah 8%.

14. Syarkat NFC tu...diambil alh oleh suami menteri tersebut drpd syarikat asal iaitu lambert grup....dn pinjman tahun 2009 itu bukan lah pinjaman...tetapi..ia adlah suntikan dana drpd pemegamg saham pihak kerajaan....dn pada tahun 2010..selepas pengambilalihab syarikat itu...perjanjian utk pinjaman baru dibuat..

15. Pihak kerajaan dn kementerian..tidak boleh keluarkan duit beri pinjaman tanpa ada perjanjian dgn sesiapa pun, dn jika itu berlaku, pihak pembangkang boleh membuat laporan polis kerana itu adalah kes pecah amanah CBT section 420dn section 421, dn kes itu boleh di bawa ke mahkamah..

16.Jika benar kes tersebut adalah satu penyelewengan, Rafizi dn sekutunya yang konon telah 'dedah siasat' isu tersebut sepatutnya melaporkannya kpd pihak polis, sekiranya mereka benar...mustahil mereka tidak mndapat sebarang khidmat nasihat guaman utk 'mengenakan' pemilik syarikat ini ..sedangkan bar council begitu rapat dgn mereka dn dlm PR sndiri begitu banyak peguam...termasuk sivarasa ..peguam yg 'tersohor' memperjuangkan hak juga berada dlm PKR...

17. Dlm projek ini, suntikan dana adalah drp kerajaan, yg membuat pinjaman adalah syarikat NFC dn pemegang saham NFC termasuk kerajaan...untuk memastikan projek ini berjalan lancar maka kerajaan membuat suntikan dana bg pelaburan mereka.

18. Manakala pemegang saham bukan kerajaab dlm syarikat tersebut adalah syarikat kluarga menteri terbabit, dn mereka yg membuat pinjaman serta telah mencagarkan saham dn bbrapa aset mereka bagi tujuan tersebut...

19. setiap projek nasional wajib disertai oleh kerajaan, dn suntikan modal kerajaan selalunya dlm bentuk aset, kawasan tanah dn tunai tertentu...

20.penglibtaan kerjaan diperlukan utk projek spt ini kerana sektor pembekalan makanan tidak boleh didiswastakan sepnuhnya utk menjaga pentingan rakyat dn negara...

 

HOT NEWS !!! RAFIZI LEMBU DAN MAK LAMPIR KENA SAMAN RM 100 JUTA BERKENAAN NFC !!!

Error! Filename not specified.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menfailkan saman ke atas dua Pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Ampang YB. Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli.Saman tersebut dikeluarkan berikutan tindakan kedua-dua individu tersebut yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah ke atas dirinya mengenai Syarikat milik suami Shahrizat iaitu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

KlPos Melaporkan Datuk Seri Shahrizat yang diwakili Peguam beliau Safie Abdullah mendakwa, saman tersebut merupakan saman yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu sendiri berdasarkan serangan bertubi-tubi sehingga mengaibkan beliau.Sebelum ini,kedua-kedua Pemimpin kanan Parti pimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah itu telah menyerang Datuk Seri Shahrizat berkenaan isu NFC yang turut melibatkan pembelian 2 kondominium sebagai salah satu aset syarikat terbabit.

AMIK KAU RM 100 JUTA !!!

Antara Projek Lembu Fidlot Dengan Projek Kambing Janapari , Mana Yang Gagal ?


Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja. 

 

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

 

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai. 

 

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno. 

 

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. 

 

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

 

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

 

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini

 

Sudah berpuluh tahun Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India , New Zealand dan Australia. 

 

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.

 

Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik , apa yang mereka buat kita pun tak tahu. 

 

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, dimana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu disana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

 

Satu lagi masalah adalah, daging-daging yang diimport dari India bukannya daging lembu , sebaliknya itu daging kerbau. Di sana mereka tak sembelih lembu kerana lembu tuhan mereka. 

 

Untuk mengatasi masalah status halal diragui, masalah pengaliran keluar wang negara serta masalah kekurangan daging lembu tempatan, maka pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil insiatif untuk mewujudkan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. 

 

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan. 

 

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka. 

 

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka. 

 

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

 

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Disini anda perlu faham , apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta. Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan.

 

Pembangkang dok gebang, 

 

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

 

Keluarga Sharizat dapat tanah 5000 ekar.....

 

Lembu hanya ada seekor....

 

Tak betul....

 

Itu semua tak betul.....

 

RM 250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

 

Tanah 5000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI)  yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.

 

Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

 

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

 

Selain projek kambing janapari , apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu ? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu ? Kalau boleh kita minta blogger kickdefella tolong jawab. 

 

Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka. 

 

Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka. 

 

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa lembu-lembu dari luar negara masuk. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi. Jika mereka tidak serius tidak mungkin anak lelaki Datuk Saleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

 

Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Dimanakah lokasi yang mereka beli  ? Kondo di Bangsar dan di Singapura , serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual. Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak ? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka. 

 

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu ya. Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula Saleh tak boleh ? 

 

Bersambung....

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment