Thursday, January 12, 2012

Re: RG2011... Bising2 901

 

Quote| Ma'af nak tanya.. saya tak berapa faham .. siapa yang di katakan zalim ? ~ Anita Noor

Zalim (Arab: ظلم, Dholim) adalah meletakkan sesuatu/ perkara bukan pada tempatnya. Orang yang berbuat zalim disebut zalimin. Lawan kata zalim adalah adil.
 
Secara rengkasnya terdapat banyak perkataan zalim di dalam alQuran dan definisinya adalah berkaitan dengan maksud surah tersebut dan bukan mengikut kefahaman* anda/saya sendiri:- (komen: *kita sepatutnya belajar dengan berguru agar tidak keliru!)
Zalim sebagai sifat Ayat-ayat yang mengandungi perkataan zalim sebagai sifat:
a. zalim (contoh ayat): 
2:140. Atau, adakah kamu mengatakan, 'Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih mengetahui, atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." 
b. orang-orang yang zalim (contoh ayat): 
6:21. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang yang zalim. 
c. kaum yang zalim (contoh ayat):
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. 
d. bandar raya yang zalim (contoh ayat):
21:11. Berapa banyaknya bandar raya yang zalim yang Kami menjadikan berkecai, dan Kami menumbuhkan selepasnya kaum yang lain! 

Zalim sebagai kata nama: Ayat-ayat yang mengandungi perkataan "zalim" sebagai kata nama adalah seperti berikut:
(contoh ayat):
43:65. Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat kezaliman kerana azab hari yang pedih.

 Zalim sebagai kata kerja: Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan "zalim" sebagai kata kerja adalah:
(contoh ayat):
42:42. Jalan hanyalah terhadap orang-orang yang menzalimkan manusia, dan mereka angkuh di bumi dengan cara yang salah; bagi mereka, azab yang pedih. 

From: Anita Noor <darulnur@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, January 12, 2012 2:04 PM
Subject: Re: RG2011... Bising2 901

 
 
Ma'af nak tanya.. saya tak berapa faham .. siapa yang di katakan zalim ?
 
Kalau yang di maksudkan PM atau kerajan sekarang zalim, apa benda yang di buat zalim pada rakyat .. saya lihat banyak bantuan dan penambah baik yang di buat untuk rakyat.
 
Jadi saya kurang faham, apa perkara yang zalim tu... mohon jelaskan.
 
P/s. Saya rasa amat bersyukur kepada Allah swt, negara kita boleh di katakan makmur, cukup makan pakai, anak2 boleh ke sekolah, buku percuma, klinik ada, pemerintah ambil berat hal rakyat, dsbnya. 
 
Kita susah nak dapat 100% semua bagus dan free, sebab Malaysia masih negara membangun, dan pegawai yang menjalankan tugas ada yang baik, ikhlas, namun ada juga yang kurang jujur.
 
Allah tahu semuanya... sama-sama kita berdoa semuga Allah swt merahmati negara kita dan semua umat Islam. 
 
 T.kasih and ma'afkan saya kalau ada tersilap kata.
 
 
From: Ummu Waheedah <assakynah@yahoo.com>
To: falaah <al-falaah@yahoogroups.com>; ingatan group <ingatan@yahoogroups.com>; respect <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 12 January 2012, 1:11
Subject: RG2011... Bising2 901

 
Ibarat kata pepatah rumah dah siap pahat masih berbunyi. Begitulah dengan keputusan perbicaraan DSAI yg memakan masa lebih 2 tahun tapi keputusannya dibaca tak sampai lima minit. Ada yg  kata terimalah keputusan mahkamah tp dlm hati tetap bengkek. Tak puas hati selagi DSAI belum sampai ajal. Kalau ditakdirkan DSAI jadi PM agaknya terus bernanahlah hati yg dah ada PHD.

ditambah parah lagi dgn ucapan Dr Hassan Ali yg saban hari berkumandang di TV. kalau dulu semasa dia dalam PAS susah sgt nak bersuara. Dulu dialah yg berkobar2 berceramah sana sini menyokong DSAI 1998 sampai org jerit 'we want anwar ' baru dia terpaksa berhenti bercakap. Dr hassan ali ni mmg pakar motivasi, rugi kjaan tak lantik dia jd menteri awal2 lagi. Cuma dia kena akur, kasirma dan aura DSAI lebih manthop dari dia, jadi berilah DSAI laluan...nanti bila sampai masa ajal sampai org lain take over lah, Jgnlah awal2 lg kata org tu tak betul/tak layak kalau jadi PM nnt begitu dan begini.

TG Hadi pun layak jadi PM yg penting sekarang menangkan Pakatan, kemudian baru cerita sapa nak jadi PM. Ni belum apa2 dah kecoh, macam ada agenda nak porak perandakan pakatan pulak.Mungkin saya ni sanga buruk, tapi sangkaan tu datang dari rentetan bukti2 nyata. Kita dlarang sangka buruk ke atas sesorang yg zahirnya baik, tp kalau zahirnya dah zalim apakah patut kita sangka baik ? Sedangkan yahudi dan nasrani pun ramai yg baik zahirnya tapi Allah suruh kita berhati2 dgn mrk kerana mrk itu musuh Allah. Nak bersangka baik pun agak2lah kan, biar bertempat. jgn sangka buruk kpd org baik tp bersangka baik pula kepada zalim/fasik.






 
Mari Bersama kita bertekad, Menjadi Generasi Tiada Hari Tanpa Qur'an
sertai diskusi ummah di al-falaah-subscribe@yahoogroups.com




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment